Panduan Menggunakan Trek Larian 400 Meter

Trek larian 400m direka sesuai dengan semua cuaca. Ia digunakan dalam acara sukan dan padang. Trek ini direka dengan laluan pertama berjarak 400 meter. Lari dalam arah menentang arah jam.

Jika kita mula dari petak bernombor dan habis di tempat sama, jaraknya berbeza seperti di bawah;

Laluan 1 = 400 meter
Laluan 2 = 407.67 meter
Laluan 3 = 415.33 meter
Laluan 4 = 423 meter
Laluan 5 = 430.66 meter
Laluan 6 = 433.38 meter
Laluan 7 = 446 meter
Laluan 8 = 453.66 meter

Kursus Kecergasan 2025

Etika tidak rasmi, dalam senaman dengan kumpulan massa, lorong 7 dan 8 untuk mereka yang perlahan. Lorong 1, 2 dan 3 untuk mereka yang berlatih larian pecut. Trek larian bukan untuk berbual, buat regangan, tengok bontot orang dan sebagainya. Ia untuk berlari.

Dalam sukan lumba lari 400 meter, tempat permulaan di hadapan. Jadi jarak larian semua lorong jadi 400 meter.

 

Siapakah pemegang rekod terpantas dunia acara 400m?

Pada masa ini, rekod dipegang oleh Wayde van Niekerk daripada Afrika Selatan dengan catatan masa 40.03 saat.

Apakah lagi acara biasa menggunakan trek larian ini?

Larian 100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1500 meter, larian jarak jauh 3km, 5km, 10km, larian berpagar 110/100, 400 meter, dan larian baton atau berganti-ganti 4 x 100 meter, 4 x 400 meter.

Rujukan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: