Steroid Anabolik

Steroid anabolik atau anabolic androgenic steroid (AAS) seperti yang diketahui umum dikembangkan pada tahun 1930-an seperti yang diceritakan dalam entri sejarah dadah sukan sebelum ini adalah untuk mempromosikan pertumbuhan otot rangka dan untuk mengembangkan ciri-ciri seksual lelaki. Penggunaan steroid anabolik telah menjadi sesuatu yang umum di Malaysia lebih-lebih lagi untuk atlet binabadan, mereka yang bermain gym suka-suka, tidak kira lelaki dan perempuan tanpa mempedulikan lagi kesan sampingan. Pada mereka, yang penting badan cantik.

Kursus Kecergasan 2024

Siapa Yang Menggunakan Steroid Anabolik?

Dadah sukan ini digunakan kerana kemampuan mereka untuk meningkatkan prestasi dengan meningkatkan otot dan penurunan lemak badan dengan cepat. Penggunaan steroid dalam sukan adalah menyalahi undang-undang untuk kebanyakan jenis sukan.

Kegunaan Perubatan

Steroid digunakan untuk mengubat tumbesaran yang lambat, beberapa jenis impotensi, penyakit-penyakit lain seperti beberapa jenis anemia, osteoporosis, mengurangkan penyebaran virus HIV dan sebagainya.

Penyalahgunaan Steroid

Steroid anabolik boleh diambil secara oral, melalui suntikan, krim dan juga gel. Dos yang dipreskrip doktor bergantung pada keadaan perubatan, tahap kesakitan dan usia pesakit. Dalam kes penyalahgunaan, dos yang digunakan melebihi 10 kali, bahkan ada 100 kali lebih tinggi dari dos yang dicadangkan.

Dua atau lebih steroid anabolik sering digunakan. Cara penggunaan ini disebut ‘stack’. Interaksi dua atau lebih steroid menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding satu jenis. Ada jenis susunan piramid yang digunakan dalam jangka masa 6 hingga 12 minggu atau mungkin lebih. Susunan piramid dimulakan dengan dos yang kecil dan meningkat ke puncak lalu turun kembali. Selepas habis kitaran ada tempoh rehat. Tujuan sistem piramid ini adalah untuk membenarkan badan menyesuaikan diri dan mengelakkan kesan sampingan sehingga badan dapat kembali kepada pengeluaran normal hormon. Seperti diketahui umum, penyalahgunaan steroid boleh mempengaruhi produksi hormon badan.

Kesan Sampingan

Pada umumnya steroid anabolik yang diambil secara oral mempunyai kesan sampingan lebih dan yang mengandungi 17-alky mempunyai kesan sampingan yang lebih teruk. Beberapa kesan sampingan dapat dibalikkan tetapi beberapa boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Steroid Anabolik dan Kerosakan Hati

Penyelidikan telah menunjukkan penggunaan steroid boleh memberi kesan serius pada hati. Steroid anabolik mengurangkan fungsi hati ekskretoris terutama pada steroid yang mengandungi 17-alky. Hati boleh menderita dengan pendarahan yang teruk.

Steroid Anabolik dan Sistem Kardiovaskular

Meskipun tiada kajian jangka masa panjang terhadap kesan penggunaan steroid anabolik pada sistem kardiovaskular tetapi ada bukti yang mengatakan ia menjadi faktor risiko kerosakan sistem kardiovaskular, masalah dengan tekanan da darah lipoprotein seperti kolesterol. Ada beberapa bukti menunjukkan steroid anabolik menyebabkan perubahan struktur jantung yang membawa kepada sakit jantung dan strok.

Steroid Anabolik dan Sistem Seksual Lelaki

Steroid anabolik sangat berkait dengan sifat-sifat lelaki seperti kuat, berotot dan kesan sampingan yang ketara seperti peningkatan disfungsi ereksi (cepat pancut) dan impotensi, walaupun hasrat seksual meningkat. Juga kesan ginekomastia atau pertumbuhan payudara, suatu kebiasaan yang tidak boleh diubah dan perlukan pembedahan untuk membuangnya. Atrofi atau penyusutan testikel juga boleh berlaku.

Kesan Psikologi

Steroid memberi kesan yang baik pada seorang atlet yang seterusnya menyebabkan pergantungan psikologi. Sehingga terdapat kajian yang dijalankan dengan memberi sejenis pil bukan steroid tetapi dikatakan steroid, atlet menunjukkan kesan yang baik dalam prestasinya kerana keyakinannya pada steroid. Malahan mereka yang menggunakan steroid, jika terputus bekalan, akan terasa seolah-olah prestasi menurun, semangat hilang, kekuatan merosot dan sebagainya.

Risiko Penggunaan Steroid

1. Fungsi hati meningkat
2. Depresi produksi testosteron semulajadi
3. Peningkatan kadar kolesterol dan tekanan darah
4. Fungsi thyroid berubah
5. Sakit kepala
6. Hidung berdarah
7. Senang Kram
8. Kesan ginekomastia (penumbuhan payudara)
9. Ketidakpekaan insulin (cuma Deca Durabolin meningkatkan metabolisme insulin)
10. Kesan sampingan androgenik seperti penipisan rambut, pembesaran prostat, kulit berminyak, retensi air meningkat, peningkatan bulu badan, kesan agresif, penumbuhan jerawat
11. Pertumbuhan terbantut untuk remaja
12. Steroid jenis oral cenderung menyebabkan mual, cirit birit, sembelit, muntah, gastrik
13. Mempercepatkan pertumbuhan tumor
14. Merendahkan antibodi badan, senang kena penyakit-penyakit lain
15. Perempuan, biji kelentit menjadi panjang dan sifat-sifat lelaki mula kelihatan seperti rupa, suara dan sebagainya

Kesan sampingan berbeza mengikut dos dan jenis. Senarai di atas adalah senarai umum kesan sampingan.

Nasihat Zaki Khan

Steroid bukan pil ajaib yang boleh diambil daripada poket doremon tanpa kesan-kesan sampingan. Tiada pil ajaib di dunia ini. Latihan, diet, dan rehat yang betul membuatkan anda mendapatkan bentuk badan yang diingini. Jangan mengharap dan mengambil jalan singkat untuk berjaya. Lebih-lebih lagi pada mereka yang baru dua minggu mula bersenam. Saya sering melihat kes atau berdepan dengan mereka yang baru ini bertanya dan bercadang untuk menggunakan steroid.

Sebagai kesimpulannya, saya tidak kata, jika anda menyentuh steroid anda akan mati. Bahkan ada ubat yang lebih bahaya daripada steroid. Jika hendak menggunakannya, dapatkan nasihat dan pengawasan perubatan bukan nasihat daripada pasaran gelap. Mereka cuma hendak menjual, demi keuntungan. Apa mereka peduli apa jadi pada anda? Apa kepakaran mereka ada untuk preskrip steroid untuk anda? Jangan mempertaruh nyawa anda semata-mata untuk kecantikan. Jadikan senaman sebagai teraputik dan pencegahan daripada penyakit berbahaya. Bersama amalkan gaya hidup sihat.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

90 thoughts on “Steroid Anabolik

  1. Zaki Khan says:

    panjang lagi isu steroid utk dikupas

    1. salam dato Z.K..adakah dengan bermain secara natural(tanpa steriod) hanya bergantung pada supliment biasa badan akn setara@sama dengan mereka yg pakai steriod dlm sukan bina badan.hrp dpt penerangan dri dato secara terperinci…

    2. Salam bang kalau cucun testodepot 3 tahun lepas kesan dia masih da kee cucuk baru 2 kali..1ml

      1. Zaki Khan says:

        wslm. 3 tahun biasa dah xde. kesan active dln 3 bulan.

  2. Shamsul Anuar Aliash says:

    setuju…ada pengguna steroid yg mendapat masalah psikiatric iaitu Bipolar Disorder…

    ramai “wanna-be” gymmers mengambil steroid sbb nk badan cantik (diorg guna otak ke bila berfikir)

    bknkah steroid nie dibawah pengawalan preskripsi iaitu tak boleh dijual secara sembrono…patut dilaporkan pada jabatan farmaseutikal dan kawalan dadah.

    1. Zaki Khan says:

      penguatkuasa di Malaysia ni masih berada di tahap rendah. steroid tidak dijadikan isu sebesar dadah2 lain seperti heroin, ecstacy dan sbagainya. byk penyebab. mungkin dari segi kos, tenaga kerja dll.

      1. Shamsul Anuar Aliash says:

        so tak perlu la tulis pada label steroid yg ianya adalah ubat terkawal

        1. Zaki Khan says:

          kena ada seseorang yg push benda ni, kalau nak ada kawalan

  3. menakutkan..kesan buruk jer bnyk..

    1. Zaki Khan says:

      byk sebenarnya kesan buruk. tp ramai sanggup bertarung nyawa utk cantik luaran. x fikir dalaman.

  4. memang mudah nak dapatkn steroid. yg lbh bahaya dr pasaran gelap.

    kadang2 amik steroid tapi training form out, angkat mmg berat2 tp lps 1set rehat lama2, dah 2 jam pn masih lifting lg. Diet merapu. Bila tiba masa measurement kurang puas hati. Badan sebu. Mulalah buat super set. Tp bukan super set exercise. Dia supersetkn steroid yg d ambil. Amik 2-3 jenis steroid.Bukan nak masuk bertanding pn. Klau tokeh gym yg prihatin spt tmpt sye, dia xkasik. Yg degil carik kat tmpt ln plk. Dah tu xde cycle. Time stop xstop. Adei… xsayang nyawa tul lah.

    Xde steroid pn blh jadik jugak. Tgk la Mr Natural sebagai contoh.
    (ehem2 xde pic hi-res ke? blh guna utk motivate n execute plan “me in 2012”)

    1. Zaki Khan says:

      pic high res? camna tu?

      1. gambar yg besar resolusion. kira pixel besar. ada quality.

        1. Zaki Khan says:

          hmm…boleh diusahakan. skrang ni kekurangan staff. agak pening kpala gak

  5. salam..emm kalau kita cam minum super mass ape smua 2 x de kesan smpngan ke zaki khan?emm satu lg amino acid..is it can b used n safe?

    1. kalau nak crita pasal kesan sampingan. semua benda kita amik skrang ni ada kesan kerana kebanyakan diproses biologically termasuk ayam bandar. cuma, jgn overdose. ikut keperluan bdn. kalau bdn hanya memerlukan 3000kalori. aim 3000. x perlu amik gainer sampai jd 5000. tu x lama lg masuk kesan diabetic la tu. amino acid boleh kalau nak amik

      1. hmm..btul tu..semua benda yg kita amek ade kesan risiko..even vitamin pon klu over dose bleh jd racun..amino acid tambahan mmg perlu lebih2 lg pd seorg atlit..jgn segan utk brtanya tp brtanya lah pd org yg btul..badan nak pakai lama tu bro.. 🙂

  6. byk gak kesan guna bintang..power tak maner pun..ada org kata mkn andriol testocaps tu apernyer en zaki khan

    1. andriol testocaps jenis testosteron. senang didapati. kat farmasi pun ada. biasanya digunakan utk treatment org tua yg testosteron dah low. jd kalau yg muda2 ni guna, still masuk kategori salah guna la.

  7. aslmkm tuan.sy ade ambil danabol.lebih kurng sminggu.tp lps bace blog tuan sy tros stop mkn.bulan 9 na sambng blaja.nak buat medicl chek-up kantoi urine tak tuan?ade care na clear?orng ckp minom air kelapa bnyk.tlng tuan

    1. wasalam

      kalau dah pernah amik, n sikit sahaja, teruskan workout, jgn stop workout, sampai kesan hilang. medical check-up biasa x kantoi. kecuali ujian sport.

  8. just bertanya kalau anavar ambik 2 biji seblum trrning…4 kali dlm semggu…utk 3 bulan je guna ada bahaya tak…

    1. sebarang steroid, walaupun ringan, still akan beri effectnya. walaupun amik prednisolone, steroid utk inflamation. sbb tu steroid diletakkan di tempat terakhir dlm perubatan jika tiada alternative lain.

  9. bolehkah saya tetap membuat pengambilan anabolic steroid
    tetapi bersama penasihat.tetap ada kesan buruk atau selamat jika diambil dgn atas nashat penasihat.kerana saya terlalu kurus.jika zaki khan ad cadangan lain sperrti pengambilan weight gainer yg betul2 berkesan?

  10. salam dato nk tnya psl ginekomastia cmna erk…mksud dada lelaki jdi mcm pyudara pompuan ke???

    sya rsa sya kna pyakit ginekomastia nie..tapi x la mcm payudara..cuma puting terkluar je..tpi x la besar.. tpi bkn psl ambik steroid…pasal dlu msa kecik2 sya men2 benda yg dgunakn para ibu2 utk pksa susu ibu kuar….sya lupa la nmanye…huh

    so?da ker pnyelesaian utk sya ksi nrmal balik…selain pmbedhan..mhal kos nya???da x ubatnya??atau caranya dato???

    sbb kdg2 malu gak pkai bju ketat ckit nmpak puting…tpi kdg2 tgk org yg bina bdan puting diorg pn tkuar mcm sya…cuma beza chest diorg bsr sya x…tpi diorg klu pkai bju x jga nmpak putingnya…adakah dgn latihan besarkn chest dpt bantu msalah sye nie dato???

    plzzz tlg saye…..salam

    1. yg, salah satu kena gyno. puting terkeluar ni, solution yg baik, pembedahan. cost biasa dlm 5k.

      1. tpi rmai gak.sya tgk org bina bdan puting tkuar dato…pasal erk???x smstinya diorg smua pkai steriod kn..hehe;) mr natural tue pn puting dia mcm tkuar gak..hehe 😉

        so,agak2 dato klu chest da besar nnt dpt cver x puting tkuar nie???

  11. salam,
    nk tnye,kalau amik danabol kantoi urine tak if ade roadblock polis?
    n bpe lme urine boleh clear if kantoi…?

      1. dato kalau saya ambil pill anabol just for 1month effect die serius x?

  12. dato ade org bgtau sy danabol xbhaya.. danabol atlete gune xkantoi pun..?btol ke?

    1. ade ke danabol yg xbhye nye?need confirmation

  13. dato’, saya ambil susu inner armour anabolic peak…adakah produk ini mengandungi steroid juga?…saya di maklumkan oleh trainer produk ini hanya susu utk meningkatkan pertumbuhan otot sahaja…pohon pencerahan dato’…

    1. tidak. perkataan anabolic tu general, bermaksud pembesaran. ada nama steroid anabol, jd seakan sama.

  14. salam dato’.. saya nak tanya berkenaan dgn hormon enhancement cthnya ZMA Optimum Nutrition, tribulus terristeris.. apa komen dato tntang produk hormon bgini..

  15. Salam abg zaki..sy da men gym selama 4 bulan..yg dulunye bdan sy agak gemok dan skang makin mengempis..sy mahu mengambil steroin..tpi ade ke steroin yg ley membuang lemak dan menaekkan otot..???klu ade,efek nye bhaye x???abg zaki syor kan kat sy ptot pki pe???tq…

  16. Dr. Sya telah menggunakan steroid test. Enantrate selama 2 bulan. Dan sya terbaca bahaya steroid melalui web dr. Sya bercadang utk stop… Bole kah sya menggunakan novaldex PCT? Apa pandangan dr?

    1. x perlu guna nolvadex dll kecuali terlalu tinggi. teruskan workout secara clean. ia x boleh clean sepenuhnya dan mmg xde cara utk clean.

      1. Kalo guna 500mg testerone enatrate seminggu utk 2 bulan… X perlu novaldex ker dr utk pct? Sya da insaf ne x nak pki dah steroid 🙁

  17. zachariee says:

    salam abg zaki…sy bru perg gym n ade amik personal trainer..sy ni trlmpau kurus sbb my height is 178 n weight lak 52 kg jek…dlm sbulan ni sy dh bnyk kli workout n ade amik mass protein..sy dh try bnyk n last skali sy amik carnivor tp last2 sy msk toilet non stop sbb sy lactose intolerant..sy dh malu gilerr sbb trlampau kurus…sy brcadang nk amik steroids tp tgk pada side effects 2 mcm x snggup lak..so,do u have any suggestions 2 gain weight as fast as possible..

    1. apa cadangan personal trainer? sepatutnya trainer perlu cadangkan kalau xde result.
      detailkan lg workout apa skrang dan pemakanan.

  18. Roy Rosalind says:

    hai dato’…. saya ada mengambil pil supplement iaitu Test Freak ( hybrid pro-testosterone stimulator ) adakah pil ini juga di kenali sebagai steroid? mohon pencerahan dato’.

    terima kasih.

      1. salam dato, saya ada guna sy pernah guna 2 ke 3 jenis steroid antaranya danabol, dianabol, anabol dan inject skali cuma dos x tinggi. sekarang ni sy dah stop guna tukar kepada stanabol-x sejenis suppleyment. mohon pandangan dato?

        1. wslm. tak perlulah pakai jika hanya nak badan cantik. stabol-x better, dlm bentuk supplement.

  19. salam dato, saya berumur 21 dan ingin mengambil testosterone booster…adakah ia boleh diambil pada masa sekarang dan tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada saya nanti? terima kasih

      1. Andy Cole says:

        Salam dato. sy ada 2 pertanyaan. 1-blh x dato terangkan maksud 17 alky. 2-apakah beza anabol dgn danabol. terima kasih dato

        1. basicly, anabol lebih retaintion air. tapi mungkin juga dari segi psychology saja.

          1. Andy Cole says:

            Salam dato, blh x dato kupaskn n terangkan apa itu nitric oxide serta cara pemakaiannya, kesan dan lain² mengenai nitric oxide..tq dato

          2. ia dicampur dalam produk preworkout. nanti saya buat 1 entri special pasal nitric oxide.

  20. Kalau gh (growth hormon) injection pula mcm mane dato ?

  21. Assalamualaikum Dato’,

    Saya ada pakai testosterone propionate dan Stanozalol pd kadar 1.5ml bagi setiap jenis dan disuntik pd punggung setiap 2 kali seminggu. Saya dah pakai 4 botol 10ml bg setiap propionate dan Stanozalol. Setiap kali habis 1 botol, saya akan berhenti mengambilnya selama 1 hingga 1.5 bulan.

    Adakah dos propionate dan Stanozalol yg saya suntik itu terlalu tinggi dan perlukah saya ambil novaldex utk buang estrogen?

  22. As,salam dato mohon pendapat dato.. Saya dh guna dbol selama 6 mggu dos 20mg sehari dan enanthate 250mg seminggu selama 6minggu.. Saya nk berhenti terus perlukah saya ambik nolvadex Dan sebagainya untuk PCT… Kesan yg saya kenalpasti hnya sedikit jerawat di badan.. Dan ada rasa sakit sikit di bahagian puting.. Boleh ke saya stop begitu sahaja tanpa PCT.. Terima kasih dato

  23. Slam dato sustanon bleh ke kita hilangkan

  24. Salam dato, saye pernah amik deca-durabol + testrone ananthate( testo depot) 400mg-600mg week , dan baru lepas abis injection terakhir … lepas sye baca blog dato sye cadang nak berhenti teros .. sye dah amik selame 8 minggu … perlutak sye amik nolvadex/clomid untuk pct ? Or teroskan workout saja ?

  25. farhan matdon says:

    Dato kalau dh guns stanozolol sebulan brp lama nk hilang and stano ni blh jadi mcm kesan(payudara besar DLL) dato bagitahu tu x?

  26. Shahz Gosh says:

    Assaalm dato..sye penh guna danabol n deca selama 5tahun..masalah sye hadapi skrg sukar utk mdapatkn zuriat..adakah sye patut clean mgambil nolvadic atau clomic utk clean kn..atau adakh harapan sye putus utk mdptkn zuriat?

    1. wslm. check doctor. mungkin masalah seperti sperm kurang. buat sperm count. mungkin juga masalah2 lain. jgn suka2 amik nolvadec. ada juga kesan sampingan.

  27. Shahz Gosh says:

    Assalam dato..sye mgambil danabol n deca selama 5tahun..skrg masalah sye sukar utk mndapatkn anak..adakah sye perlu mgambil nolvadex atau clomic?adakah sye terus putus harapan utk mdapatkn zuriat?

  28. salam dato kalau ambk dianobol 3biji stu hari testosterone enanthate 1 ml 10 hari apa kah kesannyya???
    dan perlu tak rehat buat sementera waktu selepas penggunaany lbh dri 10 kli??

  29. Salam dato sedang ambil pil dianabol cycle tak cukup dua minggu lagi tapi lepas saya baca blog dato saya bercadang untuk stop.Firt week saya amik 10 mg second week baru start saya amik 20 mg kalau saya terus stop jatuh banyak tak level testosterone ?

  30. Dato kalau dah guna sustanon 1botol (300mg)dgn dianabol 1botol brp lama boleh hilangkan? .lagisatu sarms bolehka kalau nk pakai?

  31. Dato sy guna dianebol(6minggu) 30mg sehari, deca durabolin(10minggu) 300mg seminggu & sustanon (10minggu) 500mg seminggu… Pct sy ambik nolvadex 10mg sehari(1bulan)…. Kalo dh nk stop, nk kene cuci dgn ape lagi dato…

    1. xde istilah cuci. nolvadex tu cuma estrogen blocker, supaya estrogen x naik bila testosteron terlalu tinggi.

  32. salam tuan . sy bercadang untuk ambil pil dianabol selama 3 bulan shaja . sbelum ni cuma minum protein mass dn bru nk cuba . sehari sy ambil 2 biji dn dlm seminggu sy cuma workout 4 hari bersamaan 8 biji pil . selepas 3 bulan nnt sy bercadang nk stop . seterusnya sy nk bersambung guna protein semula . minta nasihat tuan

    1. Zaki Khan says:

      slm. saya tak boleh beri nasihat penggunaan steroid. di luar kemampuan saya.

  33. ?????????? ?????????? ?????????? ????? ????????????? dato
    sy berumur 35 tahun perlu ke sy dbol utk tambahkan testeron sbb bila umur meningkat testeron pn akan kurang kan?sy dh tinggal workout dkt 4 tahun bila workout rase tak sama mcm dulu strenght rasa makin kurang..

    1. dbol bkn utk test, test elok direct test tu sendiri. sama ada pil atau cucuk. pil boleh dpt dkt farmasi

Leave a Reply to ash Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: