Tennis Elbow

Tennis elbow adalah satu istilah biasa yang disebabkan oleh berlebihan menggunakan otot lengan dan akan membawa kepada kesakitan di siku. Anda tidak semestinya bermain tenis untuk mendapat sakit ini. Dahulu kebanyakan kes ini melibatkan mereka yang bermain tenis, jadi ia dinamakan tennis elbow. Ia menjadi masalah besar bagi sesetengah pemain tenis.

Kursus Kecergasan 2024Bagaimana di dalam gim? Anda pernah rasa sakit di siku? Pasti ramai yang pernah rasainya tetapi tidak mengetahui puncanya. Ia adalah disebabkan penggunaan otot lengan berlebihan. Biasanya disebabkan latih bisep berlebihan atau dada berlebihan. Bukan sahaja latih bisep, tetapi lengan digunakan dalam hampir semua pergerakan latihan bebanan bahagian atas badan samada secara langsung atau tidak. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang tidak memberi rehat yang cukup pada otot lengan.

Tennis elbow adalah disebabkan kecederaan sama ada secara tiba-tiba pada otot atau tendon di kawasan sekitar luar siku. Tennis elbow melibatkan kawasan di mana otot dan tendon lengan berhubung, di bahagian lateral epicondyle di siku. Nama lain bagi tennis elbow adalah lateral epicondylitis. Satu lagi istilah adalah golfer elbow, keadaan yang melibatkan banyak pemain golf, yang dimana juga dikategorikan sebagai epicondylitis. Epicondylitis bukan sahaja boleh didapati daripada sukan tenis, golf dan latihan bebanan, tetapi juga mereka yang kerja di pejabat, menggunakan komputer, menaip atau mungkin melayari laman sosial untuk satu jangka masa yang lama. Kecederaan ini boleh memberi kesan kepada kedudukan siku yang mana seterusnya mungkin menyebabkan masalah-masalah lain.

Tennis elbow mungkin hanya menyerang tangan dominan, mungkin juga pada tangan bukan dominan atau mungkin kedua-dua lengan.

Gejala Tennis Elbow;

– Sakit secara perlahan tetapi meningkat di sekeliling luar siku. Mungkin kurang, tetapi boleh tiba-tiba sakit.
– Kesakitan mungkin menjadi teruk apabila tangan bergerak.
– Kesakitan boleh jadi lebih teruk apabila daya digunakan, seperti latihan bebanan, membuka botol air yang ketat, dan pelbagai lagi.

Sakit di siku tidak semestinya disebabkan tennis elbow, tetapi kebanyakan sakit ini didiagnos sebagai tennis elbow. Kebanyakan kes di gim boleh terus didiagnos sebagai epicondylitis jika melihat pada cara senamannya yang melibatkan banyak penggunaan lengan.

Apakah rawatan yang sesuai?

Jenis rawatan yang ditetapkan bagi tennis elbow bergantung kepada beberapa faktor termasuk umur, jenis ubat lain yang diambil, kesihatan keseluruhan, sejarah perubatan dan tahap kesakitan. Rawatan bertujuaan mengurangkan kesakitan atau radang, menggalakkan penyembuhan, dan mengurangkan tekanan dan penderaan ke atas siku yang cedera.

Kesakitan untuk satu tempoh yang lama menandakan keradangan yang serius dan biasanya sukar sembuh begitu sahaja. Air batu boleh digunakan. Ada sesetengah kes memerlukan pengambilan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti ibuprofen. Kes yang lebih serius biasanya disuntik steroid jenis cortisone. Selepas kesakitan akibat keradangan hilang, baru terapi tertentu dibuat untuk meregangkan dan menguatkan otot dan tendon sekeliling. Tapi orang kita biasanya, sakit-sakit pergi urut dan akhirnya akan menyebabkan sakit bertambah teruk.

