Muhammad Nur Arif Dinobat Juara Mr Badang Limbang Open 2025

LIMBANG, SARAWAK – 2 November 2025

Limbang sekali lagi menjadi tumpuan apabila edisi Mr Badang Limbang Open 2025 – Strongman Men Open berlangsung dengan penuh sengit, mempertemukan barisan atlet terkuat dari seluruh Borneo dan Semenanjung. Selepas beberapa acara yang benar-benar menguji kekuatan, daya tahan dan semangat juang, Muhammad Nur Arif muncul juara keseluruhan dengan kutipan 64 mata, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai antara atlet terkuat di Malaysia.

Tempat kedua menjadi milik Hizad bin Hazalan yang konsisten sepanjang pertandingan dengan 49 mata, manakala Elvick Sigar Padan berjaya menduduki tempat ketiga dengan 47 mata, hanya dipisahkan tipis daripada Charles Khoo yang turut mencatat 47 mata tetapi tewas melalui kiraan semula markah.

Keputusan penuh 10 teratas:

1. Muhammad Nur Arif – 64 mata
2. Hizad bin Hazalan – 49 mata
3. Elvick Sigar Padan – 47 mata
4. Charles Khoo – 47 mata
5. Muhammad Hamizan – 45 mata
6. Pg Roslannie bin Pg Roslan – 44 mata
7. Rodney Anak Rampai – 32 mata
8. Syazamudin – 26 mata
9. Fadriek Ajang – 25 mata
10. Alder Ferrel Ijap – 25 mata

Kursus Kecergasan 2025

Pertandingan kali ini bukan sahaja menonjolkan kekuatan fizikal luar biasa, malah memperlihatkan semangat setiakawan dan profesionalisme tinggi dalam komuniti strongman Borneo. Aksi-aksi seperti carry, press, dan drag menjadi tontonan menarik buat penonton di Limbang yang hadir memberi sokongan padu.

Dengan kejayaan penganjuran Mr Badang Limbang Open 2025, tumpuan kini beralih ke siri seterusnya dalam kalendar Malaysia’s Strongestman, di mana para atlet akan terus mengumpul mata ranking kebangsaan menuju ke Grand Final 2026.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: