Malaysia Raih Tiga Kejuaraan di PPANCO Indonesia Strongman 2026

DEPOK, INDONESIA, 17 Oktober 2026 – Kontinjen Malaysia mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih tiga gelaran juara dalam pertandingan PPANCO Indonesia Strongman 2026 yang berlangsung di Pesona Square Mall, Depok, Indonesia. Pasukan Malaysia yang terdiri daripada gabungan Team Selangor dan Team Perkasa Force berjaya mengungguli tiga kategori utama pertandingan.

Tiga atlet negara yang muncul juara ialah:

Fazim Ahmad – Men Open
Syahir Osman – Men Under 95kg
Fatin Jaafar – Women OpenKursus Kecergasan 2026

Pertandingan anjuran PPANCO Power Fest itu menyaksikan para atlet diuji menerusi tiga disiplin kekuatan, iaitu Log Press, Sandbag Carry (Hussafel) dan Tire Flip. Antara cabaran yang dipertandingkan termasuk Log Press dengan beban sehingga 97kg bagi kategori Men Open dan 87kg bagi Men Under 95kg. Bagi kategori Women Open pula, atlet berdepan cabaran Log Press 57kg serta Hussafel Carry 66kg.

Kejayaan meraih tiga kejuaraan ini membuktikan kemampuan atlet Strongman Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa, khususnya dalam sukan kekuatan yang semakin mendapat perhatian di rantau Asia Tenggara. Pencapaian tersebut turut menjadi suntikan semangat kepada komuniti Strongman tempatan untuk terus meningkatkan prestasi dan melahirkan lebih ramai atlet berdaya saing.

Tahniah kepada Fazim Ahmad, Syahir Osman dan Fatin Jaafar atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di bumi Indonesia!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: