Tanda Rendah Testosteron

Testosteron ini adalah hormon penting yang bantu pembentukan otot. Lelaki menghasilkannya di testis. Perempuan pun ada, cuma tak banyak disebabkan tiada kilang besar untuk hasilkannya. Testosteron beri rupa kelakian dan seksual. Testosteron berkurang dengan umur. Mengikut kajian lama, 2 daripada 10 lelaki lebih 60 tahun berdepan masalah rendah testosteron dan kini angka tersebut semakin meningkat berikutan pelbagai faktor termasuk tekanan hidup dan sebagainya.

Paras normal testosteron sekitar 300 hingga 1000 ng/dL. Anda boleh periksa di klinik berdekatan anda. Harga di sini rm90 untuk ujian paras testosteron.

Apakah tanda seseorang rendah testosteron?

1. Rendah keinginan seksual. Testosteron bawa faktor dalam libido. Jika rendah, keinginan seksual juga akan merosot.

2. Sukar terangsang. Testosteron sahaja tidak menyebabkan rangsangan akan tetapi ia bantu merangsang reseptor di otak untuk menghasilkan nitric oxide. Nitric oxide bantu dalam siri rantaian kimia untuk memastikan seorang lelaki itu tegang. Punca sukar eraksi tidak semestinya disebabkan testosteron, tapi juga boleh jadi disebabkan masalah kesihatan seperti diabetik, masalah tiroid, tekanan darah tinggi, tinggi kolestrol, merokok, pengambilan alkohol, depresi, tekanan dan kemurungan.

3. Semen yang rendah. Testosteron main peranan dalam penghasilan semen.

4. Rambut gugur. Testosteron juga main peranan dalam produksi rambut.

5. Letih. Biasanya mereka yang rendah testosteron selalu letih walaupun dah tidur untuk jangka masa yang panjang.

6. Kemerosotan otot. Kurang testosteron menyebabkan otot jatuh, tapi tak semestinya kekuatan atau fungsi badan.Kursus Kecergasan 2024

7. Tambah peratus lemak. Peratusan lemak meningkat dan ada masanya menyebabkan gynecomastia atau pembesaran tisu tetek.

8. Kurang intensiti tulang. Biasanya osteoporosis lebih dikaitkan dengan perempuan, tapi lelaki pun boleh berdepan masalah ini terutama mereka yang berusia.

9. Perubahan mood. Mereka dengan masalah ini biasa berdepan dengan depresi, mudah marah dan hilang fokus.

10. Hilang memori. Biasanya mereka ini ada masalah ingatan dan meningkat dengan usia.

11. Testis yang lebih kecil. Kurang penghasilan testosteron bermaksud kurang kerja untuk testis. Begitu juga mereka yang menggunakan testosteron sintetik dalam sukan seperti bina badan. Walau bagaimana pun, ia mungkin juga masalah lain.

12. Kurang darah. Biasa mereka dikaitkan juga dengan risiko penyakit anemia. Simptom anemia yang biasa seperti masalah sukar fokus, pening kepala, kejang di kaki, masalah tidur dan dengupan jantung yang tidak normal.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Tanda Rendah Testosteron

  1. salam dato zai boleh bgtau bagaimana menaikkan paras hormon testosteron

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: