Pengenalan Steroid 1

Anabol (oral)

Anabol (methandienone) adalah ‘antara’ steroid anabolik yang terawal dibangunkan di dunia. Anabol juga dikenali sebagai star, pink dan sebagainya. Anabol adalah steroid untuk membesarkan badan yang mana digunakan hampir dalam kesemua kitar steroid. Anabol akan membuat otot membesar dengan retansi air dalam masa yang sama merendahkan kadar metabolisme. Anabol dalam masa sama menambah kekuatan dan berat badan. Kitar yang biasa digunakan seperti Anabol + Deca Durabolin + Testosterone. Kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan anabol adalah darah tinggi dan seterusnya membawa kepada kegagalan jantung. Anabol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.

Kursus Kecergasan 2024Sustanon (injection)

1 mililiter sustanon 250 mengandungi 30 mgs testosterone propionate, 60 mgs testosteron phenylpropionate, 60 mgs testosterone isocaproate, 100 mgs testosterone decanoate. Sustanon pada asalnya dicipta untuk terapi penggantian hormon (hormone replacement therapy). Sustanon akan bertahan dalam sistem badan secara aktif selama 4 minggu dan pasif selama 3 bulan. Jadi untuk terapi penggantian hormon memerlukan kekerapan yang kurang disebabkan ketahanan selama 4 minggu. Tetapi kini disalah gunakan dalam bina badan. Sustanon memberi kesan penambahan otot dalam kitar pembesaran dan sekaligus memberi kesan retansi air.

Deca Durabolin (injection)

Deca durabolin digunakan dalam kitar pembesaran dengan anabol untuk membesar. Deca durabolin juga memberi kesan pembakaran lemak dalam masa yang sama. Deca durabolin memberi kesan yang ketara pada sistem kelakian. Dalam bahasa mudah, organ seksual susah dirangsang (tak tegang) menyebabkan deca durabolin perlu dipakai dengan testosterone. Deca durabolin pada asalnya digunakan untuk merawat masalah sendi. Jangka hayat pasif deca durabolin adalah sekitar 18 bulan, antara yang paling lama dalam badan.

Winstrol (oral+injection)

Winstrol dikenali juga dengan nama stanozolol, susu kuda dan sebagainya. Winstrol berupaya meningkatkan jisim otot, mengeraskan badan dan meningkatkan stamina sambil memberi kesan pam dan kelihatan kering. Winstrol digunakan dalam kuda lumba untuk menambah stamina dan jisim otot. Winstrol adalah steroid yang diguna untuk memotong dan nampak kurus. Winstrol mempunyai kesan toksik yang paling tinggi yang boleh memberi kesan pada hati. Winstrol juga memberi kesan seperti jerawat dan mengeringkan sendi. Jangka pasif winstrol adalah sekitar 4 bulan. Winstrol biasa digunakan dengan anabol atau anavar dan disertai dengan testosterone propionate.

Anadrol (oral)

Anadrol atau anapolon atau oxymetholone adalah steroid oral untuk membesar yang paling kuat. Paling kuat juga memberi kesan paling kuat pada hati. Anadrol boleh merosakkan hati dan badan jika digunakan berlebihan melebihi 5 minggu. Menurut pemerhatian, anadrol mampu menambah sehingga 10 lbs otot dalam masa seminggu dengan retansi air. Kebanyakan pengguna anadrol akan kehilangan 50-60% daripada berat selepas berhenti menggunakan disebabkan kehilangan air. Anadrol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.

Bersambung ke entri Pengenalan Steroid 2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

107 thoughts on “Pengenalan Steroid 1

  1. Saya mengeluarkan entri steroid bukan menyuruh gunakannya tetapi sebagai pengetahuan tentang fungsi dan kesan sampingan. Saya tahu ada juga yg taktau apa yg digunakan steroid sbb ada sesetengah yg jual kata tu supplement. Bila orang lain ambil, dia pun ambil

    1. Takpe bos
      Bagus infor ni
      Sbb bro cerita pro & cons
      Risiko masing2 dpt nilaikan

  2. fazli rozi says:

    ramai yg cuba tp tak tau kesan sampingan n sy pernah cuba tp nasib baik sy berhenti cepat huhu..sy amik dianabol biru bentuk love mmg power tp bila pikir side effect terus sy stop mkn..ramai di luar sana hendak cepat sbb tu depa amik racun nih..tak pkir kesan sampingan dah huhu

    1. kalau yg tau tu steroid tp masih amik tu, x bleh ckp apa, cuma kekadang ada yg xtau, tp ambil. x diberi penerangan yg betul

  3. saya kurang faham dengan water retention. adakah ia belaku dibawah kulit atau di dalam otot?

