Otot Utama
Dada (Pectoralis Major)
Otot Kedua
Bahu (Deltoid), Trisep (Triceps), Belakang (Back)
Peralatan
Barbell, Flat Bench
Jenis
Kompoun
Cara
Berbaring di atas bangku dengan punggung terletak di atas bangku. Kaki diletakkan di atas bangku untuk mengelakkan kecederaan di bahagian belakang. Kaki juga boleh boleh diletakkan di bawah untuk keseimbangan. Tangan diletakkan diposisi supaya bila penurunan 90 darjah, tangan tegak ke atas. Dimula di atas, turun ke tahap 90 darjah (tahap selamat). Pergerakan penuh untuk mereka yang sudah lama bermain. Pergerakan penuh melibatkan jarak pergerakan otot yang lebih dengan menyentuhkan barbell ke dada.
Tip
Jika tidak merasakannya di bahagian dada, boleh melebarkan lagi jarak tangan dengan menambah sudut pegangan. Jangan lengkungkan badan berlebihan kerana akan memberi tekanan pada pinggang dan boleh menyebabkan kecederaan.


