
Siapa Zaki Khan

Zaki Khan adalah seorang Terapi Senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan (National Fitness Council) di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Beliau merupakan pengasas kepada Strength Sifoo Academy. Antara produk di bawah Strength Sifoo Academy adalah NASC.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Beliau banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Beliau juga merupakan bekas pengadil untuk pertandingan bina badan tempatan.
Beliau mengasaskan Malaysia’s Strongestman Association dan kini merupakan Setiausaha kehormat bagi persatuan kebangsaan untuk sukan orang kuat. Beliau aktif sebagai atlet Strongman di peringkat antarabangsa dan pernah pegang kedudukan ke 49 dunia pada tahun 2019. Pencapaian terbaik dalam sukan, no 3 Arnold Classic Asia pada tahun 2016 dan bertanding 2 kali dalam kejohanan dunia.

Pengiktirafan
- National Fitness Council
- Ministry of Youth and Sports
- National Association of Fitness Instructor – N.A.F.I.
- National Exercise & Sports Trainer Association N.E.S.T.A.
- National Association for Strength & Conditioning Research N.A.S.C.
- M.E.T.A Therapy Center
- Malaysian Society of Complimentary Therapy M.S.C.T.
- Institute of Coaching & Sport Education, Faculty of PE & Sport Sciences (TF), Semmelweis University Budapest Hungary
- Bachelor in Exercise Physiology
- Skim Kejurulatihan Sains Sukan Majlis Sukan Negara
Pencapaian Dalam Sukan
- Finalist Strongman World Cup WSF (2016)
- 3rd Static Monster Singapore Open (2016)
- 2nd Philippine Strongest Man U105kg (2016)
- 3rd Arnold Classic Asia U105kg (2016)
- 2nd Bangkok Push Pull Open (2017)
- 2nd MPA Strongman Open (2017)
- 1st Simunjan Strongest Man (2017)
- 1st Selangau Strongest Man (2018)
- 2nd Kenyalang Strongest Man (2018)
- 3rd Badang Man (2019)
- 2nd Ranau Strongest Man (2019)
- 2nd Siam Strongest Man (2019)
- 1st Labuan Strongest Man (2019)
- Finalist SCL World Championship (2019)
- 2nd Army Strongest Man (2020)