    1. water retaintion sbb steroid berlaku dlm byk cara, antaranya, body akan limitkan pembuangan sodium dari proses pembuangan kidney, yg seterusnya menyebabkan sodium agak tinggi lalu menyebabkan retansi. jika di dlm otot memerlukan kehadiran potassium, ikatan dlm sel biasanya berlaku dlm beberapa cara gak, cam kehadiran glikogen. jd kalau hanya sasar di dlm otot utk nampak full perlu rendahkan intake garam. bila sodium tinggi, water retaintion juga tinggi di bahagian2 lain sehingga nampak seolah di bawah kulit, nampak sebu.

      1. water retaintion akan lead kepada masalah seperti tekanan darah tinggi

        1. bahayanye amik steroid ni. dulu saya pernah terniat nak amik sbb nak cepat besar. tp bl saya baca tentang risiko bende ni. terus saya tak nak amik. pastu ada kwn saya yang amik steroid. lepas dia berenti amik dan berenti workout cepat je bdn die kecut balik.

  4. truma nak amik benda-benda ni,takut nanti hilang kejantananya walaupun badan segagah arnold susah nak eja.

    1. byk rasa kes hilang kejantanan ni di malaysia, kebanyakan jenis x reti pakai, pakai terlalu byk sehingga estrogen balas balik dan turunkan paras testosteron.

  5. newbie skrang x buat research mendalam seblum amik racun ni.. penjual plak hnya pkir keuntungan. lg2 yg oral, dorang x tau effect dia bkan skrang tp bler tua nti. pling kesian, oral ni just water retention, abes cyle kecut blik.. tkut nk inject tp ada hati nk amik racun.. n dorang ptutnya kne jmpa doctor dlu buat medical checkup.. liver toxic, bp.. muda2 la kne jga..

    1. apa boleh buat, utg besar jual steroid ni. bukan stakat jumpa doctor biasa, tp doctor yg boleh advice dlm sukan. kat malaysia mungkin kurang. kalau nak masuk contest mungkin lain, tp kalau setakat nak berbangga sekejap berbadan besar…

  6. tak berbaloi ambil steroid untuk menunjuk dgn rakan2 gym..
    syabas dato; buka mata semua- buruk baik steroid ni

  7. Kalau tak ambil streoid ni,badan boleh jadi tak?sekadar ambik protien je sekarang ni dan maintain workout.

      1. Susah jugak ye nak bina badan ni.perlukan komitment yang tinggi.boleh bg tips tak dato cara nk jdkn bdn ni dgn berkesan dan nampak hasilnye.

  8. tahniah dato….mmg bagus post ini…sebagai pengetahuan…

  9. Tahir Berahima says:

    @newbie..sila baca post untuk beginner..:)

  10. salam..terlebih dahulu,,,saya ucap terima kasih yang teramat pada dato’ sbb prihatin dgn soalan saya hari tu tntg ni,…utk pengetahuan dato’,,saya amat meminati Mahmoud ad-durrah,,bodybuilder natural blh tgk dlm u-tube…tp masalh saya,,gym tmpt saya train 70% main steroid…smua ambik pil anabol tulisan siam tu..tpmindset saya nak bdn mcm diorg natural,xnk “tipu”…jd mslh saya PERSEKITARAN…mknn natural saya dh jga,,suplmnt just tmbh weght gainer ja,,,so bg pndpat dato’,,,antra creatine,glutamine,bcaa,amino…mana saya perlu ambil utk percepat kadar pemulihan muscle lpas train(2hari sakit otot yg train tu)..+nk percepat pembesaran..saya xnak guna STEROID….saya nak buktikan pada 70% ahli gym tmpat saya tu yg saya natural blh beat mreka tnp steroid..stiap kali saya tny mreka,mcmna nk cepat pulih oto,jwpn mreka,,cucuk+anabol,,,minta tlg dato’…

    1. kekadang di malaysia dah jd mcm sukar dielak. steroid dah jd mcm gula2. org sekeliling plak hampir semua amik. mcm xde apa. masa ni kena kuatkan mind. walaupun sukar tetapi kekal pada pendirian tu. kalau perlu supplement utk cepatkan recovery, pakai glutamine pun dah ok. kalau ada lebihan budject, boleh je amik yg lain2 cam amino, tp ‘jgn’ set dlm mind, supplement tu perlu.

  11. nk ambik steroid ni ibarat pelumber yg jalan yg kalu mati sia2, tp ada jgk pelumber yg halal atau yg tahu selok belok belumber, jd untuk ambik steroid biar la kite jd mcm pelumber yg halal, thu baik buruk dia, masalh org kite tahu ambik tp tk thu nk post cycle trapy hormon semula jdi blik, pastu ambik tk ikut jadual n dos, tp ambik ikut keinginan yg membuak2.. u yg mendatang kn masalah… pastu ambik steroid dn jd kn saiz badan jay cutler sbagai panduan memang hancur la ogan2 dlam kite… sb kite org asia tbuh dh memang kecik…. so steroid ni ada baik dn buruk jd kalu nk pakai tu fikir2 kn lah…

    1. no komen dari pemakaian, cuma jika sebagai seorang atlit dan rasa memerlukan, dptkan khidmat seorang pakar utk pakai. jgn sesuka je amik tanpa pengetahuan dan tanpa cycle yg betul

      1. yup betul tu dato’ kite kene khidmat pakar tp kbnykan org yg gune ni guna kn khidmat penjual so si penjual just nk laku kn barang dia dn syor kn yg bukn2… itu yg merosak kn nye, tp secara am nye steroid adalah tidak baik pada tubuh manusia…

  12. sukeri-za zxtenr says:

    Saya tak pernah terfikir nak amik steroid…minta2 la tak terjebak…buat masa sekarang minum tongkat ali yg direbus sendiri jer…keras pun keras….he3

  13. Steroid.
    Masing2 ada pandangan sendiri. Pd sye klau setakat nak badan cantik saje, bkn nak masuk pertandingan secara serius xperlu la steroid.
    Klau masih berdegil gak nak guna, org ckp ape pn xjln. Cerita la mcm mana pun. Tnjk la video2 n gambar2 yg mengerikan pasal steroid abuse. Masuk kiri keluar kanan.

    Klau dah nekad nak ambil jugak. Buat kajian dulu. Jgn bulat2 ikut ckp 1 pihak saje. Rajin2 ckit buat search kat net. Sgt2 penting ikut cycle. Bila perlu off. Bila perlu buat terapi. Buat pemeriksaan kesihatan berjadual. Mungkin 6bln atau setahun sekali. Check kesihatan organ terutama sekali hati, ginjal (buah pinggang). Sediakn duit banyak2 utk buat rawatan jika ada masalah..

    Pro bodybuilder yg kebanyakkan dr kita jadikn contoh di luar negara tu kaya raya. Rase2 nye mereka ada doctor peribadi utk monitor taraf kesihatan mereka. Klau ada masalah dpt kesan awal. Ada duit utk buat terapi dan rawatan yg beribu2 dollar.

    Jgn ltk angan2 atau expectation terlalu tinggi dan tak munasabah. Nti kecewa. Takut tergoda utk guna steroid. Nilaikan dgn usaha kita. Kdg2 kita x nampak hasil latihan bkn kerana xcukup hormon atau perlukn steroid. Tapi usaha, pemakanan ,rehat tah ape2. Silap sendiri. Lg satu ada x buat track record progress. Bkn stakat size jer. Weight, jenis latihan pemakanan dll. Nti blh buat assessment. Blh kaji semula tgk mana silap mana trlbh mana terkurang dan buat pembetulan.

    Jgn bru 5-6 masuk gym da start nak amik. 1-2 tahun masuk gym pn pada sye masih awal utk guna. Klau awal2 dah ambil steroid, nti terlanggar tembok “plateau” paling besar tp masih xpuas hati dgn hasil mcm mana? Kaji semula diet, latihan? Buat jadual latihan baru? Atau yg plg senang ambil lbh dr dose yg dsarankn? Gune 3-4 jenis steroid? Skip stop cycle? J

    Mungkin sye akn guna steroid bila sye ada masalah kesihatan dan benar2 memerlukannye. Tp tidak semasa sye sihat, masih ada progress.

    Trlbh pnjg plk comment. Sori dato’ 😛

    Akhir kata bg sye la, dr guna wang utk steroid baik belanja kwn2 yg xguna steroid. Sape yg x guna. Jom. Hehe….

  14. arimourinho says:

    lebih kurang macam merokok jugak steroid ni…tapi ramai jugak orang tak berenti merokok..walaupun dah tau merokok tu merbahaya…manusia..manusia….hehehe

  15. bro pm me the best price list of these al product..

  16. assalamualaikum dato.baru2 ni saye ade ambik sustanon(inject).ni smue pasal kawan la dato.ape yg patot sy buat dato?bnde da ade dlm badan.on off cycle mcm mane tu?ta paham.ade yg suroh beli vmax untuk clear.tlng dato;(

    1. jika setakat amik sikit tu, boleh terus stop. tp teruskan training. apa kena mengena vimax ngan clear?

      1. saye pn tak tawu pasal vmax tu.ade kawan yg cakap.tu yg saye tnye dato.maaf ye dato

  17. saye ade amek testosterone 5 injection.. adakah ia merbahayakan kesihatan saye dato? kawan saye syorkan amek lg 5 injection lg bg cukup 10.. adkah kuantiti yg 10 tu berlebihan??

    1. 1 pun dah consider steroid. kenapa perlu ambil? nak bertanding?

      1. supaye cepat besar… tanpe mengunakan steroid mengambil mase yg agak lame…

          1. dapat cantik dato

  18. salam dato,,sy jarang juga guna bnda steroid nie..sy pnah gnA star pink anabol tu..klu sy nk bru sy nk gna..tp mmg x sslu ar.kdg2 1 bulan 2 biji..tp minggu dpan sy nk bulking,,bole kha sy gna just 1 minngu 2 hari sja..pengambilan biji n brpa kali shari nk tnya dato..?star pink nie jer yg pnah msuk dlm bdn..steroid yg lain xkn sy msukkn dlm bdn sy

    1. sy x recommend sebarang penggunaan. sebarang penggunaan atas tanggungjawab sendiri.

      1. boleh rujuk kepada yg pakar selain daripada zaki khan

  19. ,ctweirdo says:

    saye atlit aya nk tnya boleh tak sya nak ambik stearoid global…..dan sya perempuan….sya ade world tournament sya ingt nak ambik stearoid

    1. sy bukan org sepatutnya yg boleh rekomen penggunaan steroid. elok refer pada doktor sukan anda.

  20. yg plg kelakar ada kwn2 yg main gym amik star n love tp kata ini bukan steroid.. inject tu baru steroid.. adoi.. rosak2..

  21. HASIFUL INSAN says:

    salam..retansi air 2 ape dato?

      1. Creatine pun beri kesan water retention jugak kan dato?

  22. Assalma,kat atas byk cerita tentang nak badan besar, tapi saya pulak terpaksa ambik steroid utk sendi belakang (atas nasihat doctor pakar)…tapi masalahnyer sekarang nie (just nak tanya), kenapa agaknyer darah haid saya keluar sampai 20 hari.

    1. kenapa dgn sendi? steroid kemungkinan mengacau kitar haid. tp kalau berlarutan, dptkan nasihat doktor.

  23. asalam dato selamat hari raye…bahaye ker kalau kite ambil injection tp selepas cukup kite clean dgn mengambil ubat2 utk cuci balik racun yg ade dlm badan???

    1. xde istilah cuci betul2 cuci. even kita amik penadol pun ada memberi kesan long term.

      1. Ok lah Kesan2 letak tp dulu…nak tnyer andaikata dato yg ambil deca..suplement ape yg lain perlu ambil utk mantap kan benda
        Tu…contoh protein whey + asid amino

        1. Boleh terangkan cara cycle yg betul dan product2 yg perlu ade thank..

          1. maaf, sy x beri consultation atas penggunaan steroid.

  24. salam dato’ saya nak pkai steroid dlm 5 kali injection seminggu sekali.. rsa nya dalam masa tu dapat x tg prrubaan nye?

    1. sy x beri consultation penggunaan steroid. guna atas tanggungjawab sendiri.

  25. dato, adakah medical checkup leh detect streroid?

  26. Salam…..
    Bro cm gh hormones ape benda plak…?
    Apakah side effect nya plak…?

  27. Bro tumpang tanya. I’m newbie.. Kalau kita guna anabolic ni adakah akan kantoi urine test dgn aadk ? Mohon jawab..

  28. minx tunjuk ajar says:

    klu amik deca anabolin 4tiub..1tiub 1minggu…pas 2 xyah cucuk lgi…okey kew dato zaki???

  29. Salam En Zaki khan mcm mna dengan hormon sbb ramai kwan2 saya ambil,.

  30. Salam…nak tanya saya aada makan pil amano acid n why protein….adakah kesan 2 produk tersebut.

  31. nalzarirahab says:

    sekarang zaman nak-cepat. badan nak besar cepat, kaya nak cepat…tulis pun nak cepat…sampai nak baca pun pening…mati taknak pula cepat..

  32. gym extreme says:

    kami semua pkai takde pape pun’ nak pkai tak salah cuma jgn berlebihan je• apa apa benda kalau berlebihan jadi lain• yg kecoh pasal steroid ni biasanya dia tak mampu sgt nk pkai, gentelman ckp laa

  33. kebaikan mengunakan steroid nie lebih banyak dari keburukkank,cuma bnyak di rahsiakan oleh masyarakat kita yang tahu

      1. saya ni ada masalah nak bina otot.bertahun suda workout tapi tiada kesan.protein banyak suda digunakan.saya kecewa.kalau guna anabol untuk sekali.boleh disyorkan kah/?

