Jojo Ghazali vs Yusuf Azmi

Event WWC yang dirancang untuk diadakan pada 6–7 Disember 2025 di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan, menarik perhatian pihak berkuasa dan masyarakat setelah kempen promosi dan unsur yang digunakan dianggap menimbulkan isu.

Antara pemicu kemarahan ramai ialah klip promosi yang memaparkan dua kanak-kanak daripada Malaysia dan Indonesia dalam konfrontasi yang kelihatan seperti “face-off” atau perlawanan aggressif. Ini dilihat sebagai eksploitasi kanak-kanak, dan bercanggah dengan nilai sukan sejahtera dan melindungi generasi muda yang ditegaskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Promosi yang menonjolkan konfrontasi — terutama di kalangan kanak-kanak — dikritik sebagai menyuburkan unsur keganasan, buli, dan tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia. Ibu bapa dan pihak berkepentingan menyatakan ketidakselesaan mereka terhadap video promosi tersebut.

Pihak organ­isator kemudian memohon maaf dan menyebut bahawa “gimik” tersebut telah melampaui batas.

Pada saya, lebih baik buat gimik perlawanan antara Jojo Ghazali dan Yusof Azmi. Alang-alang dah tercetus gaduh di media. Lebih baik bawa ke gelanggang. Dua-dua dengan rekod besar. Jojo dengan rekod rasmi 8 kali kemenangan, 3 kalah. Yusuf Azmi pula juara kutip derma. Maaf, saya tak jumpa rekod berlawan. Ada ke?

Rujukan

Rujukan Johan “Jojo” Ghazali

Rujukan Yusuf Azmi & Kontroversi

  • Artikel “Warzone organiser apologises for ‘gimmick’…” yang menyebut Yusuf Azmi sebagai figura utama dalam acara yang menimbulkan kontroversi. Newswav

  • Artikel Gempak: “Dakwa Buat Konten Memalukan Sukan Muay Thai, Jojo …” – menyebut Yusuf dan Jojo dalam konteks isu media/promosi. Gepak

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: