Soya
Soya dikatakan memberi manfaat kepada wanita dalam pelbagai cara, manakala soya juga dikatakan memberi pengaruh tidak baik kepada lelaki. Sejauh mana kebenarannya?
Menurut kajian kesan pengambilan soya terhadap lelaki, pengambilan diet yang kaya dengan isoflavon soya untuk satu jangka masa panjang boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku lelaki tersebut. Isoflavon adalah bahan penambah semulajadi estrogen dalam protein soya.
Purata kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada 120mg isoflavon setiap hari sekurang-kurang setahun menunjukkan kesan perubahan. Pengambilan kurang daripada 100mg isoflavon sehari setiap hari selama setahun tidak menunjukkan apa-apa kesan ke atas serum seksual, isi padu zakar, atau kualiti air mani. Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan phytoestrogen terhadap kesihatan reproduktif lelaki. Terdapat sekitar 20mg isoflavon dalam 1 cawan susu soya.
Nama kimia bagi phytoestrogen adalah isoflavon. Phytoestrogen memiliki sifat seperti estrogen (sangat lemah), juga boleh bertindak sebagai anti-estrogen. Sifat anti-estrogen yang dimilikinya menjadi antara faktor soya digunakan dalam melawat kanser payu dara. Terdapat bukti menunjukkan lelaki vegetarian yang mengambil soya memiliki paras testosteron yang rendah sedikit, tetapi penjelasannya lebih kepada kurangnya pengambilan kolestrol dan bukan disebabkan pengambilan soya.
Jadi adakah lelaki perlu bimbang mengambil soya? Tidak! Lelaki tidak perlu bimbang minum soya. Minumlah dengan hati yang girang selagi mana pengambilan tidak terlalu banyak untuk satu jangka masa yang sangat panjang. Cukuplah mendengar pelbagai mitos tentang soya. Adakah soya boleh digunakan untuk membina otot? Sudah tentu, tetapi soya bukanlah pilihan terbaik. Ini dapat dijelaskan apabila dibandingkan BV (biological value) protein. BV soya 74, ayam 80, telur 100, protein whey 100-160. BV adalah sukatan yang digunapakai untuk mengukur kualiti protein. Lebih tinggi BV, lebih tinggi asid amino dan nitrogen.
Disebabkan kecoh pasal soya baru2 ini di satu group. saya buat entri pendek berkenaan soya yg mudah difahami oleh semua rasanya.
klu beli kedai ada orang cmpr tepung gandum bagi pekat..buat sndri kat umah lbh slmt untuk diminum…klu tempe mcm mana tuan…huhu
btul tu. lg best kalau minum x campur gula. nak telan pun payah.
tempe gak sedap. :D.
tempe best bro,makanan ruji orang jawa,heheheheh
alamak dato..sy slalu minum soya la..kat bazaar kalo x air tebu, cendol, mesti soya ~~”
minum soya ok, cuma soya kat bazaar ni dah cam air gula. 😀
amino acid keluaran optimum nutrition dan amino acid keluaran dymatize..
mana pilihan dato’ dari segi harga,kualiti,keberkesanan,saiz hidngan,tahan lebih lama dari segi hidangan,,,in short kira lbh berbaloi lah?…heheh
kalau compare amino optimum ngan dymatize, sy pilih optimum, sedap lg, kunyah ada rasa lg drpd dymatize, rasa kayu. :D. bg yg yg penting boleh telan dulu, pastu baru tgk benda2 lain.
hahahhaha…terbaik lah..hahah…size hidangan lak mana menang?
kalau size sizing dymatize menang kut. 4000+mg, ON cuma 2222mg
saya selalu minum soya lepas gym….soya serbuk mcm protein shake jenama milillea..kandungan protein 23g kandungan gula 35g..ok ke dato minum soya ni..kandungan gula tinggi sangatla..risau gemuk je…
apsal tinggi benar gula tu?
tu la pasalnya…minum rase tawar..tapi kandungan gula tinggi..tu yg heran tu
x semestinya rasa manis.
Salam, ni komendrpd penulis blog n merupakan doktor di sebuah poliklinik
http://drzubaidi.com/blog/?p=2841
Dan ini
http://drzubaidi.com/blog/?p=180
salam dato’
saya selalu minum soya beku yang direndam dengan air gula merah/putih.
elok tak dato’?
x elok. gula tinggi
boleh juga amalkan soya protein untuk mengawal berat badan =)
dlu aku suka mnum soya pstu ade mbe ckp mnum soya boleh mndul mati pucuk betul ke ????
tak.