Perlukah Sangat Ringan Untuk Lari Lebih Laju?

Kelajuan sering dikaitkan dengan berat badan dan BMI dalam pelari.  Atlet, secara purata sentiasa lebih ringan dan lebih kecil berkadaran dengan jarak, ini bermaksud semakin jauh jumlah KM larian, memerlukan saiz atlet yang lebih rendah BMI. Jika diperhatikan, BMI lebih rendah untuk acara maraton dan semakin meningkat untuk larian pecut, tetapi ada nilai optimum untuk jarak tertentu, boleh rujuk graf dibawah:

Sumber : BMI, a Performance Parameter for Speed Improvement

Tinggi Dan Prestasi

Kelajuan signifikan dengan berat dan BMI dan sedikit berkaitan ketinggian. Lebih ringan dan lebih kecil sesuai acara ketahanan, tetapi lebih berat dan lebih tinggi  untuk larian pecut.  Atlet yang berjaya biasanya lebih tinggi kerana individu  lebih tinggi mempunyai kelebihan dari peningkatan panjang langkah. Tetapi pelari lebih rendah mempunyai kelebihan dari segi mengurangkan rintangan pada kaki dimana mengurangkan tindak balas awal pecutan. Dia mempunyai lebih tenaga untuk mula memecut .

Kursus Kecergasan 2021

Bagaimana berat?

Manakala untuk berat, pelari pecut biasanya lebih berat, kelajuan meningkat dengan jisim kerana badan yang lebih berat dikaitkan dengan keperluan kekuatan  otot, daya tahan dan kuasa kerana pecutan memerlukan ritma larian dan kontraksi otot. Ia juga berkaitan dengan jenis otot fiber. Untuk pelari pecut otot, mereka terdiri dari otot fiber laju manakala pelari maraton otot fiber perlahan. Otot fiber laju lebih besar dari segi saiz.

 

Adakah semakin laju bila menurunkan berat?

Mungkin ada seseorang yang beratnya 70 kg hendak menurunkan berat dengan cara berlari, sementara dia menurunkan berat ke 50 kg, dia telah mengikuti 1 program latihan yang sangat baik. Tetapi kemudian dia mungkin menganggap berat 50 kg itu yang menyebabkan lari laju bukan program latihan yang diikuti. Malah ada atlet boleh menjadi sangat taksub dengan berat badan sehingga mereka tidak mahu pertimbangkan untuk naik berat otot. Cuba perhatikan mereka yang membuat diet teruk seperti crash diet, mereka kehilangan tenaga, otot dan tulang dan tidak berlatih berlari adalah mempunyai kekuatan latihan? Sama sekali tidak!

 

Rekod Pelari pecut Zoe Hobbs 100 m, 11.15 seconds

Walaupun ketinggian dan berat badan mempengaruhi kelajuan tetapi bukti  menunjukkan bahawa beberapa bentuk latihan adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi dalam pelari. Lari laju sebenarnya sangat berkaitan dengan latihan yang berterusan dan adaptasi latihan. Latihan yang paling penting meningkatkan kelajuan adalah melatih VO2max, ia adalah berkaitan kecergasan individu serta kena ingat bahawa lebih berat tidak semestinya lebih lemak. Komposisi otot yang tinggi boleh menjadikan seseorang lebih berat kerana ketumpatan tetapi otot memberikan prestasi baik untuk larian.

 

SINGKATAN : 

BMI : Body Mass Index
KM : Kilometer
KG : Kilogram
VO2 max : maximum volume (V) of oxygen (O2)

RUJUKAN :

  1. BMI, a Performance Parameter for Speed Improvement, PMID : 24587266
  2. Factors Affecting Training and Physical Performance in Recreational Endurance Runners, PMID: 32183425
  3. How Much Faster Will I Run If I Lose Weight?
Eda Sharip

Eda Sharip

Coach Eda Sharip adalah Certified Personal Trainer, Gym Instructor and Fitness Instructor. Bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia Kawasan Kubang Kerian, Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu. Pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: