5 Tanda Awal Badan Dah Mula Bermasalah
Kebiasaannya, badan kita akan bagi isyarat atau signal jika ada sesuatu yang tak kena dengan badan. Jom kita tengok!
Penurunan Berat Badan
Penurunan drastic adalah sesuatu yang membimbangkan terutama jika anda tak ubah diet anda. Penyakit yang dikaitkan termasuk diabetes, tiroid terlalu aktif, arthritis rheumatoid, radang usus (IBD), chronic obstructive pulmonary disease (COPD), kemurungan, endokarditis, batuk kering (tuberculosis), dan kanser.
Dada Tak Selesa
Apa-apa berkaitan dengan dada boleh masuk dalam kategori bendera merah yang perlukan perhatian segera. Ia tak semestinya masalah jantung. Boleh jadi juga pankreatitis, radang paru-paru, serangan panik dan sebagainya. Akan tetapi jika rasa loya, sesak nafas, sakit atau kebas, pening, rasa lemah tiba-tiba dan berpeluh sejuk, hubungi ambulan segera.
Masalah Kulit
Kulit merupakan organ terbesar kita. Ia boleh menunjukkan tanda pelbagai penyakit. Ruam kulit yang dating dengan demam, sakit sendiri atau otot bukan petanda masalah dalaman atau jangkitan. Kulit menjadi kuning mungkin masalah hati. Kulit jadi gelap, mungkin masalah hormone. Kedut di dahi, mungkin petanda aterosklerosis, pengerasan arteri yang merupakan faktor sakit jantung.
Tangan dan Kaki Lemah
Gejala ini boleh disebabkan beberapa factor. Kelemahan dalam bentuk keletihan dan kurang tenaga boleh jadi disebabkan masalah lain seperti miopati kongenital, ketidakseimbangan elektrolit, kekurangan zat makanan, tumor malignan dan gangguan saraf.
Masalah Tidur
Sakit yang biasa dikaitkan dengan masalah tidur adalah kegagalan jantung, muskuloskeletal, penyakit buah pinggang dan penyakit tiroid. Insomnia juga merupakan gejala biasa gangguan kesihatan mental seperti kebimbangan umum, fobia dan serangan panik, gangguan bipolar, kemurungan dan skizofrenia. Selain itu, gangguan otak dan saraf tertentu seperti demensia dan penyakit Parkinson semuanya boleh menyebabkan sukar tidur.
Jika anda miliki tanda-tanda seperti di atas, dapatkan pemeriksaan susulan untuk pengesahan. Jangan dibiarkan sehingga teruk.
Rujukan
- https://www.eehealth.org/blog/2018/01/serious-symptoms-you-should-not-ignore/
- https://www.medicinenet.com/symptoms_of_serious_diseases_and_health_problems/article.htm