        1. sy x syorkan penggunaan steroid. guna atas tanggungjawab sendiri.

      2. Lazarus Rising says:

        hahahaa…manusia mcm ni pn ade Dato? bdk tadika ke ape nih? pethatic abis.

    1. Aiman Rais says:

      Saya penah cuba dianabol dlm sbulan lebih ,mcm mana ya sy nk buang dari badan sy

  34. salam dato saye nk mintk pndangan dato saye mempunyai berat bdan berlebihan iaitu 140kg,hampir seminggu saye workout dekt gym untk kurngkan bert bdan mcam orng normal,mmber saye syor kn sye amik steroid dan terus workout dan pemakanan mmg sekarng saya jge,so saye nk tnye pada dato boleh ke saye amik steroid?

  35. Terima kasih atas penerangan ttg steroid anabol tu. secara jujurnya sya juga menggunakan anabol bintang, deca dan cyponate semasa saya sedang menulis komen ini. Saya hya mdgr komen rakan2 ttg kebaikan dan keburukannya. Disebabkn rakan2 sya yg tdk mpunyai pengetahuan khusus ttg penggunaan steroid tsebut, sya memilih utk mcuba krn ttarik dgn “kebaikan” steroid tsebut. Bila sya mdpt penerangan ttg kesan2 steroid ini, sya merasa sgt kecewa krn sya menipu diri sdri. Pdhal tanpa mgunakan steroid tsbut, sya mampu mbina tubuh badan sya dgn sempurna sebab sya seorg atlit sejak dr bangku sekolah. Terima kasih dato’ atas segalanya.

  36. salam dato..dulu saye ade gune byk pakai bintang…kalau sudah x ambil..adekah bintang tu masih ade dlm badan saye??..

  37. kat mana nk dapatkan steroid dato?

  38. dato….!!!!saye da main gym 2tahun..badan sye kurang menjadi.train hardcore dgn rakan besar2 rehat,mkn,semua jaga tapi yg sye dpt strengh saja..stakat 100kg chest squad bole solo tanpa support…

  39. dato tnpa steroid.. apakah supp yang complete perlu diambil ketika cutting? tq dato..

  40. dato, adakah humagrow juga di kategorikan antara jenis steroid

      1. salam dato

        orang yang makan pil bintang (PINK) sebiji (anabool tablet)untuk sebulan lepas tu dia x mkn untuk selamanya..adakah boleh dh dapat side effect pada tahun yang akan datang.???

  41. Is it safe to use clen+cytomel? Ive been training for 5 years and i think its time to take my body to the next level…

    1. is it not my job to say safe or not. before refer to doctors or endocrinologist

  42. daging terselit di gigi says:

    baru je nak cuba steroid ni tp bila baca blog ni n komen korang trus ta jd la na besarkan badan..makan kuat sikit dan stop rokok komfem badan naik

  43. Daus besi says:

    Assalam dato.

    Steroid ni yg sebetul nya ada brpa jns dan kateogeri dia yee??apa mksd steroid kateogeri oral ??

    1. dlm bidang badan, class S, anabolik steroid. ada yang oral, melalui mulut, ada yg injection, ada yg derma.

  44. Wan muhamad hasruldin bin wan mustapa says:

    Salam dato, ubat gemuk harsen warna oren tu pn steroid jgk ke?

  45. Salam tuan..apa pendapat tuan tentang SARM…adakah ianya supplement ataupun steroid?…kalau dari apa yang telah dibaca, SARM nie mcm lagi hebat..tengok testimoni sume pun hebat belaka

  46. Salam dato,terima kasih dengan penerangan tersebut..

    Selama ini,saya bina badan (naikkan size dan buat otot) dengan cara yang semulajadi tanpa mengambil apa2 supplement,..saya cuma mahu bertanya,apakah ada kesan sampingan dari pengambilan supplement seperti dari pengambilan creatine,HMB,amino dan bcaa..untuk pengetahuan dato saya tidak tahu menahu tentang supplement2 dan steroid..melainkan buat excercise secara biasa

    1. wslm. supplement dlm general case xde apa masalah melainkan individu itu saja bermasalah. mungkin kidney mmg ada masalah etc. cari yg approve fda kalau brand luar.

  47. Kurang protien tu yang muscle lambat recovery.. Maaf itu sekadar yang saya tahu lah

Leave a Reply to Noor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: