Sakit Kepala

“Arghhh!!! Sakit kepala!!!”

Pernah rasa sakit kepala ketika bersenam atau bersukan? Ada beberapa kemungkinan yang mencetus sakit kepala ini. Jangan terus ambil ubat tahan sakit. Apabila anda bersenam, otot-otot di bahagian kepala, leher dan juga kulit kepala memerlukan lebih banyak oksigen. Ini menyebabkan salur darah membengkak dan seterusnya menyebabkan sakit kepala yang biasanya dipanggil exertional headache. Sakit kepala paling kerap berlaku akibat penggunaan tenaga yang berlebihan seperti aktiviti joging, aktiviti seksual dan lain-lain.

Kebanyakan sakit kepala jenis ini boleh dirawat dengan rehat. Jika masuk kes kritikal kebanyakan yang mengalami sakit kepala jenis ini memberi respon baik kepada indocin atau indomethacin iaitu ubat anti radang yang boleh didapati dengan preskripsi doktor. Sakit ini juga boleh mengancam nyawa, dapatkan penilaian doktor jika perlu. Sakit kepala ini boleh dikurangkan dengan senaman kardio yang kerap, dimana perembesan endorphin lebih stabil sesuai dengan aktiviti. Endorphin adalah ubat tahan sakit semulajadi dalam badan manusia.

Kursus Kecergasan 2024Masalah sakit kepala juga mungkin disebabkan kes serius melibatkan otak seperti pendarahan, tumor atau mungkin juga di bahagian luar otak, iaitu jantung. Masalah sakit kepala juga mungkin petanda gula terlalu rendah atau dipanggil hypoglycemia. Otak kita perlukan gula yang mencukupi untuk menjalani fungsi asasnya. Sakit kepala juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan air. Masalah ini boleh diatasi dengan minum air mencukupi ketika senaman.

Terlebih latihan juga boleh jadi punca sakit kepala. Belajar untuk dengar tanda-tanda berhenti yang dikeluarkan oleh badan. Tekanan berlebihan menyebabkan otot leher ketat dan menarik bahagian kepala yang seterusnya menyebabkan sakit kepala. Sakit kepala juga boleh jadi petanda tekanan darah tinggi. Bila kali terakhir anda buat pemeriksaan doktor?

Selain itu, teknik yang tidak betul juga boleh jadi penyebab. Biasanya melibatkan kedudukan leher seperti squat. Ketika rehat, leher sepatutnya satu barisan dengan tulang belakang, tidak menunduk, tidak mendongak, tidak ke kiri atau ke kanan. Kekalkan pada posisi neutral kepala sepatutnya berada. Teknik bernafasan ketika senaman meningkatkan tekanan inter-cranial. Kebanyakan daripada kita melakukan senaman dengan menahan nafas dan seterusnya menyebabkan sakit kepala. Sebagai contoh, ketika melakukan bench press, tarik nafas semasa menurunkan beban dan lepas nafas ketika menolaknya. Jangan tahan nafas.

Sakit kepala tidak sepatutnya berlaku semasa bersenam. Jika sakit kepala masih berlaku dan punca tidak dapat dikesan, dapatkan bantuan perubatan.

Chapter 425.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

3 thoughts on “Sakit Kepala

  1. Maaf lari topik Dato.

    Saya rasa dulu dalam seminggu 3 kali saya melawat zk.net. Tapi setelah beberapa bulan yang lepas setelah layout web ini diubah, saya rasa dalam 2 kali sebulan saja saya melawat. Layout baru zk.net ni cantik dan kemas, cuma laman home perlu diubah jenis entri yang boleh di’scroll’ down seperti zk.net yang lama.

    p/s; Home page sekarang (lebih kepada thumbnails) kurang mesra pengguna. Ni pendapat 20 sen saya

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: