Otot Utama
Peha Depan (Quadriceps)
Otot Kedua
Peha Belakang (Hamstring), Punggung (Glute)
Peralatan
Barbell
Jenis
Kompoun
Cara
Letakkan barbell di atas trapezeus. Langkah 1 kaki ke hadapan dan menurunkan badan sekurang-kurang sebaris dengan lantai. Pastikan peha belakang lurus dengan badan. Kemudian ulang kaki yang berlainan. Boleh juga dilakukan dengan fokus pada 1 kaki dahulu dan ditukarkan kemudian.
Tip
Penting untuk mempertahan gaya badan. Jangan buka kaki terlalu besar sehingga berlaku tarikan di bahagian groin dan quadricep kaki belakang. Pergerakan yang besar merupakan aktiviti regangan, bukan lagi lunges. Pastikan badan tegak. Lunges juga boleh dilakukan menggunakan dumbbell atau pemberat yang lain atau sekadar menggunakan berat badan sendiri. Jika menggunakan bebanan, pegang di tepi badan.


