Telur Tiruan

Saya mengalami kesukaran untuk online kerana masalah dengan p1 dan saya pun belum sihat sepenuhnya. Jadi nak masuk tengok blog pun agak payah. Cuma bila saya online, saya terbaca satu tajuk mengenai telur tiruan. Macam-macam boleh dibuat sekarang. Produk makanan tambahan tiruan pun mungkin banyak kut di pasaran. :D. Hati-hati dalam membina badan.

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town.

Kursus Kecergasan 2024

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

Sumber Asal Kosmo!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

7 thoughts on “Telur Tiruan

  1. Zaki Khan says:

    sapa ada jumpa product tiruan? dah amik beribu tong pun bdn camtu gak?

  2. Mir Amirul says:

    Salam, dato klu supplmnt tu kita bncuh dy jd berketul-ktul, tu kira product tiruan ke? nk tnggu amek beribu tong, hehe..lma skit ha…

    1. Zaki Khan says:

      pasal tiruan ke x tu x pasti la. x pernah plak g rasa product btul2 kat US sana

  3. risau beb nk mkn telor ni heheheh kena hati2

  4. telur tiruan tersebut telah disahkan tulen…selamat

    En Zaki bagi panduan utk mengenal pasti produk tambahan yg tiruan.

    1. Zaki Khan says:

      selamat utk malaysia pasal blum masuk lg

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: