Siapa

Siapa Zaki Khan?

 

Zaki Khan adalah seorang Terapi Senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kecergasan. Beliau merupakan pengasas kepada Strength Sifoo Academy. Antara produk di bawah Strength Sifoo Academy adalah NASC.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Beliau banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Beliau juga merupakan bekas pengadil untuk pertandingan bina badan tempatan. Beliau mengasaskan Malaysia’s Strongestman Association dan kini merupakan Setiausaha kehormat bagi persatuan kebangsaan untuk sukan orang kuat. Beliau aktif sebagai atlet Strongman di peringkat antarabangsa dan pernah pegang kedudukan ke 49 dunia pada tahun 2019. Pencapaian terbaik dalam sukan, no 3 Arnold Classic Asia pada tahun 2016 dan bertanding 2 kali dalam kejohanan dunia.

Pengiktirafan

– National Fitness Council
– Ministry of Youth and Sports
– National Association of Fitness Instructor – N.A.F.I.
– National Exercise & Sports Trainer Association N.E.S.T.A.
– National Association for Strength & Conditioning Research N.A.S.C.
– M.E.T.A Therapy Center
– Malaysian Society of  Complimentary Therapy M.S.C.T.
– Institute of Coaching & Sport Education, Faculty of PE & Sport Sciences (TF), Semmelweis University Budapest Hungary
– Bachelor in Exercise Physiology
– Skim Kejurulatihan Sains Sukan Majlis Sukan Negara

 

Cikgu

Dr. Lee Chee Pheng, Ph.D.

Bekelayakan dalam B.Sc. in Sports Coaching, Hungarian University of P.E., Budapest. Hungary, M.Sc. in Health Science, Semmelweis University, Faculty of P.E. & Sports Sciences, Budapest, Hungary dan Ph.D., Thesis focused on the growth of children, anthropometric advantage and their physical abilities related to growth and sports.

Beliau banyak memegang jawatan-jawatan di peringkat antarabangsa. Pernah menjadi orang kanan Joe Weider. Manakala di Malaysia, pernah menjadi penganjur 2nd. International Conference on Strength Training and Weight Lifting, 2000, World Fitness Camp, 2004. Pernah menjawat jawatan ahli jawatankuasa teknikal khas di Majlis Kecergasaan Kebangsaan di bawah Dato Azalina Othman. Juga merupakan penasihat untuk National Association for Fitness Instructors. Kini merupakan C.E.O. Malacca College of Complementary Medicine dan juga Program Director di Windfield Int’l College, School of Physiotherapy.

 

Dr Arvind Rajloo, R.E.T.

Merupakan orang pertama yang diberi lesen Pengamal Terapi Latihan di Malaysia. Beliau mempromosikan terapi non-invasif untuk semua masalah musculor-skeletal dan sendi yang tidak berfungsi akibat akiviti hidup seharian, kebiasaannya di sebabkan postur yang salah atau akibat persekitaran.

Share This
error: