Vitamin C
Apa kegunaan vitamin C. Secara amnya vitamin C membantu dalam sistem imunisasi, kecantikan kulit, perlindungan daripada penyakit kardiovaskular, masalah kesihatan pranatal, penyakit mata dan beberapa lagi. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan vitamin C, tetapi adakah kita memerlukan vitamin C tambahan?
Menurut kajian, seorang dewasa memerlukan 75 hingga 90 miligram sehari, yang mana orang dewasa biasa dengan aktiviti normal dan mengamalkan makanan seimbang tidak memerlukan vitamin C tambahan. Makanan tinggi vitamin C terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah oren, tomato, broccoli, kiwi. Tahukah anda 1 cawan jus oren sudah mengandungi 97 mg vitamin C yang mana sudah menepati keperluan harian seorang dewasa. Menurut kajian secara rawak, kemungkinan hanya 10 peratus orang dewasa memerlukan vitamin C tambahan. Jangan hanya terpengaruh dengan iklan. Jadilah pengguna yang bijak.
Bagaimana pula dengan mereka yang bersenam?
Secara rawaknya, senaman biasa boleh mengambil vitamin C dengan dos sekitar 500 hingga 1500 mg, manakala senaman berintensiti tinggi boleh mengambil 2000 hingga 3000 mg. Ada cadangan pengambilan sehingga 13 000 mg, tetapi tidak digalakkan. Ada kes mungkin memerlukan dos yang tinggi. Tetapi dos yang tinggi juga boleh mendatangkan kesan sampingan. Perokok memerlukan dos yang lebih sedikit sekitar penambahan 35 mg daripada bukan perokok. Perempuan mengandungi atau menyusukan memerlukan dos yang lebih juga. Dapatkan nasihat doktor untuk dos terbaik. Tidak digalakkan mengambil dengan perut kosong.
Apa kesannya dengan dos berbeza?
Dos yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Vitamin C adalah vitamin larut air, jadi ianya mudah disingkirkan tetapi masih mempunyai kesan hipervitaminosis. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan;
– Anemia
– Pendarahan gusi
– Kurang upaya melawan penyakit
– Penyembuhan luka lambat
– Senang lebam
– Gingivitis
– Pendarahan hidung
– Kemungkinan penambahan berat badan
– Kulit kering
– Sendi sakit dan membengkak
– Melemahkan enamel gigi
– Scurvy
Kenapa mereka yang bersenam memerlukan dos yang lebih?
1. Menjaga daripada radikal bebas
Selepas bersenam, radikal bebas di badan meningkat. Radikal bebas secara amnya adalah produk buangan metabolik yang mana menyerang sel badan. Adakah anda perasan, kebanyakan yang melakukan senaman berintensiti tinggi senang mendapat selsema. Pengambilan vitamin C selepas bersenam mampu membantu mengurangkan radikal bebas. Vitamin C adalah antioksidan yang kuat.
2. Mengurangkan penghasilan kortisol
Tekanan dalam kehidupan harian, angkat berat dan sebagainya menyebabkan kortisol dirembeskan. Kortisol adalah satu hormon catabolic. Kortisol boleh menyebabkan otot merosot dan pembakaran lemak menjadi perlahan. Kortisol menyebabkan otot dibakar sebagai tenaga. Sebab itu, elakkan bersenam ketika dalam keadaan tertekan atau keletihan. Kortisol juga boleh membantu tambah lemak di perut. Kortisol juga memperlahan pemulihan selepas bersenam. Vitamin C membantu mengurangkan penghasilan kortisol, yang mana sekaligus membantu dalam pembakaran lemak.
3. Menguatkan sistem imunisasi
Jatuh sakit adalah benda terakhir yang kita minta, kecuali berniat untuk masuk hospital bermesra-mesra dengan jururawat. Vitamin membantu dalam menguatkan sistem imunisasi.
4. Mengurangkan kesakitan
Makanan tambahan asid amino membantu dalam pemulihan, begitu juga dengan vitamin C. Mereka yang mengambil vitamin C selepas latihan, kurang rasa sakit disebabkan senaman yang berat.
5. Meningkatkan penyerapan zat besi
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi diperlukan untuk mengikat oksigen pada hemoglobin dalam darah. Oksigen sangat diperlukan dalam latihan jenis aerobik.
6. Steroid semulajadi
Tahukah anda, vitamin C membantu meningkatkan steroid semulajadi badan. Tumbesaran bergantung pada hormon tumbesaran dalam badan.
Saya menulis entri ini disebabkan ada yang bertanya vitamin C cucuk untuk apa? Saya menggunakan NC24 Pure Crystalize Skin Whitening yang mana ada glutathione. Ia membantu dalam penghasilan collagen, mengurangkan kekedutan, menegangkan kulit dan mencerahkan kulit.
NC24 Pure Crystalize Skin Whitening diimport daripada Jepun. Setiap kotak mengandungi 5 ampoules 1g/5ml ascorbic acid dan 5 vial glutathione. Kedua-duanya perlu dicampur dan akan menghasilkan larutan tanpa warna.
Kebaikan
– Menghasilkan collagen untuk ketegangan kulit
– Mengurangkan pigmentasi akibat terdedah pada cahaya matahari
– Mengurangkan garisan atau kedutan
– Mengurang dan menghalang pembentukan jerawat
– Awet muda
– Pemutihan kulit
Kesannya boleh dirasa selepas 2 minggu penggunaan. Dos yang dicadangkan adalah seminggu sekali bergantung pada metabolisme badan. Ianya boleh dikurangkan kepada 2 minggu sekali untuk maintain. Produk ini dicucuk menerusi urat, intravenously (IV). Tidak dicadangkan untuk mereka yang menyusukan anak, cucuk pada kitar haid, alergi pada vitamin, atau pesakit jantung.
Nota: Jika berminat untuk beli, boleh hubungi saya.
takut nak cucuk diri sendiri huhuhu
g klinik je cucuk. iv susah skit berbanding im
mcm mana kalau berminat ?
emailkan ke jaytiraa@yahoo.com
tapi menurut sumber yg saya baca kalau kita makan pil 1000mg vit c,ia tak semestinya 1000mg akan diserap oleh bandan…ada pendapat menyatakan badan kita akan ambil separuh sahaja dan separuhnya dibuang oleh badan…so soalan saya ialah
1. kena ambil lebih vit c ke?
2.betul ke minum banyak air dapat meningkatkan penyerapan vit c oleh badan?
ya. btul tu. x semua masuk ke badan. kalau hardcore training. sy cadangkan ambil. sy sendiri terpaksa ambil, kalau x senang kena selsema.
mcm terbalik. amik cit c, tingkat penyerapan air. tp can work both way.
Dato Khan nak tanya kalau mcm saya pergi gym 3 atau 4 kali semggu ni kategori yg mana? senaman biasa atau senaman berintensiti tinggi? saya skrg nak tambah berat badan sedikit.saya skrg ambil vit c 500mg.perlu tukar ke 1000mg ke?? thanks.
sederhana. boleh up lg. 1000-1500
thank you Dato.vit c brand ape yg paling bagus bagi pendapat Dato lah?
jrg pilih brand ni, kalau yg makan, amik yg murah je. cuma yg cucuk, amik nc24 ni
Dato khan sy dh pg gym 3bulan saya dad kincing manis blh ke saya ambit vit c? saya pg jym semingu 4kali
boleh
salam dato’ nak tanya tapi off topic.
berkaitan glukosa.benda ni terjadi sebab insulin yg menukarkan
dlm bentuk tu then bawa ke otot dan hati.tapi mcmne plak ngan insulin?
adalah insulin bertindak jika hanya makan karb melebihi ssesuatu tahap?
jika saya makan kurang karb adakah insulin tak dirembes utk menukarkan glukos ke glikogen?
insulin dirembeskan jika glucose berlebihan dan perlu disimpan. jika terlalu kurang, bdn x perlu menukar ke bentuk simpanan
antara IV dan IM mane yg lbh berkesan? dn mcm mne care IM berkerje?
depend dgn benda apa. ada yg baik iv, ada yg baik im. nanti kena buat 1 entri special pasal cucuk ni
tu la dato. kadang2 ada brand vit c ni ada dua cre boleh d guna kn im dn iv, jd kadang2 sukar untuk memilih yg terbaik, sb cri yg terbaik untuk keputusan yg terbaik… 🙂 sye sokong dato buat pasal entri cucuk im , iv n oral….
nak cucuk gak. 😀
boleh2, mai sini. 😀
hahaha…semangat nk kena cucuk…
dato, vit C yg dato pakai nie hanya untuk ciri-ciri di bawah nie saja ke:
– Menghasilkan collagen untuk ketegangan kulit
– Mengurangkan pigmentasi akibat terdedah pada cahaya matahari
– Mengurangkan garisan atau kedutan
– Mengurang dan menghalang pembentukan jerawat
– Awet muda
– Pemutihan kulit
ade vit C yg jenis lain ke yg bole mepercepatkan otot pulih dah hilang rasa sakit otot selepas bersenam.?
sy skarang dalam proses saizing dan ingin tambah lg berat serta besarkan otot, adakah vit C yg dato gunakan ini sesuai dgn matlamat sy?
tu tambahan. vit c mmg bantu cepatkan pemulihan. sesuai.
owh..kat farmasi ade ke jual vit c yg mcm doto pakai nie?
*dato’
xde kut
dato jual brapa vit c nie?
ada. emailkan ke jaytiraa@yahoo.com
Kalau cucuk di punggung NC24 Pure Crystalize Skin Whitening ni boleh ke?
x. iv sahaja
iv tu aper? urat ker? Sory.. tak tahu…
ya, urat
lepasabis cycle benda ni kena maintain pengambilan sebulan setube sekali ke?
2 minggu sekali
AMMBIL VIT C DLM DOS YG TINGGI SLPS SNMN 3 BAD ASS,SQUAT,DEADLIFT IA MENCPT PROSES RECOVER
dato..saya ada masalah jerawat kat back n shoulder setiap kali guna supplement fat burner..adakah vitamin c cucuk ne membantu…atau ada cara lain..tQ dato
boleh membantu
macam mana nk order vit nie?harga brapa?setelh saya ambil protein mass dan whey,badan saya semakin banyak tumbuh jerawat..mgkin protein panas?atau ade sesetengah org ckp,aloe juice?adakah dato thu pasal ini?
emailkan ke jaytiraa@yahoo.com
atau msg no 016 4407 360 (isa)
vitamin c membantu kurangkan atau hilangkan jerawat
aloe juice pun membantu. nanti kalau berkesempatan, sy cuba buat topik pasal jerawat plak
terima kasih dato..kene suntik sendiri ke?>mcm xberani je?ade pendapat lain x?atau jumpe doktor ke?
elok ke doctor. biasa charge dlm 10-15 utk cucuk.
benarkah org yang meroko memerlukan lebih vit C berbanding mereka yg tidak merokok?
Saya dengar merokok memusnahkan vit C di dalam badan. harap dpt diberi penjelasan
ya. perokok perlukan lebih. rasa mcm pernah terangkan sbelum ni. tp mungkin x detail. basicly vitamin c ni antioksidan, dia melawan radikal bebas, elektron beban. jd tau2 la kandungan dlm rokok. umpama positiv + negatif.
Boleh x klu kita sedang mengambil vitC ni tetapi kita merokok
boleh, tp lebihkan. vitamin C rosak disebabkan rokok
apa beza pengambilan pil(makan) vitamin dengan cucuk?? dan pil(makan) perlukah ambik 2000mg sehari??
badan x cenderung ambil semua yg dimasukkan ikut mulut, lg2 yg larut air, jd ada kemungkinan dibuang kembali. cucuk terus masuk ke salur darah.
perlu atau tidak, bergantung.
saya mencadangkan mereka yg bersenam intensiti tinggi ambil dlm range 2000-3000mg
salam, nak tanya skit.. apa punca yang menyebabkan badan lebam2 ek? tp tidak juga terjatuh,tergelincir.. tp tiba2 timbul lebam secara sendirinya di badan..apa petandanya pada kesihatan kita?