Dalam proses meregang dan menguatkan kembali otot dan tendon terlibat, aktiviti fizikal seperti latihan bebanan yang melibatkan penggunaan lengan patut dielakkan dahulu. Anda ingin sembuh dalam masa 2 minggu atau 2 bulan pun belum tentu sembuh? Penggunaan band yang mengikat bahagian siku hanya mampu menghilangkan kesakitan sementara tetapi akhirnya mungkin menyebabkannya menjadi lebih serius. Anda tentukan. Kebanyakan kes boleh dirawat dengan rawatan perubatan dan terapi tetapi ada kes mungkin memerlukan pembedahan.

Apakah latihan yang perlu dielak?

Rehat 2 minggu lebih baik tetapi ada sesetengah kes dimana atlet masih perlukan latihan atau kes degil, elakkan penggunaan dumbbell ketika melakukan bench press, inclined, declined atau rata. Dumbbell memerlukan anda untuk stabilkan tangan anda yang biasanya melibatkan tendon di siku. Barbell lebih selamat.

Bagaimana mengurangkan risiko kena tennis elbow di gim?

Kuatkan otot sekeliling dan jangan terlalu tumpu pada pergerakan yang melibatkan lengan seperti sesetengah orang yang hanya latih dada, tangan, dada, tangan, dada, tangan. Latih bahagian lain dan seimbangkan. Antara bahagian perlu dikuatkan termasuk otot scapular dan rotator cuff. Bagaimana latih otot scapular? Antara senamannya adalah shrug. Senaman rotator cuff lihat di entri Bagaimana Menguatkan Rotator Cuff.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

62 thoughts on “Tennis Elbow

  1. Pe kes memandu letak pic miyabi ni..heehhehe….

    1. mcm paham je maksud gambar miyabi dengan tennis elbow ni..hehehe

        1. hahahaha… sy paham sesangat…! toing3x

  2. Salam dato….. saya sakit di bahu sehingga tidak boleh angkat bebanan yg berat. Kadang-kadang tulang nampak timbul dan bengkak. Apa masalahnya? Bagaimana untuk atasi?

    1. ada byk possibility tu. tp kalau tulang timbul n bengkak, mungkin fracture. cuba scan,

  3. salam dato.. maaf keluar topic..nak tanya apa sebab semasa workout berintensiti tinggi selalu rasa nak muntah dan batuk2..TQ dato

    1. timing pemakanan? brapa jam sebelum train? makan apa? ada dizzy?

  4. tuan…entri berkenaan tangan kebas.

  5. as salam…
    rasanya saya penah alami simtom ni, kadang² ada keluar bunyi keriut² bahagian tendon tu…..

      1. Fazal Khan says:

        Salam Dato’.maaf off topic sedikit masa saya main shoulder seated dumbbell shoulder press guna machine shoulder saya keluar bunyi keriut2 mcm bunyi bunga api pop pop.itu bunyi angin keluar ke atau benda lain?? masalah urat ke atau tulang ke?? tq Dato’.

          1. Fazal Khan says:

            sendi tu sebenarnya ape Dato? ni sbb tak warm up ke? terus main.long run ape jadi nnt Dato?

          2. Fazal Khan says:

            Dato are you there…

          3. sendi tu soket yg menghubungkan, dlm pergerakan. di shoulder, soket bahu.

          4. Fazal Khan says:

            ouh ic.tp mase starting je bunyi letup2 tu.lps tu da ok.harap2 angin je yg keluar atau tak warm up.huhu.thanks Dato.

  6. Eh2..tbe2 je ade gmbr maria ozawa…
    ape kes..hahaha

      1. hahaha…dr mule lg da paham…ingtkn ade mkne lain td..
        die ade dlm entri ni mmg ade makna yg tersirat…ngeh3

  7. eh..pic sapa 2?..awat sy x kenal pun?..artis baru ke?..hehe :p

    btw..kalau slalu armwrestling risiko tinggi x nk dpt kecederaan ni?

    1. maria ozawa

      arm wrestling biasanya risiko lain, mcm kegagalan otot triceps, patah tulang humerous

  8. Dato… baru2 ni masa train utk tricep…saya tersilap gerakan masa buat kickback…saya TERover kickback ke belakang, menyebabkan siku rasa nyilu… terpaksa rest utk 2 minggu…skrg ni rasa sakit dan nyilu tu dah hilang… tapi mcm fobia pla utk train d gym. Kemusykilan saya:

    i. boleh ke saya train spt biasa ikut jadual sblm ini??
    (jadual gym saya: DAY1 : Legs,tricep&bicep , DAY2: kardio&plank,
    DAY3:Chest, DAY4:kardio&plank, DAY5:back&wing, DAY6:shoulder,
    DAY7:Rehat/riadah/game lain-badminton,volleyball etc)
    ii. bolehkah saya teruskan jumlah bebanan terakhir yang saya boleh
    buat selepas rehat 2 minggu??

    Paanduan dan nasihat Dato sangat2 diharapkan…
    trimakasih…

    1. mintak maaf yer goch..saya nak komen sikit…kalau boleh latihan bicep dengan tricep elakkan pada hari yang sama…jangan buat skali…sy pon tak la arif sangat pasal workout nih..itu pon nasihat daripada org lain…asingkan workout tricep dengan bicep… sy nak bagi contoh jadual workout sy..

      Isnin : chest & tricep
      selasa : back & bicep
      rabu : Rest (tp saya ada jugak workout sikit2..stretching, sit up dll)
      khamis : shoulder & forearm
      jumaat : leg (hamstring dengan peha)

      sabtu & ahad : merempit ..~~

      because why saya susun jadual mcm tuh..mostly otot2 yang dikerjakan dia akan ada buddy dia.. sebagai contoh..cuba anda push up… target otot yang akan terasa ialah dada.. and at the same time…tricep jugak terasa…huhuhu..thats all of my little bit explaination…harap2 dapat beri sedikit sebanyak informasi…tp kadang2 sy tak ikut jugak jadual sy…kadang2 3 hari buat chest je..maklum la..sehari buat chest tak rasa sakit..tuh yang bantai buat 3 hari..baru terasa…huhuhuh….

      kalau ada salah dan silap..mintak tunjuk ajar dan harap diperbetolkan…terima kasih..

      1. tq bro Caer…
        akan ubah jadual… info yg sangat membantu

        p/s…merempit??..huhuhuu…senaman utk keberanian tuh…hehe
        saya masa terluang…join 4×4… motor tarak…jeep buruk ada hehehe

    2. ohh yaa….senaman rotator cuff tu pon sangat perlu..~~…sy ni pon masih baru lagi…dulu masa mula2 buat bench press 40 lbs je bleh angkat…tp bila dato nih syorkan suruh buat rotator cuff untuk increasekan beban..sy pon buat la..dan skarang..alhamdulillah..boleh angkat 100 lbs dan masih lagi terus berusaha meningkatkan beban…. ^_^v

      1. setuju!!! kekuatan Rotator Cuff amat penting… sebelum ni…saya main bantai buat chest … paling berat pun boleh dapat 15kg je… bila jumpa Dato Zaki di alam maya…baharulah utamakan rotator cuff dahulu… skrg bench press boleh 55kg…shoulder press boleh 15kg(kiri/kanan)…. target nak cecah 80kg utk bench press…..

        1. fuyooo…80kg = 170lbs (lebih kurang)…banyaknya…sy nak buat 120lbs pon kene ada orang support..tu pon dah teketar2 tangan…huhuh

          1. pasti boleh bro… kalau tak dapat tepat pun yang terhampir kira ok…
            dekat gym saya train ada sorang otai (keja pdrm) tinggi lebih kurang 154cm… tapi boleh dapat 90kg bench press… dah tu 10reps pun mcm angkat 2kg beras je… tu yang bagi saya semangat ni…

        1. faridbawall says:

          rotator cuff tu ape bnde?

      1. maksud Dato…yg kickback ? ya…saya terover hingga melantun…

        1. kickback fullrange of motion mmg patut ke belakang sikit, bukan dilantunkan. sakit ni terjadi disebabkan pergerakan yg over. dlm kebanyakan kes, rehat dah mencukupi

      2. tapi skrg mslh sakit siku tu dah OK…selepas rest 2 minggu.. skarang dah balik ke rutin latihan asal…

  9. saya tak ada sakit di siku masa workout lengan…tp sy slalu sakit di bahagian tulang forearam kalau main bicep..kadang2 rasa kecewa jugak bila dah workout bahagian lain..tp bahagian bicep terpaksa tangguh dulu sebab tulang di forearm sakit…harap dato boleh buat artikel pasal nih….terima kasih..~~..^_^

      1. limitation dalam pergerakan tu macam mana???..biasanya masa mula2 angkat tuh tak terasa…bila dah lepaskan dumbell tu baru terasaaa…so, mungkin maksud dato limitation dalam brapa rep saya boleh angkat dambell ke??..

        1 set 12 rep tu memang takde masalah…sakit tu tak rasa…tp bila sy lepaskan dambell baru rasa sakit kat tulang…..kalau rasa sakit otot saya tak kesah..tp sebab sakit di tulang itu yang risau sikit….takut tengah2 angkat dambell tiba2 tulang sy crack ke..huuuuuu…mati la saya….T_T

        1. limitation=ada apa2 pergerakan yg x boleh buat? sakit ketika buat? tanpa beban? jika compare dgn tgn sebelah lg? biasa masalah ni kat kaki. mostly terjadi sebab overuse kaki

          1. ketika buat tuh tak sakit….lepas buat..maksudnya…lepas buat 1 set dumbell curl or apa2 workout berkaitan dgn bicep…then lepas je dambell dari tangan…terus terasa sakit di tulang…..tangan sebelah lagi (kiri) ok je, siap berjahit lagi sebab ada besi..dulu patah tangan….tangan kanan yg normal nih je sakit…itu yang merunsingkan sy sikit…

      2. mungkin sebab perkara ini jarang berlaku dan dato pon tak jumpa org alami perkara sebegini…huhuh..harap dato dapat berikan info sedikit sebanyak pasal nih…minta maaf kalau ayat saya memeningkan dato sikit..hehehehe

        1. jrg kes kat tgn. selalu ke train forearm? atau kerja byk menggunakan forearm?

          1. sy train forearm sminggu skali je….tp bila train forearm…tulang tak sakit…tp bila main bicep…forearm sy sakit…waaa..peningnya sy…T_T

  10. salam…
    dato’.. bhgn forearm terasa sakit n nyilu sgt bila buat disiplin biceps dgn bebanan yg agak berat..
    sakit ni terasa ms gne barbell dgn ez bar.. klu gne dumbell xterasa sgt.. perlu ke kurangkn bebanan atau rehat seketika…
    lagi 1.. betul ke cara workout sy ni..
    day 1st – chest n biceps
    day 2nd – back n triceps
    day 3rd – shoulder n biceps
    day 4th – leg

  11. salam doc,

    saya baru jumpa doc di klinik di sekitar Kuching. Saya mengalami elbow pain selepas barmain badminton. Doc tu pesan jangan main badminton or kerja berlebihan menggunakan tangan. Apa lagi nasihat tambahan daripada doc Zaki Khan?

    1. buat therapy session utk betulkan masalah tu. berehat x menyelesaikan masalah.

      1. Doc,

        1.apa kaitan pil gastrik diberikan oleh doc yg sya jumpa tu dengan elbow pain yg saya alami sekarang?
        2. ada contoh link therapy session utk rujukan saya.

        thanks.

        1. 1. problem associate dgn problem2 lain.
          2. sy x jumpa plak yg sesuai dan mudah. video yg sy plan nak buat x siap lg.

          1. Doc, saya difahamkan, pil pain killer harus dimakan bersama pil gastrik., da kwn medical ada bagitau saya tentang persoalan saya tu. Apa komen doc?

          2. bukan kata harus. mungkin ada sakit gastric.

  12. Tambahan; Doc tu pesan kat saya jangan bermain badminton 2-3 bulan.

  13. Sy sakit dkt siku bila buat triceps extension..Kalo tnpa beban X sakit…to .bila dgn beban dumbell 8kg ke atas..rase sakit .da lama da..dkt 2 tahun…Ada idea X Dato Cara nk hilangkn…SBB Kalo X workout tricep X sakit pomm..bila workout tricep je sakit..X lea Guna beban lagi berat

Leave a Reply to Fazal Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: