7 Signal Negatif Badan Ketika Senam dan Diet
Badan kita beri pelbagai signal ketika bersenam untuk beritahu sesuatu. Kita biasa abaikan signal ini, dan terus paksa bersenam.
1. Bau ammonia
Pernah tak ketika bersenam, badan mula mengeluarkan bau hancing, bau ammonia? Ia adalah petanda badan anda mula membakar protein sebagai sumber tenaga. Pemecahan protein menghasilkan produk urea lebih pantas daripada ianya diproses di buah pinggang. Ia keluar bersama peluh dalam bentuk ammonia. Protein digunakan, petanda otot mula dibakar.
2. Rasa besi
Bila buat senaman intensiti tinggi, ada kemungkinan salur darah pecah. Bila pecah, ia mengeluarkan heme atau zat besi. Dalam kebanyakan kes mungkin tak bahaya. Sel darah merah juga boleh masuk ke salur pernafasan. Jika ia bersifat sementara, tak perlu risau. Jika selalu berlaku, elok dapatkan pemeriksaan.
3. Rasa lapar
Tengah bersenam, rasa lapar makanan solid. Semasa bersenam, badan merembeskan epinephrine yang mana sepatutnya jadi pemangkin tenaga kita. Akan tetapi jika signal lapar lebih kuat, berhenti untuk makan dahulu.
4. Lemah dan berpeluh luar biasa
Ia mungkin petanda hypoglycemia. Ia terjadi apabila gula terlalu rendah dalam badan. Pastikan masa pemakanan anda betul Makan sekurang-kurang 2 jam sebelum latihan. Ambil makanan tinggi index glisemik sebelum senaman.
5. Dahaga melampau
Dah minum banyak tapi masih rasa dahaga. Apa yang anda perlukan mungkin sodium dan bukannya air. Masalah ini dikenali sebagai hyponatremia. Minuman isotonik biasanya membantu.
6. Gatal
Pernah tak bersenam seperti joging, rasa gatal di peha? Dalam kebanyakan kes mungkin cuma kulit kering dan tindak balas badan kapilari serta arteri mengembang dan beri rangsangan. Akan tetapi ada juga kes yang dikenali sebagai exercise-induced urticaria. Dalam kes ekstrim boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas.
7. Nafas berbau
Jika nafas anda berbau apabila mula ‘diet’, ia kemungkinan menunjukkan anda tak dapat kalori mencukupi. Ia adalah hasil proses metabolik yang dipanggil ketosis. Bila badan tak dapat karbohidrat mencukupi, ia akan bakar lemak yang seterusnya membentuk bahan buangan dipanggil ketone dan menyebabkan nafas berbau.
Rujukan



