Tercedera saat bersukan? Jom baca disini!

Melakukan riadah sukan atau aktiviti fizikal memberi pelbagai manfaat kesihatan yang boleh mengekalkan badan anda aktif dan meningkatkan kualiti kehidupan dan kesihatan anda secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, risiko mengalami kecederaan sukan harus dipertimbangkan. Marilah baca artikel kali ini yang membahas cara-cara kita menangani kecederaan sukan.

 

Kecederaan sukan adalah satu fenomena yang sangat biasa terjadi dan kita tidak seharusnya cuba untuk “mengatasi” kesakitan kecederaan, tidak kira sama ada kecederaan minor atau major. Apabila anda mengalami kesakitan akibat pergerakan atau aktiviti tertentu, anda harus berhenti serta-merta. Reseptor sakit adalah signal yang diberikan oleh tubuh kita apabila kita mempunyai kecederaan. (1)

 

Jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan dibawah, para pembaca wajib berjumpa dengan dokter atau mendapatkan rawatan di pusat Kesihatan.

  1. Sakit yang sangat teruk (Pain Score lebih dari 4-5/10), bengkak atau lebam.
  2. Sakit dan bengkak yang tidak hilang selepas beberapa hari.
  3. Tidak dapat mengerakkan bahagian tubuh yang mengalami kecederaan.
  4. Kecacatan yang jelas. (deformity)

 

Jadual dibawah meringkaskan pengurusan kecederaan sukan untuk kecederaan kecil atau minor injury dan kecederaan yang parah atau major injury. (1, 2)

 

Rawatan Kecederaan Minor (RICE) Rawatan Kecederaan Major
Rest atau Rehat

 

Hadkan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahagian tubuh yang cedera sekurang-kurangnya satu atau dua hari. Cuba elakkan daripada meletakkan berat pada sendi atau anggota yang cedera.

 

Imobilisasi

 

Imobilisasi adalah rawatan segera untuk kecederaan sukan muskuloskeletal, dan ia boleh dilakukan dengan segera oleh jurulatih olahraga atau paramedik.

 

Imobilisasi mengehadkan pergerakan di kawasan tersebut dan membolehkan darah mengalir lebih terus ke kecederaan.

 

Imobilisasi mengurangkan kesakitan, bengkak, dan kekejangan otot dan membantu proses penyembuhan bermula. Kebanyakan orang hanya memerlukan imobilisasi untuk masa yang terhad.

Ice

 

Letak pek ais ke kawasan yang cedera selama 20 minit pada satu masa, empat hingga lapan kali sehari. Gunakan pek sejuk, beg ais atau beg plastik yang diisi dengan ais hancur dan dibalut dengan tuala. Untuk mengelakkan kecederaan sejuk jangan gunakan ais selama lebih daripada 20 minit.

 

Jangan gunakan haba sejurus selepas kecederaan. Ini cenderung meningkatkan pendarahan atau bengkak. Haba boleh digunakan kemudian untuk melegakan ketegangan otot.

 

Pembedahan

Pembedahan harus dilakukan dalam beberapa kes untuk membaiki tisu penghubung yang koyak atau untuk menjajarkan semula tulang yang patah.

 

Sebilangan besar kecederaan sukan muskuloskeletal tidak memerlukan pembedahan.

Compression

 

Memberi tekanan pada kawasan yang cedera boleh membantu mengurangkan bengkak. Pembalut elastik berfungsi dengan baik, tetapi jangan bungkusnya dengan ketat sehingga ia menganggu peredaran darah.

 

Elevation atau meninggikan Kawasan yang cedera

 

Pastikan buku lali, lutut, siku atau pergelangan tangan yang cedera ditinggikan di atas bantal, melebihi paras jantung, untuk membantu mengurangkan bengkak.

 

 

Kursus Kecergasan 2024

 

Salah satu process yang sangat penting dalam pengurusan kecederaan sukan adalah rehabilitasi. Selepas kecederaan telah sembuh, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan pemulihan atau rehab. Ahli terapi fizikal atau pakar fisioterapi akan memberi rawatan yang bertujuan untuk membina semula kekuatan dan julat pergerakan bahagian badan yang cedera, dan meredakan sebarang kesakitan yang tertinggal. (3)

 

Bukan itu sahaja, malahan rawatan rehabilitasi termasuk senaman yang anda lakukan di rumah, sebagai tambahan kepada latihan yang anda lakukan di klinik. Ahli terapi atau dokter sukan juga boleh merawat kawasan yang cedera dengan terapi sejuk, haba, ultrasound, akuatik atau urut. Program pemulihan boleh membantu anda kembali ke tahap aktiviti sebelumnya dan mengurangkan risiko kecederaan semula.(4)

 

Kesimpulannya, matlamat rawatan untuk kecederaan sukan adalah pemulihan bahagian badan yang cedera dan pencegahan kecederaan pada masa hadapan. Kebanyakan kecederaan sukan boleh sembuh dengan rawatan dan pemulihan, membolehkan anda kembali ke aktiviti biasa. Walaubagaima,jika sakit atau gejala anda berterusan anda harus dapatkan rawatan dokter pakar. Dokter atau paramedic klinik di pusat kesihatan boleh menguruskan kebanyakan masalah yang berkaitan dengan kecederaan sukan dan mereka mungkin perlu merujuk anda kepada pakar bedah ortopedik, pakar perubatan sukan atau pakar pengurusan kesakitan.(3, 4)

 

  1. Peterson L, Renstrom PA. Sports injuries: prevention, treatment and rehabilitation: CRC Press; 2016.
  2. Bahr R, Engebretsen L, Laprade R, McCrory P, Meeuwisse W, Bolic T. The IOC manual of sports injuries: an illustrated guide to the management of injuries in physical activity: John Wiley & Sons; 2012.
  3. Hergenroeder AC. Prevention of sports injuries. Pediatrics. 1998;101(6):1057-63.
  4. Gotlin R. Sports injuries guidebook: Human Kinetics; 2007.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: