Otot Utama
Peha Depan (Quadriceps)
Otot Kedua
Peha Belakang (Hamstring), Pinggang (Erector Spinae), Punggung (Glute)
Peralatan
Barbell, Squat Rack
Jenis
Kompoun
Cara
Sama seperti barbell squat. Cuma bezanya kaki dibukakan sedikit, dan disengetkan 45 darjah. Langkah ke dalam squat rack dan sesuaikan diri. Letakkan barbell di atas trapezeus. Ambil langkah berundur sedikit selepas mengangkat barbell. Pastikan kedudukan selamat. Bermula dengan gerakan bengkokkan lutut. Tegakkan dada bila turun. Tonggekkan punggung. Lentikkan pinggang. Pastikan lutut tidak melebihi ibu jari kaki. Turun sehingga 90 darjah. Kemudian kembali ke atas.
Tip
Squat antara pergerakan yang bahaya. Silap sedikit boleh merosakkan pinggang. Turun secara penuh boleh membahayakan lutut. Tetapi kebanyakan ahli bina badan terpaksa turun habis untuk pergerakan penuh. Pemakaian tali pinggang hanya ketika terlalu berat. Jangan mengunci lutut apabila berdiri, ia akan memberi tekanan pada lutut. Gunakan beban yang ringan dahulu sehingga pergerakan menjadi betul.


