Tongkat Ali Dan Bina Badan

Tongkat Ali (ataupun nama saintifiknya eurycoma longifolia) terkenal untuk menguatkan sifat-sifat kelelakian seseorang. Ramai pasangan yang sudah berkahwin menggunakannya untuk menambahkan lagi kehangatan. Tetapi, kenapa? Tahukah anda fungsinya dan juga kebaikan untuk bina badan?

Para saintis mengakui kelebihan Tongkat Ali dalam menaikkan hormon testosterone (hormon kelelakian), tetapi kurang pasti cara ia bertindak. Mujurlah ada para pengkaji dari USM (Universiti Sains Malaysia) yang meneliti perkara ini!

Kursus Kecergasan 2024

Kajian Ke Atas Tikus

Keberkesanan Tongkat Ali dipercayai adalah sebab dua bahan ini:

  1. Eurycomanone
  2. 13-alpha (21) dihydroeurycomanone

Para pengkaji di USM telah menggunakan tikus untuk menyiasat keberkesanan Tongkat Ali. Apa mereka lakukan adalah memberikan sekumpulan tikus dos-dos harian yang tinggi dengan dua bahan saya sebutkan sebentar tadi.  Mereka mendapati tikus-tikus tersebut telah mengalami peningkatan terhadap hormon testosterone dan pengurangan estradiol (sejenis estrogen – hormon kewanitaan).

Bukan itu sahaja, kumpulan tikus tersebut turut mendapat kesan lain:

  1. Pembikinan sel sperma yang lebih banyak.
  2. Kenaikan berat buah zakar tikus.
  3. Tahap kesuburan yang tinggi.

Kenapa berat buah zakar mereka meningkat? Menurut pengkaji tersebut, ini melambangkan peningkatan produktiviti sel Leydig yang turut meningkatkan proses spermatogenesis. Pendek kata, sistem kelelakian yang lebih sihat dan aktif!

Selain itu, hormon LH dan FSH juga meningkat. Kesemua kesan ini mendorong kepada kenaikan hormon testosterone.

Aiman Radzi - Tongkat Ali Dan Bina Badan

Adakah Tongkat Ali Selamat?

Penggunaan herba Tongkat Ali mampu meningkatkan hormon testosterone. Manakala, penggunaan steroid juga mirip-mirip penggunaan Tongkat Ali. Tetapi, steroid adalah bahan sintetik manakala Tongkat Ali adalah sejenis bahan semula jadi.

Satu kajian lain yang dilakukan di Afrika Selatan mendapati penggunaan Tongkat Ali tidak mengecilkan buah zakar, tidak seperti penggunaan steroid yang menyebabkan penghentian rembesan hormon testosterone semula jadi. Mereka melakukan kajian tersebut terhadap tikus juga.

Apa yang mereka dapati adalah tikus-tikus yang menggunakan pelbagai tahap dos Tongkat Ali mengalami kesan-kesan kenaikan yang berbeza sahaja. Malah, prostat tikus-tikus tersebut tidak terjejas pun dengan penggunaan herba semula jadi ini!

Dos normal manusia adalah sebanyak 200-400 miligram sehari. Tikus-tikus tersebut mendapat dos mengikut skala yang sangat tinggi bagi mereka (seumpama 12 000-16 000 miligram untuk manusia sehari) tetapi tiada sebarang kesan negatif didapati. Para pengkaji membuat konklusi yang dos normal untuk manusia adalah selamat berdasarkan nisbah tersebut.

Rujukan:

TC Luoma, 31 March 2017, Tip: Use This to Safely Elevate Testosterone, T-Nation, https://www.t-nation.com/supplements/tip-use-this-to-safely-elevate-testosterone

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

1 thought on “Tongkat Ali Dan Bina Badan

  1. Nak tanya, testosterone booster ni sebaiknya ambil bila?

    Pre-workout atau malam sebelum tidur?

    Satu lagi, dos 200-400 mg utk kadar pengambilan sehari ke?

    Terima kasih.

Leave a Reply to Man Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: