Testosteron

Testosteron atau testosterone adalah hormon daripada kumpulan androgen dan ditemui dalam mamalia, reptilia, burung dan haiwan-haiwan vertebrata. Lelaki dan wanita masing-masing mempunyai testosteron, cuma wanita dalam jumlah yang sedikit berbanding lelaki kecuali kes-kes tertentu. Secara purata, lelaki menghasilkan sekitar 10 kali lebih banyak testosteron berbanding wanita. Testosteron dihasilkan di testis pada lelaki dan ovari pada perempuan, jumlah yang kecil di kelenjar adrenal.

Kursus Kecergasan 2024
Testosteron tergolong dalam kumpulan androgen sekali dengan dihydrotestosterone (DHT), dehydroepiandrosterone (DHEA), androstenedione dan androstenediol. Lelaki menghasilkan secara purata 7 mg testosteron sehari, 300-1000 ng/dL (10-28nmol/L) manakala perempuan sekitar 15 kali kurang daripada lelaki dengan hanya 25-90 ng/dL (1-2.5 nmol/L) dalam darah.

Selepas testosteron masuk ke sistem darah, 95-98 peratus akan bergabung dengan protein albumin dan globulin. Kenapa ia bergabung dengan protein? Ia membuatkan testosteron larut untuk disalurkan. Ia juga menghalangkan testosteron daripada degradasi oleh hati dan buah-pinggang.

2 hingga 4 peratus lagi digelar sebagai testosteron bebas yang mana menyebabkan perubahan fisiologi. Secara amnya, apabila keupayaan mengikat testosteron dengan protein meningkat, paras testosteron bebas akan menurun. Steroid yang diguna pakai dalam bina badan akan mengurangkan keupayaan mengikat testosteron tersebut dan menyebabkan paras testosteron bebas meningkat.

Kenapa testosteron penting?

– pembesaran zakar, scrotum dan testis ketika proses akhil baligh
– pembesaran larynx (kotak suara)
– penumbuhan rambut, bulu
– meningkatkan ketebalan kulit dan warna (jika anda perasan, kebanyakan negro memiliki badan berotot)
– meningkatkan kekuatan seksual
– meningkatkan kadar metabolisme rehat
– meningkatkan jumlah sel darah merah dan jumlah darah
– meningkatkan retansi sodium dan air di dalam buah pinggang
– meningkatkan sintesis protein dan seterusnya meningkatkan jumlah otot
– mengurangkan glikogen dalam otot dipecahkan ketika aktiviti (otot sentiasa nampak bulat)
– meningkatkan penyerapan kalsium di tulang (kalsium penting untuk pergerakan)
– meningkatkan kerja di kelenjar peluh (buang banyak bahan buangan sehingga kekadang menyebabkan jerawat, boleh dilihat pada mereka yang memakai steroid)
– menguatkan tulang pelvis

Testosteron bebas yang berlebihan akan menyebabkan ianya ditukar ke bentuk androgen DHT atau akan berlaku peningkatan paras estrogen. Pengguna steroid akan memastikan komposisi lemak di dalam badan kurang untuk mengelakkan kesan-kesan ini. Tetapi di Malaysia, lemak lebih 12 peratus pun giat pakai steroid jenis testosteron.

Apa jadi jika testosteron berlebihan?

– merendahkan paras HDL (koleterol baik)
– pengecutan testis
– pengurangan kiraan sperma
– pembesaran prostat
– kerosakan hati (dalam kes penggunaan steroid jenis oral)
– kitar haid tidak teratur (perempuan)
– pengurangan hormon endogenous
– pertumbuhan tisu buah dada bagi lelaki (gynecomastia)
– pembesaran clitoral (perempuan)
– jerawat
– boleh lihat lebih lanjut di entri Kesan Sampingan Steroid Anabolik

Nota: Jika berkesempatan saya akan masukkan cara kerja testosterone dengan lebih mendalam pada masa akan datang

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

69 thoughts on “Testosteron

  1. fuuuhhh…ompuan tu…kalau dijadikan bini mmg mimpi ngeri la mlm2….anywhere terbaik dato…baru phm mcm mana testosteron berkerja…

    1. x detail lg ni, camna proses kat otot, pembentukan plasma dan sebagainya. kalau buh semua dlm 1 topik. yg bertitle doctor je kut faham. 😀

      1. i b’minat nk tau dgn lbih detail

  2. bini mcm ni a syok.. biar die service kita.. wkakaka

  3. dato, boleh tak buat topik pasal workout yang dapat meningkatkan paras testosterone.

    1. boleh kata secara amnya, weight training meningkatkan testosterone, cuma ada pantang2nya, cam bila terlalu lama, boleh dropkan testosterone. saya akan cuba masukkan nanti

  4. mknan dn untuk menjaga testosterone dlm keadan tinggi sentiase ape yg perlu d mkn dn ape yg perlu d elakan… ?

    1. byk gak sebenarnya, yg paling senang, makanan yg kaya ngan zinc. paling tinggi tiram, daging. kena buat 1 entri ni kalau nak listkan satu2, menarik dan boleh diusahakan. 🙂

      1. yup mungkin org2 yg ada niat nk cube steroid boleh batal kn niat mereka sb ada jln untuk tingkat kn hormon testosterone ni secara semulajadi atau nutral….

  5. nak tahu ni dato…knp body builder mat saleh besar2???adakah d sebabkan steroid atau pn kemahiran mereka dalam melatih atlit bina badan dan knp yg mcm malaysia punya bodybuilder mcm xckup mkn jea..tgk otot pn besar xbesar keci pn xpula keci….ape sbab nya???

    1. 1. rangka besar
      2. genetic yg berbeza
      3. pemakanan yg cukup, x mcm malaysia, mcm org x cukup makan.

      1. lg pn mknan ruji mereka bukn berasa kn minyk bnyk bakar n nutral, lg pn dia org tidak d besar kn dgn nasi mcm org malaysia.. dia org d besr kn dgn kentng, dging, bijirin.. bukn nasi, bukn mknan bergoreng atau santan…

  6. anip- sama says:

    bagaimana pula dengan penggunaan testosteron booster? lebih2 lagi kepada yg beginner dalam bodybuilding.,

    1. testosterone booster cuma supplement. xde masalah kalau nak cuba. tp kalau tanya personally, saya meragui keberkesanannya. insyAllah saya akan cuba kupas isu booster ni nanti. ramai dah bertanya

      1. anip- sama says:

        terima kasih di atas penjelasan., sebagai newbie sy memang takut2 utk beli supplement sebab kebanyakan penjual menyatakan bahawa semua supplement perlu.

      2. Dato bagaimana pula kalau wanita yg mengambil testosterone, apakah kesan sampingan atau kebaikan jika di ambil? Mohon pencerahan lebihan jelas bagi wanita

        1. ia akan berubah jadi kelakian, suara berubah. kelentit memanjang. breast shrink, muka berubah, otot bertambah.

          1. Kelentit memanjang??

  7. salam dato…sy ingin bertanya…
    sya terbaca artikel di atas dn ada menyebut tntang gynecomastia..
    sy ada penyakit tersebut…jadi apa perlu saya lakukan untuk kurangkan nya..saya kerap juga ke gym..bila chest dh naik..nmpak kurang menyenangkan la dato..ada yg kata elakan bermain chest..apakah yg sebaiknya dato..trima ksih

        1. kalau ikutkan, cara paling berkesan, operate buang.
          selain itu, ada treatment, medication yg biasa prescrib utk breast cancer mcm tamoxifen, raloxifene. walaupun ada dijual di farmasi, tp dptkan prescription doctor dulu.
          slain tu, melalui training, rendahkan peratus lemak. tp ada kes2 yg mmg susah jika geneticly terkeluar

          1. trima kasih dato

  8. nak tanya sikit,napa orang negro,afrika ke asal yang berkulit hitam ni nampaknya semuanya nampak tegap2 dan berotot.dorang ni memang selalu kerja berat2 kat kampung ke atau apa.atau memang tahap testosteron yang ada pada mereka mempengaruhi otot secara semulajadi.pelik jarang tengok orang negro ni gemuk gedempol.semuanya nampak fit

    1. geneticly mmg dorang camtu ditambah dgn cara hidup dorang, keje mkn. org malaysia ni rehat lebih, keje relax. 😀

  9. adakah masturbasi mnyebabkn nutral testo level rendah?apakah kesan jika kesan jika testo level rendah?dan bagaimana cara meningkatkn testo level?

    1. by research, masturbate boleh meningkatkan paras testosteron selepas 6 hari. time masturbate testosteron juga naik dan turun kembali ke normal selepas tu. kekerapan yg terlalu tinggi dan tidak disertai dgn pemakanan yg baik, mungkin menurunkan paras testosterone.

  10. dato… senaman harimau bleh meningkatkan testosteron lvl?

  11. Assalammualaikum dato,

    Dulu saya pernah mngambil pil dexamethasone tpi skarang saya dah stop sbb sprti ada kesan sampingan kepala slalu pening2,gigi sakit smpai terpaksa cabut wlaupun kebaikan nya dlm bina badan boleh beri kita kuat nafsu mkn dan mnjdi kn otot kita lebih berisi dlm tempoh yg singkat.Skrng saya terasa kesan nya seperti mempunyai pnyakit vertigo iaitu sprti terasa hendak tumbang apabila berdiri lama.Klau dato tau mcmna nak normal kan kembali keadaan saya.Terima kasih.

    1. dptkan neurological examination. perlu buat rawatan seperti vestibular rehabilitation therapy atau medication lain utk ‘mengurangkan’ kesan jatuh tu

      1. perkara seperti ini yang menakutkan saya nak pakai supplement.dulu protein powder pun saya tak berani nak ambil.hanya selepas beberapa bulan baru masuk protein powder.sesetengah orang cakap boleh merosakkan buah pinggang jika kurang pengambilan air.betulkah?

  12. Tq,semoga penjelasan dato dpt membantu saya,saya ada tngok mengenai neurological examination dan vestibular rehabilitation therapy kat youtube dan sedikit sebanyak membantu saya bagaimana nak mengurangkan pnyakit saya ni.kdg2 apabila terlalu lama berdiri ketika solat berjemaah trasa kaki ni nak terjatuh je shingga berpeluh kaki hehe…tpi klau solat sndiri kat rumah ok plak…

  13. anip- sama says:

    adakah testosteron ini dikira sebagai steroid? bagaimana pula dengan lain2 supplement seperti whey protein, fat burner, creatine dll.,

    tq

    1. testosterone ni hormon, ada produce dlm bdn manusia. yg syntetic kat luar dlm bentuk sustanon tu masuk kategori steroid. supplement kategori supplement, makanan tambahan

  14. aslmkm dato.ade ke org cucok steroid tp tak besa?

    1. wkum, steroid bukan cecair ajaib, cucuk2, terus jadi phil heath

  15. tumpang tanye dato? ape akan jadik pada badan kalau kite minam gainer dgn hormon testerone booster. kalau sebulan kite balun macam tu. ape kesan2 khas yg ter hasil. ade x kesan2 buruk juge akan terhasil?
    harap dato boleh bagik jawapan.

    1. boleh. kesan sampingan buat masa ni blum ada dilaporkan.
      testosteron booster bantu tingkatkan testosteron secara normal
      jd secara logiknya, ia membantu dlm membina otot
      testosteron perlu dlm proses bina otot

  16. as salam dato. Just nak tanya, saya plan nak ambik sustanon 250, kalau for beginners macam mana cycle dia. Ada yg kata kena shot 2 minggu sekali. Ada yg cakap seminggu sekali selama 8 minggu. Lepas tu masa bila kita nak ambik nolvadex. Adakah selepas selesai cycle sustanon tu. Terimakasih.

    1. saya minta maaf, saya x mengajar cara penggunaan steroid. sila refer pada doctor yg sepatutnya.

  17. salam..
    DATO:
    * mcm mne cara nak tingkatkan testosteron??
    **ada tak supplement yg boleh dibeli dari farmasi untuk meningkatkan testosteron??

    1. pemakanan high protein
      dairy product
      latihan bebanan
      dari segi supplement macam vitrix

  18. salam dato’…sy terbace artikel ni dlm harian metro 15/9/2012..pe komen dato’..

    *ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.

    Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.

    Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

    Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.

    * bahaya betol testosterone booster ni, muscle mmg naik, tp ‘muscle’ lain yg kendur…

    tq dato..

  19. Salam encik Zaki, saya masih buta dalam soal testosteron ini dan saya nak tanya. beberapa bulan yang lepas saya ada mengambil testosteron booster dari ‘USPlabs: Compound 20’dan bertujuan untuk memiliki badan yang besar dan solid(kononnya) tetapi ternyata tiada apa2 perubahan yang berlaku dan selepas sebulan saya terus STOP dari mengambil ubatan tersebut, dan soalan saya adalah: adakah dengan mengambil testosteron booster ini boleh memudaratkan tubuh badan saya? walaupun saya hanya mengambil pil tersebut dalam masa sebulan sahaja?? mohon penjelasan dari encik 🙂

    1. terus terang sy katakan, kebanyakan test booster hype, atau perlu ambil lebih untuk dapatkan effectnya.

  20. Hi Dato, nak tanya jika ambil USPLabs Prime macam mana nak ikut dossage nya. perlu ambil 3biji before and 3 biji after workout. atau ambil 3biji 2 kali sehari setiap hari macam yg tertera pada botol tu. thanks

  21. Macam mana nak tingkatkan testosterone dalam badan ?

    1. ada byk cara. makan byk daging merah. ambil supplement testo booster dan sebagainya.

  22. salam dato, saya berumur 21 dan ingin mengambil testosterone booster…adakah ia boleh diambil pada masa sekarang dan tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada saya nanti? terima kasih

  23. salam dato, adakah artikel dato mengenai testosteron termasuk juga bg pengguna supplmnt testosteron booster?

    1. testo booster membantu meningkatkan test (kemungkinan), tak berani kata betul2 tingkatkan.

  24. Salam dato, last 2 year saya pernah guna steroid(sas) utk jdi budak gym kononnya.. mslh saya mengalami keguguran rambut kritikal.. so apa patut saya buat ? thanks dato..

    1. :D. kalau dah stop growing rambut tu, kena buat treatment rambut kembali. ada pelbagai pusat rawatan di pasaran.

  25. Assalam Dato bgaimana cara sy nk menghubungi dato nk tnya secara personal

  26. Nak tanya, testosterone booster ni sebaiknya ambil bila?
    Pre-workout atau malam sebelum tidur?
    Satu lagi, dos berapa mg yg badan perlukan sebenarnya untuk build muscle?

    Terima kasih

  27. sya berminat dgn isu ini…
    soalan sya,
    1-apakah bentuk perbezaan booster dan steroid dari segi kebaikan dan keburukan.
    ke2-bagaimanakah kitaran penggunaan booster bagi seorang (beginner).
    ke3-adakah penggunaan booster testos’ ni memerlukan sebarang jenis diet sampingan yang perlu diselaraskan dengan jadual latihan yang dijalankan.
    ke4-apakah saranan booster testos’ yang sesuai untuk seorang (beginner) atau sebarang “supplement” yang lebih sesuai untuk (beginner).

    terima kasih.

    1. test booster ni kena tgk juga brand apa, berbeza2 tu. diet digalakkan diet yg tingkatkan test juga seperti makan daging merah. beginner pun boleh.

  28. nak tanya,4hari yg lepas saya ada inject testosterone pada bahagian muscle pantat and skg muscle pantat saya bengkak kemerahan.apa cara menyembuhkan kesan bengkak tersebut secara tradisional atau mudah kerana duduk dan berjalan terasa sakit

    1. biasa akan susut. tapi kalau x susut ada possibility infection, boleh bernanah, tisu rosak etc

  29. salam dato, saya nak tanya saya pernah guna steroid dalam 2 bulan lebih mcm tu. tapi sekarang tak guna dah. Kenapa ya bulu badan jadi banyak?sebab sebelum ni takpernah ada . Dia akan hilang ke ?

    1. susah nak jawab. mungkin kekal atau tak bertambah disebabkan testosteron kembali berkurang. bulu badan naik bila testosteron tinggi.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: