Tisu Lemak Sakit?

Tahukah anda tisu lemak boleh jatuh sakit? bukan hanya badan kita jatuh sakit, demam, selsema dan sebagainya, tetapi tisu lemak juga boleh sakit. Ada orang kata, tidak mengapa gemuk, yang penting sihat. Ada ke gemuk yang sihat?

Kursus Kecergasan 2024Tisu adipos atau lebih dikenali sebagai lemak dimasukkan dalam kategori organ utama merupakan kunci dalam membangunkan penyakit diabetis, sindrom metabolik dan penyakit inflamasi yang lain yang mana juga menjadi pencetus kepada beberapa penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Jika dahulu, lemak cuma dianggap stor menyimpan lebihan makanan tetapi berdasarkan kajian, lemak juga merembeskan hormon dan peptide yang mana penting untuk keseimbangan tenaga. Disebabkan itu, lemak dianggap sebagai organ endokrin. Kajian juga menunjukkan bahawa lemak seperti intra-abdominal dan lemak visceral menjadi dalang untuk penyakit merbahaya seperti sakit jantung, diabetis dan metabolic syndrome.

Apabila kita dilahirkan, sel-sel lemak kita sihat. Mereka dapat mengambil lemak dalam darah dan menyimpan untuk digunakan kemudian. Ini adalah fungsi utama lemak, penyimpanan dan pengeluaran tenaga yang tersimpan termasuk pelepasan hormon ke organ utama. Semakin tua, kita membuat pilihan yang membawa ke obesiti dan seterusnya menyebabkan sel lemak sakit.

Makanan yang dimakan beserta gaya hidup yang tidak aktif dan faktor-faktor lain memainkan peranan dalam keupayaan metabolik lemak. Tisu lemak aktif metabolik berikutan pengeluaran hormon leptin dan adiponectin yang mengawal selia pengambilan tenaga, hormon lain dan komunikasi di antara bahagian-bahagian badan yang memerlukan. Tetapi makanan yang teruk terus meneruskan menyebabkan tisu lemak membesar dan hanya mampu menjadi tempat menyimpan lemak. Proses penyimpan lemak ini tidak berlaku dalam masa semalaman tetapi mengambil masa mungkin bertahun. Makanan yang tinggi lemak trans menyebabkan inflamasi yang mana merupakan langkah pertama untuk sakit.

Bila mana berlaku inflamasi, seterusnya akan menyebabkan ketidakupayaan tisu lemak untuk menyimpan lebihan lemak. Tisu lemak merembeskan peptida inflamasi dan hormon yang akan menyebabkan permulaan sakit. Kesannya akan menyebabkan penurunan hormon yang meningkatkan sensitiviti pada insulin dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit.

Leptin

Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel lemak yang menghantar isyarat kepada hipotalamus mengatakan bahawa selnya telah penuh. Leptin mengawal pengambilan tenaga berlebihan dan memberi isyarat badan untuk berhenti makan. Leptin hadir dalam dua bentuk. Orang yang kurus memiliki lebih banyak ikatan leptin. Manakala orang gemuk memiliki leptin bebas yang tinggi. Kajian mendapati bahawa leptin ini tidak dapat sampai ke otok disebabkan ketidakaktifan individu tersebut dan seterusnya menyebabkan mereka boleh makan tanpa henti.

Adiponectin

Adiponectin adalah protein yang dirembeskan oleh sel lemak. Sama seperti leptin, ia mempunyai kesan positif ke atas obesiti. Dalam kes obesiti, adiponectin lebih rendah disebabkan inflamasi yang berlaku. Ini meningkatkan risiko untuk diabetis dan sindrom metabolik. Adiponectin mempunyai kesan positif terhadap pengoksidaan dan pemecahan asid lemak. Ia menghasilkan sensitivi yang baik terhadap insulin. Ia juga memberi kesan positif ke bahagian badan yang lain.

Adiponectin mempamerkan kesan anti-radang pada dinding arteri dan tisu adipos. Ini membantu untuk menggunakan asid lemak dan bukannya menyimpan mereka dalam tisu lain. Obesiti dikaitkan dengan mereka yang rendah adiponectin. Mereka yang menurunkan berat badan boleh meningkatkan tahap adiponectin mereka. Leptin dan adiponectin adalah dua hormon yang membantu mengawal cara kita menggunakan dan menyimpan lemak.

Leptin juga mempengaruhi tahap kortisol. Kortisol adalah hormon tekanan. Apabila kortisol meningkat, badan boleh menyimpan lebih banyak lemak.Apabila kortisol meningkat, ia juga melawan leptin dan sensitiviti insulin.

Dalam bahasa mudah, orang gemuk tidak semestinya makan banyak. Ada orang bersumpah hanya makan sekali sehari. Konsepnya mudah, apabila kortisol meningkat, badan akan melawan insulin dan leptin. Badan akan membuat lebih banyak insulin dan leptin sehingga badan tidak berupaya untuk membakar makanan menjadi tenaga dan mengarah kepada pertambahan berat badan yang berlebihan walaupun secara logiknya anda makan sedikit. Proses ini akan berterusan dan seterusnya akan merosakkan pankreas dan sebagainya.

Diabetis adalah tahap dimana, badan kebal pada insulin atau pankreas tidak menghasilkan insulin atau tidak mencukupi. Dalam diabetis jenis 2, badan menjadi kebal terhadap insulin dan menyebabkan gula dalam darah meningkat dan seterusnya menyebabkan anda perlu masuk insulin tambahan daripada luar.

Pesakit kencing manis yang mengalami masalah rintangan insulin, sel-sel lemak tidak boleh menyimpan lemak kerana sel-sel membesar dan mengalami radang atau inflamasi. Keadaan ini meningkatkan asid lemak dalam darah, otot mengecut, simpanan dalam otot dan hati keluar ke salur darah. Jadi pesakit diabetis boleh dilihat semakin kurus.

Apabila badan berhenti menyimpan lemak, lemak akan disimpan disimpan di kawasan-kawasan lain, menjadikannya toksik di seluruh badan. Lemak toksik ini membawa kepada komplikasi lain dan boleh membawa ke sindrom metabolik.

Pemakanan yang betul, senaman berkala dan perubahan gaya hidup boleh mengubah sel-sel lemak yang sakit untuk menjadi sihat. Amalkan gaya hidup sihat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

11 thoughts on “Tisu Lemak Sakit?

  1. hurmm…maknye nye byk lah lemak2 dlm bdan i neh yg sakit…adehh…dah berlebihan neh…nak kene jage…:)

  2. baru terjumpa web ni. nice info. keep it up

  3. wow..infomative sgt ..so me here as HERBALIFE distributor..for those really nak all sel inside our body keep healthy..yeah..cam oso PM..hehhee sharing is caring rite….

    1. Mohd Zaki says:

      amboi! sempat advertise lagi minah ni.

      thnx info dato

  4. John Cena says:

    Herbalife nie pun bole tahan merapu jugak harganya.. kesan tk seberapa harga bukan main mengarut lagi..

  5. adakah hgh dapat membantu tisu lemak yang sakit

  6. fizaamani says:

    wahai Herbalife Distributor..kalau nak cerita tntg produk2 you tu, bukan kat sini la..please..semak mata je aku tengok… ok berbalik kepada Leptin ni Dato, selain dari senaman dan pemakanan yang sihat, ada tak makanan spesifik yang boleh merendahkan kadar leptin ini? betul ke kalau kita mengamalkan diet ikan je boleh merendahkan kadar leptin? Dato pernah come across tak?

Leave a Reply to azizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: