Rampasan Produk Makanan Tambahan
Semalam kecoh apabila keluar berita di tv3, rampasan produk makanan tambahan atau supplement bina badan bernilai 3 juta di Taman Sri Rampai.
KUALA LUMPUR: Sebuah kontena sarat dengan ubat-ubatan untuk aktiviti sukan bina badan bernilai kira-kira tiga juta ringgit berjaya dipintas pihak berkuasa sebelum sempat sampai ke sebuah gymnasium.
Beribu-ribu unit ubatan pelbagai jenama kemudian dirampas kerana tidak didaftarkan dengan kementerian kesihatan.
Hasil risikan dan intipan, sepasukan anggota penguatkuasa farmasi, kKementerian Kesihatan berjaya mengesan sebuah kontena di Pelabuhan Klang.
Kontena terbabit kemudiannya diekori sehingga ke Taman Sri Rampai, Setapak, di IbuNegara sebelum ditahan.
Sebahagian daripada ubatan itu dirampas kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.
Ia dipercayai mengandungi steroid anabolik yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada pengguna.
Ia rampasan terbesar setakat ini membabitkan ubatan tidak didaftarkan yang dikhususkan untuk bina badan.
Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.
Menurut sumber, berkemungkinan akan ada operasi lain dalam jangka masa terdekat.
Siapa la agaknya yang jadik informer tu yea….?
mungkin peniaga lain. 😀
so cane dato’? ada kesan sampingan..brand ape yg xde cop KKM ni? adoi,risau plak…;(
di Malaysia ni, apa boleh sy kata, sendiri pakai sendiri tanggung. 🙂
setau aku supplement yg biase jual tu pun bkn ade cop kkm pun..hahha..baru ni jer kantoi..sebelom ni?ahahah
btul. majoriti xde kelepasan kkm
Morning semua,
1 kontena je kantoi 9 lg dah lepas.
dasyat, bawa sampai 10 kontena. 😀
selepas ni naik harga la…. alasan brg RARE…. hehhee
Dato, soalan larik tajuk ni..nk tnyer..betul ke org ckap main manual lebih cpat besar berbanding main machine?
depend. dua2 ok.
http://strengthsifoo.com/bebanan-bebas-vs-mesin/
mukinkah sebab ini setengah org ada jerawat kat belakang dato?
jerawat?
sebab mengandungi steroid anabolik.
jerawat x semestinya sbb steroid. mungkin sbb panas.
x semua produk makanan tambahan tu ada steroid anabolic. Itu semua “dipercayai’ je.. kalau nak tahu lebih lanjut, u olz kena banyak review kat internet.. kdg2 tu, mmg x d daftarkan sbb nk elak cukai..so pengguna leh dpt murah ckit..xde la membebankan sangat kan kalau nak dapatkan badan yg sihat..hehe
ermm nk tnye yg cara bersenam tu part utk workout kaki xde ke.
http://strengthsifoo.com/data/cara-bersenam/peha-depan/
adui laaa… pasni susah la nak dapat stok.. harga pon mencanak naek la…
brand mne yg ok? brand mne yg ada side effect?
terbaik daripada sudut apa?
kan ada macam2 brand suppliment..ada certain suppliment tu sesuai dgn org ni mybe org len x..so mcm mne nk tau yg kte beli suppliment yg btol2 berkesan kat dr kte sndr?
kena try n error juga. berkesan kat org lain belum tentu berkesan utk diri sendiri. tp kalau ikut dosage keperluan badan, apa2 brand pun ok.