Perempuan dan Protein Whey

‘Eiii takutlah nak ambil whey protein itu, nanti jadi macam lelaki’

Itu lah ayat kebanyakan perempuan apabila bercerita tentang makanan tambahan protein. Persoalannya, bolehkah perempuan mengambil protein whey sebagai makanan tambahan mereka? Kalau dulu, kita tengok produk makanan tambahan whey menggunakan model ahli bina badan dan akhirnya dikenali sebagai makanan tambahan bina badan. Kini bersepah iklan menggunakan perempuan seksi sebagai model.

Kursus Kecergasan 2024Kenapa badan kita perlukan protein?

Paras protein berkurang melalui senaman. Otot memerlukan asid amino untuk mengelakkan kemerosotan, memberi daya tahan yang baik dan paling penting untuk membina, membaiki otot yang rosak. Perempuan memerlukan protein seperti mana lelaki memerlukannya. Jangan lihat minuman protein sebagai sesuatu yang menakutkan sedangkan anda tidak takut makan desert, makanan segera dan sebagainya.

Apa itu protein whey?

Produk protein whey adalah produk daripada keju yang mana kebiasaannya daripada susu lembu. Ia pada asalnya dijumpai di dalam susu ibu dan digunakan dalam formula susu bayi. Protein whey adalah protein yang paling tinggi nilai biologinya, bermakna ianya memiliki kadar penyerapan yang tinggi berbanding protein lain.

Siapa patut pakai protein whey?

Protein whey mempunyai banyak kelebihannya termasuk untuk sistem imunisasi, kesihatan tulang, mengawal berat badan dan membina otot. Perempuan juga memerlukan protein dan protein whey antara pilihan yang baik.

Adakah protein whey boleh menyebabkan seorang perempuan membesar?

Tidak. Perempuan kekurangan hormon testosterone yang diperlukan untuk mendapatkan otot besar. Berlebihan protein bersamaan dengan berlebihan kalori. Lebihan kalori akan disimpan sebagai lemak.

Berapa banyak diperlukan?

Berbalik kepada aktiviti. Seorang perempuan sedenteri memerlukan 0.4g protein untuk setiap pound berat badan. Senaman biasa, 3-5 kali seminggu memerlukan 0.6-0.8g protein untuk setiap pound berat badan. Manakala senaman berat, biasanya jarang dilakukan oleh perempuan di Malaysia, memerlukan sekitar 1g protein untuk setiap pound berat badan. Lihat contoh di bawah;

Berat 70kg, dalam lb 157
Dengan senaman sekitar 3-5 kali seminggu, campuran senaman bebanan dan aerobik, dia memerlukan 157 x 0.7 = 109.9g protein.

Protein diperlukan tak kira anda lelaki atau perempuan. Ia tidak semestinya daripada sumber protein whey tetapi protein whey adalah antara pilihan yang baik. Seorang perempuan boleh pertimbangkan untuk mengambil protein whey sebagai sebahagian daripada dietnya.

Lihat juga entri
Protein
Nilai Biologi

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

55 thoughts on “Perempuan dan Protein Whey

  1. Abg Kidd Rock says:

    selamat berpuasa tuan…..

  2. Terima kasih banyak dato’ sebab sudi share pasal whey protein..sngat clear..sy mula buat weight training dah sebulan tapi bru seminggu amek whey..

  3. dato… saya dah mula amek mass…
    badan ada perubahan… naik dah…. perut jugak naik gak… hehehe…
    soalan saya, saya nak tahu sama tak (bakar lemak) kalau kita main futsal or badminton ngan jogging. sebab saya rasa jogging lebih effisyen bakar lemak dari main badminton or futsal. so boleh dato jelaskan tak?.. k selamat berpuasa….

    1. jogging bakar lemak..tapi rasanya futsal dan badminton bakar kalori kot? klu tak silap lah..dato..sila ulas..

  4. off topic…. dato tangan n bahu saya dan nampak berketul2…. tapi camne nak wat badan kita nampak berketul2.. apa workout yang mujarab? bagi nampak kemas n tegap….

    1. banyakkan weight training.kardio kurangkan(klu dah kurus).makan yg clean..kurangkan minyak tak baik..tidur cukup..jgn kurang tido..klu mmpu mkn makanan tambahan mcm whey..insyaallah berketak2..huahuahua.

  5. dato, saya kurus sgt2 nk tmbh berat badan boleh amik whey nie? tp sy xnk bdn bermuscle huhu

    1. kalori whey cuma dlm 12okcal je.lebihkan makanan yg natural.whey boleh diminum sebagai tambahan.minum mass gainer lagi best.haha.btul tak dato??

    2. boleh. tp whey lebih kepada pelengkap intake protein. lebihkan drpd sumber natural skali.

      1. sumber natural makanan yg mcm mne?

  6. dah tu..kalau pompuan amek protein whey yg byk…akan jd gemuk la?? ayee xfaham laa

    1. amik banyak klu still tak lebioh kalori takde masalah.huhu.terima kasih zaki khan! kerana bantuan anda.saya lebih berilmu.

    2. sama gak mcm lelaki, kalau berlebihan, akan disimpan sebagai lemak.

  7. Salam,

    ada seseorang memberitahu saya, yg dia dinasihatkan tidak mengambil protein disebabkan dia cedera di lower back kerana heavy deadlift (katanya). boleh jadi ke? tapi dia bagi stock protein dia kat saya. hehe

      1. entah lah dato’. dia cuma kata doktor tak bagi dia amik protein lagi sebab dia cedera kat spine. saya rasa macam pelik je statement dia tu.

  8. ape bza whey gain dgn weight gain?

      1. klu cmtu..mne yg sesuai nk amek utk bg bdn lg berotot..tp xnk besar2 sgt cm bodybuilder yg msuk competition tu?

        1. senang je.jawapannye.whey lah .sebab whey high protein utk otot dan low calories.mass gainer tu high calorie dan carb..sesuai utk besarkan badan..gemukkan badan la kiranya.

          1. orite tq 🙂

        2. Tahir Berahima says:

          mcmlah nak jadi besar tu senang..hahah..

          1. xpe..xnk besa2 sgt pon..yg penting fit n sehat..besa sgt ssh nk cari seluar hehe

  9. salam dato, skarang dah puasa. saya ni dah la kurus kering. lagi la bertambah kurus puasa2 ni.. apa cara atau diet nak tambah berat di bulan puasa ya dato???? 🙁

    1. kurangkan training. 3 kali seminggu dah ok. train heavy. makan lebih.

      1. tambahkan mass gainer utk msakanan tambahan.tul tak dato?? huhu

  10. dato… dlm bulan pose nie elok buat aper dato… cutting ker, sizing ker bakar lemak… yang mana paling sesuai dan berbaloi tuk buat.

    1. depend on ur target. tp sizing agak sukar sikit kebiasaannya, kecuali sizing lemak sbb overload berbuka.

  11. assalamualikum.. boleh saye tau
    macm mane nak kurus kan perut yang buncit?

  12. Mr. right says:

    hi.. nk tanya tuan.. sy nk besarkan muscle ni supaya kelihatan maskulin.. protein apa terbaik yg disarankan tuan? currently badan saya xkurus dan xgemuk.. berisi biasa je.. berat 68 tinggi 5 feet n 11 inch.. skg guna mass fusion.. adakah ini bagus untuk saya? terima kasih.. 😉

    1. mass fusion ok. apa2 whey protein pun ok. top brand cam ON, elite, gaspari.

  13. salam dato’

    saya cuma mahu bertanya produk whey protein yang mana ada pengesahan halal? terima kasih.

  14. salam bole ka perempuan minum weight gainer?

    1. boleh. kalau nak gain weight, ikut formula keperluan kalori juga, tapi bersenam. jangan hanya bergantung pada weight gain.

      1. Brand apa yg sesuai dgn perempuan?

        1. cuba guna powermania. contact 0173999125 utk order jika berminat.

  15. Assalam dato..saya nak tnya,whey protein jenis apakah yang sesuai untuk perempuan mcm saya?sy buat cardio 3x seminggu,swimming 1x seminggu dan heavy weight 2x seminggu…sebb saya mmg dh kurus dlm 52kg n tinggi 157cm..nw sy nk fit.sbb sebelumni sy ambk jenis GNC PRO PERFORMANCE AMP-100% WHEY PROTEIN ADVANCED.

    1. wslm. tak kisah apa jenis whey. janji tepati jumlah keperluan harian. perlu 50g, target 50g. brand lain2, beza berapa byk.

  16. saya nk tnya ni , sy ni underweight lah klau nak ikot kan dengan umur skarang , supplement ape yg sesuai eh . and bnd2 mcm ni side effect ade ke

    1. kalau kritikal, boleh je pakai weight gainer. as long kalori consumption lebih, dia akan gain. cuma kena make sure bersenam.

  17. Salam, saya nk tnya, mcm saya ni underweight, berat n tggi xcukup so klu nk consume weight gainer ni boleh ke? Saya xpernah nk buat exercise ke apa2 sblm ni so if blh ambik weight gainer, exercise mcm mne yg perlu saya buat if saya xnk pegi gym??? N blh suggestkn weight gainer apa yg sesuai utk perempuan???

    1. wslm. boleh. tapi kalau nak naik cantik, elok ada resistance training. guna bodyweight ni slow sikit

  18. Salam, saya nk tnya, mcm saya ni underweight, berat n tggi xcukup so klu nk consume weight gainer ni boleh ke? Saya xpernah nk buat exercise ke apa2 sblm ni so if blh ambik weight gainer, exercise mcm mne yg perlu saya buat if saya xnk pegi gym??? N blh suggestkn weight gainer apa yg sesuai utk perempuan???

  19. Terima kasih dengan penerangan.. Dato, sebagai seorang yang aktif berlari bolehkah saya mengambil whey protein sebagai makanan tambahan saya dan saya juga sedang berusaha menurunkan berat badan saya.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: