Anugerah Sukan Untuk Semua 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pada 19 September 2011, saya telah hadir di Majlis Penyampaian Anugerah Sukan Untuk Semua 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Brs Tuan Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Saya bukan hadir untuk terima apa-apa anugerah. Datang menyibuk sahaja. Beberapa kawan saya telah menerima anugerah seperti persatuan terbaik dan pemimpin lelaki terbaik. Tahniah pada mereka. Pada pandangan saya, seeloknya lebih banyak kategori dipertanding pada tahun-tahun akan datang untuk memberi peluang kepada yang lain merangkul anugerah. Majlis disekalikan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Belia dan Sukan.





