Synthol

Greg Valentino sentiasa dikaitkan dengan penggunaan synthol kerana pertumbuhan luar biasa, tetapi dia sendiri menafikan

Synthol, idea asalnya daripada steroid Itali yang dipanggil Eisclene yang popular sekitar 1980-an. Ia pada asalnya tidak digunakan untuk membesarkan badan secara keseluruhan tetapi digunakan untuk menampak bahagian badan yang bermasalah seperti di betis, lengan atau bahagian-bahagian lain mengikut individu. Synthol dan Eisclene dua benda berbeza. Cuma ideanya timbul daripada Eisclene.

Greg Valentino, orang yang paling dibenci dalam dunia bina badan

Kursus Kecergasan 2024Pada awal 90-an, Chris Clark daripada Jerman telah mengolah idea asal dan menghasilkan formula synthol yang mana lebih tahan lama dalam badan berbanding formula asal, eisclene. Dia menamakan produknya Pump N’ Pose tetapi gagal kerana perkataan synthol lebih terkenal.

Salah satu pengguna pertamanya adalah atlet orang kuat Jerman yang mana memiliki tangan sebesar 27 inci ketika itu. Kini penggunaannya semakin jelas di mana ia membentuk bahagian-bahagian otot yang mana rasanya mustahil boleh menjadi sebesar itu jika dibandingkan dengan otot-otot sekelilingnya. Synthol banyak digunakan di betis dan bahu.

Greg Valentino sentiasa dikaitkan dengan penggunaan synthol kerana pertumbuhan luar biasa, tetapi dia sendiri menafikan

Synthol terdiri daripada 85% minyak trigliserida rantaian sederhana (asid lemak), 7.5% lidocaine (penahan sakit) dan 7.5 5-bennzyl alcohol. Ia disuntik ke dalam otot di antara fascicles, sekumpulan serat otot. Dengan suntikan berulang, isipadu besar minyak akan terbina di dalam otot tersebut seumpama belon yang diisi udara. Ia meregangkan fascia. Bayangkan perempuan menggunakan silicon, lelaki pula menggunakan synthol. 30% daripada apa yang disuntik dimetabolismekan badan, manakala 70% lain akan kekal di situ dan akan terurai secara perlahan dalam tempoh 3-5 tahun. Bayangkan sekali suntik boleh besar untuk tempoh 5 tahun.

Pengguna synthol melaporkan kesan pam yang menakjubkan ketika latihan, walaupun ia mungkin hasil daripada tekanan tambahan minyak yang terkumpul.

Kesan Sampingan?

Clark melaporkan synthol selamat digunakan. Suntikan asid lemak boleh jadi bahaya dan bukan sebarang orang boleh mencucuknya tanpa mengetahui lokasi saraf utama. Kesilapan suntikan boleh menyebabkan kemungkinan jangkitan, bernanah, lumpuh dan sebagainya. Tisu-tisu yang dijangkitan perlu dibuang. Tersilap suntik ke dalam vena atau arteri boleh menyebabkan asid lemak dibawa ke paru-paru dan menyebabkan embolism dan serangan jantung, mungkin juga di otak dan menyebabkan strok cardioembolic. Ketiga-tiga kes ini boleh membawa maut. Synthol boleh dikatakan masih di dalam peringkat percubaan ke atas manusia, jadi tidak banyak kes dilaporkan.

Etika

Daripada sudut etika, pengguna synthol seolah-olah menipu dan kelihatan tidak adil jika dibandingkan mereka yang bekerja keras mendapatkan otot tertentu. Tetapi ia tetap pilihan masing-masing. Atlet sentiasa berlumba menggunakan apa sahaja cara untuk kelihatan terbaik di atas pentas. Adakah anda berpuas hati mendapatkan badan dengan cara itu atau berusaha mendapatkan dengan latihan dan pemakanan yang baik?

Bagaimana mengenal pasti mereka yang menggunakan synthol?

Jika melalui pandangan, pada saiz yang luar biasa sesuatu otot sehingga tidak serasi dengan pertumbuhan otot lain di sekeliling. Cara melihat mungkin tidak terlalu praktikal kerana pembesaran mungkin atas faktor genetik. Satu lagi cara yang hebat dibincangkan adalah menerusi perut. Pengguna synthol dikatakan akan mengalami masalah bloating di perut, bermaksud perutnya tidak boleh turun walaupun ada 6 ketul di perut. Isi ini pernah dibincangkan dalam perbandingan Ronnie Coleman dan Jay Cutler. Terdapat isu mengatakan Ronnie Coleman tidak menggunakan synthol tetapi Jay Cutler menggunakannya. Adakah cara ini praktikal?

Adakah Markus Ruhl menggunakan synthol di bahunya?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

12 thoughts on “Synthol

  1. muscular-girl says:

    apsal buruk benar nampak

    1. mcm greg valentino tu sapa nak. tp kalau macam markus ruhl, boleh lg kut. 😀

      1. dapat mcm abg Pee the raptor pon da kira syukur dato.. hahah

  2. salam.kua tajuk kejap.maybe penah dibincangkan but juz wondering, telur ayam ni (white part) slow or fast release -protein?

      1. soklan sy xlengkap, maksdnya, ok x jika makan selpas w/o utk gntikan whey protein?but since bro kata slow than its not proper to take it aftr w/o ryte? selain whey, ape neleaseatural source yg bertndak seperti whey(fast release or absorb)?

        1. natural sorces* maaf typo

        2. kalau ikutkan, liquid mmg lebih cepat. jika soalan itu diubah begini. telur separuh masak lebih baik daripada ayam selepas training. tidak amik kira BV, cuma amik kiraan perbezaan form. tp x perlu terikat sgt, jika tiada, jgn pening kepala. boleh je amik ayam/ikan selepas training

          1. oryte!!tq 🙂

  3. Gregg orang you paling dibenci di dunia bina badan. Tak lah. Saya tahu ramai lagi orang yang lebih buruk daripada dia. Sekarang dia penulis untuk Muscular Development. Saya suka artikel-artikel dia. Sangat terus terang.

    1. dia mendapat gelaran tu. The Most Hated Man in Bodybuilding
      😀

  4. jan kenpaci says:

    xtahan lama pun klu pkai steroid atau produk yang sama…. mgkn tahan dalam 4-5 bulan, lebih training secara perlahan-lahan.. hasilnya akan lebih berkualiti, (Quality MuscleMass)

Leave a Reply to wandy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: