Peranan Otot Rangka Dalam Rintangan Insulin

Otot rangka adalah organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia juga berperanan dalam mengawal homeostasis glukosa dan bertanggungjawab untuk 80% pengambilan glukosa dari sumber makanan yang kita ambil. Otot rangka adalah penting untuk metabolisme tubuh, baik untuk peranannya dalam pengambilan glukosa dan kepentingannya dalam senaman dan penyakit metabolik. Artikel kali ini akan membahas peranan otot rangka dalam Insulin Sensitivity atau rintangan insulin. (1)

 

Diabetes mellitus atau penyakit kencing manis, adalah sejenis gangguan metabolik yang menjejaskan homeostasis glukosa dan menyebabkan peningkatan paras glukosa darah. Homeostasis glukosa terjejas ini meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan neuropati. Kebanyakan kes diabetes dibahagikan kepada jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 ialah gangguan autoimun yang membawa kepada disfungsi dan kematian sel ? pankreas; menghalang keupayaan mereka untuk membekalkan insulin kepada badan. Kekurangan insulin menghalang pengambilan glukosa dalam tisu periferi, termasuk tisu adiposa, dan otot rangka, mengakibatkan paras glukosa darah tinggi.(1)

 

Manakala, pada penyakit diabetes jenis 2 sel ? pankreas pada mulanya menghasilkan insulin, tetapi tisu periferi yang tidak berfungsi tidak dapat bertindak balas terhadap insulin, dan paras glukosa darah kekal tinggi. Tahap glukosa darah yang tinggi yang berterusan mencetuskan keperluan untuk insulin dalam keadaan isyarat yang tidak terkawal ini, yang akhirnya membawa kepada disfungsi sel ? dan rembesan insulin yang tidak berfungsi dengan optimal. Jenis diabetes lain termasuk kencing manis semasa mengandung, yang boleh berlaku pada wanita hamil tanpa sejarah penyakit ini, dan diabetes yang disebabkan oleh keadaan perubatan lain.(1)

 

Pada 2015, kira-kira 415 juta orang dewasa di seluruh dunia dianggarkan menghidap diabetes, dan ini dijangka meningkat sebanyak lebih 250 juta orang dalam tiga dekad akan datang . kencing manis jenis kedua menyumbang lebih daripada 90% kes diabetes. (2)

Kursus Kecergasan 2024

 

Sistem organ otot rangka adalah yang terbesar dalam badan, merangkumi kira-kira 40% daripada berat badan seorang lelaki muda. Ia penting untuk pergerakan, postur, suhu dan homeostasis glukosa, sokongan tisu lembut, dan metabolisme.(3)

 

Otot rangka adalah penting untuk pembersihan glukosa dan bertanggungjawab untuk lebih 80% pengambilan glukosa daripada beban glukosa oral, selepas makan. Rintangan insulin disebabkan oleh desensitisasi otot kepada insulin yang dikeluarkan oleh pankreas untuk mendapatkan pengambilan glukosa, yang membawa kepada peningkatan paras glukosa darah. Rintangan insulin otot rangka boleh muncul beberapa dekad sebelum permulaan kegagalan sel ? dan kecing manis yang bergejala. (4)

 

Bukan itu sahaja, malahan individu tanpa diabetes, normoglikemik yang berisiko tinggi mendapat kencing manis (seperti kanak-kanak dengan ibu bapa yang kedua-duanya menghidap diabetes) telah dilaporkan menunjukkan rintangan insulin otot rangka sederhana , menyokong peranan untuk rintangan insulin sebagai risiko awal kencing manis.(5)

 

Sebagai tempat utama pengambilan glukosa yang dirangsang insulin, otot rangka juga dianggap sebagai pemacu utama rintangan insulin seluruh badan. Apabila kecacatan utama adalah pada otot rangka, memulihkan rintangan insulin dalam otot sahaja sudah memadai untuk memulihkan homeostasis glukosa seluruh badan.(6)

 

Kesimpulannya, massa otot yang kurang dikaitkan dengan peratus diabetes atau penyakit kencing manis yang lebih besar bebas daripada pengagihan lemak badan. Jisim otot yang rendah boleh menjadi faktor penyebab dalam perkembangan diabetes jenis 2 atau penanda berkorelasi risiko metabolik yang lebih tinggi.(6, 7) Para pembaca sekalian digalakkan untuk menambahkan latihan beban dalam senaman rutin anda.

 

 

  1. Merz KE, Thurmond DC. Role of skeletal muscle in insulin resistance and glucose uptake. Comprehensive Physiology. 2011;10(3):785-809.
  2. Organization WH. Global report on diabetes. Geneva, 2016. World Health Organization: Ermita, Manila, Philippines. 2016.
  3. Kim KM, Jang HC, Lim S. Differences among skeletal muscle mass indices derived from height-, weight-, and body mass index-adjusted models in assessing sarcopenia. The Korean journal of internal medicine. 2016;31(4):643.
  4. Ferrannini E, Simonson DC, Katz LD, Reichard Jr G, Bevilacqua S, Barrett EJ, et al. The disposal of an oral glucose load in patients with non-insulin-dependent diabetes. Metabolism. 1988;37(1):79-85.
  5. Taylor AH, Doust J, Webborn N. Randomised controlled trial to examine the effects of a GP exercise referral programme in Hailsham, East Sussex, on modifiable coronary heart disease risk factors. Journal of Epidemiology & Community Health. 1998;52(9):595-601.
  6. DeFronzo RA, Tripathy D. Skeletal muscle insulin resistance is the primary defect in type 2 diabetes. Diabetes care. 2009;32(Suppl 2):S157.
  7. Haines MS, Leong A, Porneala BC, Meigs JB, Miller KK. Association between muscle mass and diabetes prevalence independent of body fat distribution in adults under 50 years old. Nutrition & Diabetes. 2022;12(1):29.

 

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: