Atlet Berak Ketika Game HYROX Beijing
Insiden yang berlaku di HYROX Beijing pada 12 September 2026 sepatutnya menjadi satu pengajaran besar kepada dunia fitness racing, bukan sahaja kepada HYROX sebagai penganjur, tetapi juga kepada atlet profesional.
Atlet Australia dan pemegang rekod dunia HYROX, Joanna Wietrzyk, mengalami fecal incontinence ketika bertanding. Masalah kesihatan seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, terutama dalam pertandingan endurance berintensiti tinggi.
Itu bukan perkara yang patut kita kecam. Apa yang wajar dipersoalkan ialah keputusan selepas kejadian tersebut.
Wietrzyk terus bertanding, bergerak melalui course dan menggunakan kawasan serta peralatan yang dikongsi dengan peserta lain. Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan dan memenangi Women’s Pro dalam masa 1:01:23.
Di sinilah simpati terhadap seorang atlet yang mengalami masalah kesihatan perlu dipisahkan daripada tanggungjawab seorang atlet profesional.
Bila najis sudah mencemarkan laluan, ia bukan lagi masalah peribadi. Kalau anda muntah, mengalami kecederaan atau terkucil ketika pertandingan, kita boleh memahami bahawa ia berlaku tanpa disengajakan.
Tetapi apabila anda menyedari terdapat najis pada badan dan anda masih meneruskan pertandingan melalui kawasan dan peralatan yang digunakan orang lain, keputusan untuk terus berlumba mula memberi kesan kepada peserta lain.
HYROX bukan pertandingan di mana setiap atlet mempunyai lane dan equipment sendiri. Peserta melalui running course dan workout stations yang dikongsi. Dalam kes Beijing, laporan menyatakan Wietrzyk terus melalui beberapa station selepas insiden tersebut.
Malah seorang peserta yang berada di acara itu mendakwa kepada EFE bahawa terdapat orang lain yang terkena pencemaran tersebut dan ada yang tergelincir. Itu ialah dakwaan saksi yang dilaporkan media.
Pada tahap itu, isu tersebut bukan lagi:
“Adakah Joanna cukup kuat untuk meneruskan?”
Persoalan sebenarnya:
“Adakah hak seorang atlet untuk mengejar kemenangan lebih penting daripada hak ratusan peserta lain untuk bertanding dalam persekitaran yang bersih dan selamat?”
Lebih mengecewakan ialah respons selepas pertandingan
Wietrzyk kemudian dilaporkan memuat naik kenyataan yang kini telah dipadam:
“a win is a win.”
Walaupun mungkin dimaksudkan secara berseloroh, respons seperti itu dalam konteks kontroversi ini memang boleh dilihat sebagai tone-deaf. Sebab isu yang dipertikaikan orang ramai bukan kerana seseorang atlet “terberak”. Isunya ialah fecal contamination dalam pertandingan yang menggunakan peralatan dikongsi, dan keputusan untuk meneruskan perlumbaan selepas kejadian tersebut.
Mental toughness memang penting.
Tetapi menjadi atlet profesional juga bermaksud memahami bahawa tindakan kita boleh memberi kesan kepada atlet lain. Kadang-kadang tindakan paling profesional bukanlah memaksa diri sampai garisan penamat. Kadang-kadang anda kena berhenti.
Yang pelik: meludah pun boleh kena DQ
Kontroversi ini menjadi lebih sukar untuk dipertahankan apabila dibandingkan dengan peraturan HYROX sendiri. Peraturan HYROX mempunyai penalti terhadap perkara seperti meludah atau membersihkan hidung ke lantai, dan pelanggaran tertentu boleh membawa kepada penalti atau DQ.
Namun dalam kes Beijing, seorang atlet dengan pencemaran najis yang jelas dibenarkan meneruskan keseluruhan pertandingan dan akhirnya menang. Sebab itulah persoalan mengenai konsistensi officiating adalah munasabah. Malah HYROX sendiri sekarang mengakui bahawa apa yang berlaku adalah satu kesilapan.
Co-founder HYROX, Moritz Fürste, berkata:
“Hyrox made a mistake by not reacting immediately during the race.”
Di sinilah timbul persoalan yang lebih sensitif.
Joanna Wietrzyk ialah atlet/duta global Puma.
Pada masa yang sama, Puma juga mempunyai hubungan penajaan dengan HYROX.
“Adakah status Joanna sebagai atlet elit yang ditaja Puma mempengaruhi keputusan officials untuk tidak menghentikannya?”
Kalau perkara yang sama berlaku kepada peserta biasa yang tidak mempunyai nama besar dan tidak ditaja oleh salah satu jenama utama yang mempunyai hubungan komersial dengan HYROX, adakah peserta itu juga akan dibenarkan meneruskan perlumbaan sehingga tamat?
Puma kini jadi bahan ejekan baru dengan nama Poo-ma.




