Puasa Meningkatkan Risiko Penyakit Jantung Sebanyak 91%?

Puasa dan diet rendah kalori telah menjadi popular dalam media social dan dalam kalangan saintis. Abstrak yang dilakukan oleh the American Heart Association melaporkan yang individu yang makan dalam tempoh jendela makan 8 jam dan berpuasa mempunyai 91 % risiko lebih tinggi untuk mati akibat penyakit kardiovaskular. Artikel kali ini membahas mengenai kesahihan berita ini dan kesan puasa pada kesihatan tubuh kita.

AHA melaporkan yang analisis terhadap lebih 20,000 orang dewasa di Amerika mendapati bahawa orang yang mengehadkan pemakanan mereka dalam tempoh kurang daripada 8 jam sehari, pelan pemakanan terhad masa, lebih berkemungkinan mati akibat penyakit kardiovaskular berbanding orang yang makan sepanjang 12-16 jam sehari.

Kursus Kecergasan 2024

 

Abstrak oleh AHA ini telah mengemparkan dunia kerana banyak kajian-kajian telah dilakukan dan hampir semua kajian melaporkan yang puasa dengan pengambilan kalori yang kurang (calorie restriction), dikaitkan dengan peningkatan kesihatan dan peningkatan umur panjang. (1)

Abstrak yang dilakukan oleh AHA tidak melaporkan jumlah kalori atau jenis makanan yang diambil oleh 20 000 orang dewasa yang dikaji oleh mereka. Kajian oleh Samudera et al melaporkan yang puasa dapat meningkatkan Kesihatan keadaan orang yang berisiko atau dengan penyakit kardiovaskular dengan memperbaiki faktor risiko seperti tekanan darah, berat badan berlebihan dan disfungsi endothelial. Pada orang yang sihat, puasa boleh digunakan untuk pencegahan penyakit kardiovaskular dengan membantu mengekalkan berat badan, tekanan darah, LDL dan trigliserida dalam had biasa.(2)

Systematic review yang dilakukan oleh Horne et al melaporkan yang dua kajian hasil klinikal pemerhatian pada manusia didapati di mana puasa dikaitkan dengan peritus penyakit jantung dan diagnosis diabetes yang lebih rendah.(3)

Bukan itu sahaja, malahan kajian oleh Pakkir et al menyatakan beberapa faedah kesihatan utama puasa Islam termasuklah penurunan berat badan, penanda metabolik yang lebih baik (rintangan insulin, glukosa darah, dan tekanan darah), profil lipid yang lebih baik, pencegahan masalah kronik (obesiti, diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kanser), perlindungan terhadap neurodegenerasi, dan mengurangkan keradangan.(4)

Satu lagi kelemahan pada kajian yang dilakukan oleh AHA adalah recall bias. Recall bias ialah sejenis bias pengukuran, dan boleh menjadi isu metodologi dalam penyelidikan yang melibatkan temu bual atau soal selidik. Dalam kes ini kajian oleh AHA menggunakan borang soal selidik makanan yang berkemungkinan besar mempunyai recall bias.

Tambahan, borang selidik pemakanan ini hanya merangkumi pemakanan peserta untuk 2 hari sahaja. Soalan saya, bagaimana pemakanan peserta-peserta 5 hari diluar 2 hari yang dinyatakan dalam borang soal selidik tersebut? Akhirnya, kajian oleh AHA ini hanya merupakan sebuah abstrak yang belum diterbit.

Para pembaca sekalian, sebelum anda melakukan apa-apa jenis diet atau pemakanan adalah disarankan oleh anda untuk mendapatkan kihdmat pakar pemakanan atau dokter. Jika anda tidak mahu berkonsultasi dengan pakar saya menyarankan para pembaca untuk baca artikel-artikel yang berkaitan dengan pemakanan di laman Strength Sifoo kerana artikel yang diterbitkan adalah berasaskan fakta dan kajian terkini. Janganlah kita buta-buta mengikut penyataan oleh sesiapa tanpa melakukan pembacaan secara kritis dan kreatif.

Rujukan

1. Golbidi S, Daiber A, Korac B, Li H, Essop MF, Laher I. Health benefits of fasting and caloric restriction. Current diabetes reports. 2017;17:1-11.
2. Samudera WS, Fernandez GV, Fitriyah R, Arifin H, Wulandari SM, Permana RA. The Benefits of Fasting to Improve Health Conditions and to Prevent Cardiovascular. Jurnal Ners. 2019;14(3).
3. Horne BD, Muhlestein JB, Anderson JL. Health effects of intermittent fasting: hormesis or harm? A systematic review. The American journal of clinical nutrition. 2015;102(2):464-70.
4. Pakkir Maideen NM, Jumale A, Alatrash JI, Abdul Sukkur AA. Health benefits of Islamic intermittent fasting. Journal of Nutrition, Fasting and Health. 2017;5(4):162-71.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: