Ada yang tanya saya, bagaimana tahu postur seseorang itu baik atau buruk. Ada beberapa kaedah melihat. Minta seseorang melihat postur anda daripada tepi. Telinga, sendi bahu, sendi pinggul dan lutut sepatutnya berada dalam 1 garisan. Lihat kedua-dua belah badan. Boleh minta kawan tangkapkan gambar anda dari kiri dan kanan. Perubahan postur badan biasanya disebabkan tekanan. Ada juga kes daripada kecil begitu. Tekanan boleh jadi disebabkan duduk terlalu lama, cara kerja dan sebagainya. Cuba lihat dan bandingkan dengan gambar di bawah.
Bagaimana membetulkan? Agak sukar dibuat sendiri, akan tetapi jika anda mahir dengan teknik melenturkan badan, mungkin boleh. Entri akan datang, saya cuba masukkan beberapa ilustrator dan mungkin video membetulkan postur.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.
Abg zaki kenape saye x gemok tapi pipi saye tembam nape yer
kuat makan coklat? genetik. dll. cuba senaman muka http://strengthsifoo.com/bagaimana-kecilkan-muka/