TQ~~
blood coating?
aku takut ko kena ilmu hitam beb.Jin masuk badan kot?
erm..klau ambik yg cucuk nie dato…blh membntu bina dan bsarkn otot ka dato???
tq datuk….
vitamin C, bukan steroid utk besarkan otot
saya selalu minum limau nipis panas.kaya vitamin c
Dato, boleh ak ambik vit c 1000mg selepas workout? sye pas lunch ade ambik multivit brand mega men.. i biji shari, if pas workout d gym, ambik lg vit c 1000mg xpe ke?
boleh dan digalakkan.
if ambik skali ngan BCAA?
boleh.
Nk tanya off topik if dato x keberatan n if dato ada pa2 info tntang rmbut.. ada x produk2 yg bole dpercayai untuk mlebatkan rambut, mengelak dari botak, or pa2 mkanan natural untuk rmbut ni? rmbut sy mkin kurang kt bhgian dpan la dato..
yun nam tu agak berkesan. pernah recommend org buat treatment di sana.
tp tpt sy xde yun nam dato.. de x produk2 yg de jual kt farmasi ke..
75 gram ke 90 gram tu keperluan RDa… Tu rujukan tahun 60an… Rujukan tu dibuat sbb ada nya penyakit skurvi… Kekurangan zat…
Skrang rujukan journal kita ikut paras USDA … Keperluan kita adalah 500mg sehari… Ingat keperluan zat kini bukanlah disebabkan kekurangan zat tetapi kerana radikal bebas… Boleh rujuk journel Dr ray strand..Atau baca je buku beliau What Your Doctor Doesn’t Know About Nutritional Medicine May Be Killing You.. Buku kesihatan paling laris di dunia.
actually, itu dah termasuk dlm business strategi. ia lebih pada melariskan produk makanan tambahan, sama kes apabila diperkenal pattern pemakanan dan sebagainya.
tq dato…sblum ni x penah amik kesah pun pasal vit c nie..skrg baru saya amik kesah…hehe…patut la saya tgok kawan saya yg w/o tu slalu selsema…..rupa kurang vit c…hehe…tq kerna info…
Dato,klu x kberatan bleh x sy nk ajukn soalan….sy pn ada jgk ambk injection vitmn mcm dato tu tp kwn2 ckp x elok klu stiap mnggu sy pkai….kmungkinan bleh dpt skit buah pinggang…btol ke apa yg d britahu?? & kwn sy ni sruh sy mkn pil vitamin sj…x ds effect mkn enjction katanya…
Persoalan sy skg klu kita mkn pil vitamin ni bkn ka kita akn jdi cpt lpar n asyk nk mkn….sbb sy pnah laluinya,,,kulit mkin putih tp bdan pn mkin naik..
kawan tu doktor? anyway, sebarang benda yg masuk melalui mulut akan diproses n berkemungkinan lalu buah pinggang. compare dgn cucuk. jd dlm kebanyakan kes, cucuk lebih selamat daripada pil.
saya amek vit c utk recovery je 500gm, adakah memadai jika hari non training saya x amek?
xde masalah utk amik. x jd isu sgt pun jika x amik. tp kalau boleh, elok amik. proses recover pada masa rehat dan bukan pada masa kerja.
salam..i dah amik injection 4x brand VITACICOL USA dekat klinik..tp mcm xde perubahan sgat la(maybe gelojoh nak cepat nmpak cam baby faces kot)hehe..every week lak tu,skali injection RM150..u leh suggest x brand apa yg paling ok..than u ada jual x product tu..yang paling penting kena recommend klinik mana yg blh bawak product sendiri coz kebanyakan klinik xnak layan kalo bwk product sendri..tq
i try nc24. rasa cam ok. boleh nampak perubahan selepas 2 minggu. ada jual. boleh email me at jaytiraa@yahoo.com
betul ke vit c tidak boleh dicucuk semasa kita haid? kalau cucuk jugak apa kesan & akibatnya? Tq
info dari mana?
salam,,sy nk tnye,,
glutax 5g ngn nc24 pure crystalize skin whitenig,,which 1 is better for bacne prob????
thnk u,,
dua2 ok. yg penting vitamin c nya utk acne
salam dato’ saya menggunakan nc24 pure crystalize vitamin c 1.5g + collagen extract 0.5g. Boleh tak selepas ini saya mahu cucuk sendiri.
Boleh jika boleh cucuk sendiri ke urat.
Assalam..nak tanya ada budak2 yg inject steroid pastu inject vitamin c or collagen x ada any effect kepada buah pinggang ke..terima kasih
takde masalah.
salam , bolehkah kanak2 bawah 12 tahun yg aktif bersukan mengambil vitamin c tambahan
boleh. kalau perlu.
skarang ni vit c yang telan tengah hot…xsana sini arg dok jual..sya nk tau mcm mane kita leh knal pastikan yg vit trsbut betul2 pure bkn tiruan…dan kluaran syarikat mane yang bagus…
setakat ni rasanya xde isu vitamin c, walaupun china, xde isu lg. kalau pil, semua lebih kurang. sy cadang amik yg biasa. antara top brand cam blackmore
Hye, doc, sy dah beli product nc24 masa bln 7 2012, tapi x berani nk gunakn. Sbb masa beli org yg jual ckp kalau breastfeed xbole. Tapi skrg anak sy dah 1yr 6 mths, so bole x? Sbb sy dah xfully df. Just masa mlm nk tido shj.
Another thing , cara simpan mcm mana? Sy belum buka lagi, just simpan d suhu bilik je tak terdedah matahari n panas.
suhu bilik pun boleh. boleh pakai kalau anak dah 1 thn 6 bulan.
salam… nak tnya skit.. klau kita mkan vit c 1000mg satu setiap pgi n bila lpas workout ambik lgi satu pil… its okay.?? tu dah jdi 2000mg sharikan?? any side effect.?? ataupun ada lgi cdngan yng baek..
vitamin C water base. Ia akan keluar balik kalau berlebihan.
As salam Dato..
Bole tak kalo inject selain urat tangan? coz that day i jumpa doktor then die cucuk 3x baru dpt tempat yg betul & masa ubat tu masuk rase sakit and lama nak habiskan injection tu..
boleh, as long urat tu besar dan mampu tampung 5cc
Tumpang tny. Btl ke Vit c ni Tak boleh cucuk time haid? Sbb kat page org yg jual Vit c tulis time haid Tak leh cucuk… Knp ye? Kalau cucuk jd ape?
hormone imbalance. x digalakkan.
Hi doktor, saya baru lepas kena penyakit kayap, bolehkah vit c membantu penyakit kayap? Walaupun lelepuh kayap sudah kering tapi saya masih rasa sakit berdenyut2 pada tempat yang kena kayap sampaikan rasa susah untuk buat kerja2 harian.. thks.
kayap seeloknya jumpa dermatologist. vitamin c x membantu
Dato’ saya consume supplement vit c+gluthatione+collagen tilapia dalam bentuk kapsul tapi seminggu lepas tu timbul ruam2 merah di badan dan muka..vitamin c boleh menyebabkan allergic?ada juga google jumpa beberapa website yg bagitau sesetengah orang boleh allergic vitamin c akan sebabkan ruam2 lepas beberapa hari pengambilan..
biasanya bukan vit c secara direct. tp lebih kepada combination. mungkin supplement tu x sesuai.
ADA KAH NC24 BOLEH HILANGKAN JERAWAT SEBB KAWAN ADA SYOR KAN PAKAI NC24 NIE
boleh membantu.
saya nak tahu harga…sy berminat
saya nk yg mcm dato’ guna..
n nk tahu klinik mana yg buat suntikn ni kt kelantn..
kalau nak boleh hubungi 017 3999 125. di kelantan sy tak pasti tp majoriti klinik boleh.
salam.bolehkah kita ambil fat burner,jika setiap minggu inject vitamin c+collagen..reply asap
boleh.
salam doc, sy dah cucuk vitamin ni selama 5minggu dah, sekali seminggu. tapi still xnampak apa apa perubahan. kenapa eh doc?
boleh ke still amalkan green tea?
boleh. xde masalah.
brand apa tu?
saya ingin mencuba suntikan vit c ini bagi memutihkan kulit. boleh saya tahu di mana boleh saya dapat NC24 Pure Crystalize Skin Whitening ini
terima kasih
kalau nak, saya ada sikit. whatsapp saya di talian 0173999125