Sayur Mentah VS Sayur Masak

Adakah makan sayur yang dimasak akan mendapat nutrisi sama seperti sayur mentah?

Kursus Kecergasan 2024
Sayur yang dimasak terutama yang dimasak berlebihan akan mengurangkan tahap vitamin termasuk yang larut lemak (A,D,E dan K) dan juga yang larut air (B,C). Ada sesetengah kes, apabila dimasak, nutrisinya lebih mudah diserap badan.

Sebagai contoh, tomato. Dalam tomato ada antioksida yang dipanggil lycopene. Tomato yang dimasak akan memecahkan dinding selnya dan memudahkan lycopene diserap badan. Manakala sayur seperti sawi, brokoli, lada hijau apabila dikukus akan meningkatkan keupayaan untuk mengikat asid semasa penghadaman yang mana membantu menghilangkan metabolik toksik.

Masakan yang paling perlu dielakkan adalah merebus. Rebus dapat mengurangkan banyak sumber vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran. Kukus lebih baik daripada rebus. Walaubagaimana pun, cuba perlbagaikan cara makan sayur anda. Buat salad, pakai yang mentah. Masakan ada kebaikan dan keburukannya.

Microwave – Kurangkan sekitar 50 peratus nutrisi
Bakar – Antara pilihan yang baik selepas mentah
Kukus – Juga antara pilihan yang baik selepas mentah
Goreng – Elakkan, pilihan kedua terteruk
Rebus – Pilihan yang paling teruk

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

26 thoughts on “Sayur Mentah VS Sayur Masak

  1. mcm mne jike syur tu d rebus sekejap dn suhu nye tidak melampau…. sekadr untuk mematikan kuman atau parasit… mcm mne tu dato’?

    1. sekejap pun actually x digalakkan. sayuran x mesra ngan air. sehingga basuh ngan air pun x digalakkan lama. tp jika tiada choice, dimaafkan lg. 🙂

  2. Tu kalo sayur..kalo kentang dato’?
    Sy ekcely sedang mnjalani latihan cutting..baru start 3 hari…tp sy xbrape sure diet yg syg kna amek…boleh bri pndangan? Tq

    1. kentang pun sama, bakar kentang. sedap pun sedap. 🙂

      yg penting dlm diet, kalau bukan pre contest, clean diet. jgn makan merapu2. makan kena byk kali, sikit2 dan kerap

  3. Bila ebook ‘masa memotong’ nk di publish dato’?
    Ada crita psl diet x dlm tu?

  4. kalau salad guna mayonis mcm mana dato???kan buat gmuk x??

    1. comfirm. extra calori yg x perlu. x perlu mayo, tambahkan thousand island, tp sikit je

      1. nak tanya ni dato mcm mana kalau makan daging burger yg d bli ..itu mcm mana??? kira ada sama dgn daging mentah x?? cz kalau daging mentah liat betul nak telan…ape keburukan daging burger tersebut..

        1. daging burger lemak tepu dol…

        2. ya, burger mostly lemak. walaupun yg low fat, fat dia still agak tinggi. burger sedap sebab lemak. :D. burger ramli goreng tepi jalan tu lg teruk dari mcd.

          1. kalau sosej tp d rebus… ?

          2. patutla sedap smcm jea saya makan burger ramli lately ni…huhuhuh….aiiyaaa..ini mcm apa protein terbaik dato…ayam ka o ikan tp ikn berbau la..kalau asyik mkan ayam jea nati muka pn mcm ayam pula..boleh bg cadangan ckit x dato..

          3. jgn la makan sosej. lemak sgt tinggi tu walaupun direbus.

          4. pelbagaikan menu. jgn buat 1 benda je. mmg la bosan. ari ni ayam bakar, esok ayam steam halia, lusa ayam belanda, tulat ikan siakap.

  5. salam dato…

    klu sayur kt mkn mentah terutama jenis ulam2 mcm pegaga dll..fuh..rasa dia punya kesedapan tu…tp apa2 syur klu dah masak…xdak rasa dah..rasa bahan perasa ada la…

    1. betul tu. x nafikan. tp saya x brapa suka makan sayur. jd x makan pegaga dll. 😀

  6. assalamualaikum dato..
    Sy ada satu soalan.. Kalu Sy nk mkn makanan bakar, elok ke pkai microwave.. Sy ada baca artikel yg microwave merbahaya.. Dato rase Mcm mna.. Adakah dato m’gunakannya??

    1. waalaikumsalam. ada pro n con nya. kalau nak yg lebih selamat. buat barbeque. 🙂

      1. Kalu oven jenis element pamanas blh x??

          1. maksudnye oven jenis bakar kek…
            bkn gelombang mikro… ada baca atikel microwave ni merbahaya…

          2. maksudnye oven jenis bakar kek…
            bkn gelombang mikro… ada baca atikel microwave ni merbahaya…

          3. microwave guna gelombang. oven guna heat. tp still dlm ruang tertutup. ada pro con dia. pelbagaikan menu. jgn setiap hari makan benda sama

  7. Salam Datuk, adakah mencelur sama seperti rebus?
    Cara celur: biar air mendidih, tutup api dapur, masukkan sayur dalam 3-4 saat dan toskan…Tujuan hanya untuk melembutkan sayur.
    Kukus, adakah tidak boleh rendam sayur dalam air, tetapi biar wap air mendidih yang kena pada sayur? tak sama macam mencelur?

    1. tak sama. ia x mengambil masa lama. kualitinya lebih baik daripada rebus.kukus pun terdedah lama pada suhu.

Leave a Reply to izzat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: