Tahukah Anda?

Adakah Anda Tahu?

1. Otot dan Lemak dalam saiz yang sama mempunyai berat yang berbeza, iaitu otot sekitar 4 kali lebih berat daripada lemak. Jika dibandingkan berat, otot dan lemak mempunyai berat yang sama, kerana jika dibandingkan 5kg otot dan 5kg lemak, kan sama itu.:). Jika anda bersenam dan menyasarkan penurunan lemak, jangan risau jika mencecah tahap tiada perubahan, tetapi pastikan ada penurunan dari segi saiz dahulu.

Otot vs Lemak

Kursus Kecergasan 2024

2. Jika anda pergi mendapatkan khidmat urutan dan tukang urut anda sendawa, ada tukang urut mengatakan yang anda banyak angin. Jangan tertipu, kerana angin sendawa dia itu bukannya angin yang disedut dari anda. Angin itu berpunca daripada pergerakan diafram tukang urut itu sendiri disebabkan pengguna teknik pernafasan dalam urutan. Jadi jangan terpedaya dan kata, bagus tukang urut ini, boleh sedut angin orang lain.:)

3. Dalam urutan melayu, terlalu banyak istilah yang digunapakai, seperti urat tersimpul dan sebagainya. Sebenarnya urat tidak tersimpul tetapi berlaku ketidakseimbangan otot yang menyebabkan tarikan di sesuatu bahagian yang mana biasanya menyebabkan tarikan seterusnya yang kena pada bahagian lain. Tukang urat yang bagus biasanya akan mengenali punca dan membetulkannya, bukan hanya menyasarkan tempat yang sakit.:)

4. Kenapa sendi di jari menghasilkan bunyi letupan ketika ditarik atau ditekan? Cuba bayangkan peluru pistol mainan yang lekat pada cermin, akan menghasilkan bunyi apabila ditarik. Ini disebabkan tekanan.

5. Ada yang berpendapat, dengan memakai pemberat pada kaki dan tangan ketika berlari akan menyebabkan lebih cepat kurus sehingga terdapat pemberat yang dijual di kedai-kedai peralatan gimnasium. Memang benar pembakaran kalori lebih dengan memakai pemberat tetapi tidak berbaloi kerana risiko kecederaan tinggi pada buku lali dan bahu. Jika anda menyasarkan pembakaran kalori yang lebih, boleh lakukan high intensity interval training yang mana akan meningkatkan kadar pembakaran selepas latihan. 🙂

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

8 thoughts on “Tahukah Anda?

  1. good info… haha.. bab mengurut tuu dok pi massage kat danok tukang urut tak sendawa pon?? kikikikiki…

    1. haha. yg sendawa pastu kata byk angin ni tukang urut melayu je kut. 😀

  2. isu no.5 tu mmg baik huraian, ramai sy tgk dkt taman2 duk jog pakai benda tu…nasib baik tuan dah cerita, br duk plan nak beli..hehehe…klu masa workout blh ke pakai tuan..

  3. Gud info dato’ teruskan usaha.. 🙂

  4. fazli rozi says:

    mmg terbaik ..very2 gud info ..keep up dato

  5. faizmazlan says:

    salam
    dato,macam mana pula dgn lemak air?dan bagaimana nak kurangkanya?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: