Kenapa Perlu Ujian Minum Air Gula Semasa Mengandung?

Ujian ini dibuat untuk kesan awal diabetes semasa hamil, iaitu GDM (Gestational Diabetes Mellitus). GDM boleh berlaku walaupun ibu sebelum hamil tiada diabetes.

1. Hormon kehamilan naik ? Badan kurang sensitif kepada insulin

Semasa hamil, hormon dari uri (plasenta) seperti human placental lactogen, estrogen, progesteron menyebabkan badan jadi insulin-resistant. Maksudnya glukosa susah masuk ke sel, gula darah tinggi. Ujian minum air gula membantu doktor nampak sama ada badan ibu masih boleh kawal gula atau tidak.

2. Risiko GDM meningkat pada ramai wanita, termasuk yang kurus

Faktor risiko termasuk:

  • Umur 25 tahun ke atas

  • Sejarah keluarga diabetes

  • Pernah lahirkan bayi besar (>4kg)

  • Pernah GDM sebelum ini

  • Obesiti

  • PCOS

Kursus Kecergasan 2025

Walaupun kurus, hormon kehamilan masih boleh sebabkan “resistance”.

3. GDM bahaya jika tak dikesan awal

Tak buat MGTT boleh menyebabkan komplikasi seperti:

Untuk ibu

  • Tekanan darah tinggi semasa hamil

  • Preeclampsia

  • Proses bersalin sukar

  • Risiko diabetes Type 2 selepas bersalin meningkat

Untuk bayi

  • Bayi terlalu besar (macrosomia)

  • Risiko tersangkut bahu ketika bersalin

  • Gula bayi jatuh teruk selepas lahir (neonatal hypoglycemia)

  • Masalah pernafasan

  • Risiko obesiti/diabetes masa depan meningkat

4. MGTT cara paling tepat & murah untuk screening

Prosedur standard:

  1. Puasa

  2. Datang klinik ? ambil darah pertama

  3. Minum air gula

  4. Tunggu 2 jam ? ambil darah kedua

Dari situ doktor nampak bagaimana badan proses gula. Ujian minum air gula adalah untuk melindungi ibu & bayi. GDM sangat biasa di Malaysia (anggaran 1 dari 5 kehamilan), jadi screening ini penting untuk elak komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

Rujukan

1. World Health Organization (WHO)

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3. American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG)

4. International Association of the Diabetes and Pregnancy Study Groups (IADPSG)

5. Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

6. National Institute for Health and Care Excellence (NICE – UK)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: