Sebu
Sebu? Ramai daripada kita apabila berlatih dan makan menghasilkan saiz yang sebu. Apa sebabnya? Majoriti mungkin disebabkan pengambilan steroid yang mana menyebabkan retansi air. Anda pengguna steroid? Tolak tepi dulu penyebabnya. :D. Bagaimana mengurangkan atau mengatasi masalah badan sebu ini?
Garam sodium biasa dikaitkan dengan kesebuan. Pendek kata menampakkan kulit tebal. Melindungi otot-otot yang sepatutnya kelihatan. Kebanyakan makanan segera, makanan dalam tin mengandungi sodium yang tinggi. Kurangkan perasa, rempah dan garam dalam masakan. Minum air 6 hingga 8 liter sehari. Terdapat beberapa makanan yang membantu melawan masalah sebu ini termasuk salari, asparagus dan timun.
Rendahkan Kortisol
Kortisol meningkat disebabkan tekanan. Peningkatan kortisol mungkin berlaku apabila berlebihan bersenam, apabila melakukan latihan kardio secara berlebihan, apabila melakukan senaman high intensity interval training atau HIIT dan apabila kemasukan kalori terlalu rendah. Peningkatan kortisol mengganggu aldosteron iaitu hormon yang mengawal keseimbangan air di dalam badan.
Pengambilan Serat
Pengambilan serat samada rendah atau tinggi boleh menyebabkan retansi air. Ubah kuantiti serat dalam diet anda sesuai dengan badan anda. Setiap orang berlainan jumlah keperluannya.
Karbohidrat
Pastikan pengambilan karbohidrat yang mencukupi selepas latihan untuk menggantikan glikogen otot yang kurang. 1 karbohidrat mengikat 1 air. Kedua-dua masuk ke dalam otot dengan bantuan potassium. Makanan tinggi potassium termasuk pisang dan saleri.
macamna pula dengan makanan yang ditambah minyak?contoh kentang goreng dan burger…ada unsur minyak…adakah ia juga punca sebu dan secara peribadi,,adakah daging burger itu mempunyai protein yang boleh membantu dalam pertumbuhan otot?setakat yang saya tahu daging burger ada lemak dan daging merah,,,
sebu yg dibincangkan disini, sebu air. kalau makanan berminyak, dah masuk kategori lemak. daging burger, majoriti fat. walaupun tulis low fat. kalau boleh elakkan. elakkan burger, fries dan lain2 yg sewaktu dgnnya. ada org bdnnya mungkin terima, tp majoriti org x terima.
ceria btul blog baru nie…hehehe best bace….
tq. ada apa2 komen utk penambahan lg?
Saya nak tahu, tp tidak mengenai topik ni
apa perbezaan yang akan berlaku kepada jantung sekiranya melakukan latihan
i – aerobic
ii – anaerobic
tqvm
http://strengthsifoo.com/sistem-kardiovaskular-dan-senaman/
pengambilan kafien? adakah ianya membantu dalam menghilangkan ke’sebu’an air ni? jika ia membantu, berapakah amaun/jumlah nya dalam diet?
short period mungkin membantu, tp long period pun x elok. lebih2 lg kalau diambil byk
Sebu disini gemuk air lah ni yek..
‘Ubah kuantiti serat dlm diet anda, sesuai dgn badan anda’ cmner nak tau kandungan serat dlm bdan dato?
Sefaham saya, mknn serat tinggi adalah sayur-sayuran dan sayur-sayuran adalah bagus dlm diet…dh konfius dah.
setiap org mungkin berbeza. adjust ikut bdn sendiri. proses belajar adjust ni mungkin ambil masa. dlm mose case, serat tinggi elok.
dato adakah masalah muscle lembik juga disebabkan oleh sebu.macamana cara nk atasi masalah muscle lembik. jika minum air 6 hingga 8 liter sehari dan kerap buang air kecil adakah ianya baik utk kesihatan.
muscle lembik? atau lemak tinggi?
Zaki balik kampung ker ? Hahah
kg mana?
alert(“ok”)
Tes
Ok
hai
Assalam Dato’…nk tanye mksud water retention tu?….Air di mana?
wslm. sepatutnya air diikat dgn glikogen. apabila tak dpt diikat, ia jadi air berlebihan.