SCL Asia Strongest Man 2017

Maaf lambat kemaskini aktiviti kami. Pada 26 dan 27 Ogos 2017, Saya dan Arif Khalil telah bertanding di SCL Strongest Man di Dehradun, India. Ia merupakan satu pengalaman menarik bertanding menggunakan peraturan berlainan, berlawan pada sesi petang dan malam. Saya cuma dapat tempat kelima. Kali ini rasa macam agak teruk di mana berlaku sedikit kecederaan pada rutin pertama iaitu log press.

Rutin kategori bawah 105 kilogram iaitu kategori saya adalah log press 120g, farmer walk 120kg, yoke walk 310kg, front hold 20kg dan deadlift 300kg. Arif Khalil berjaya dapat tempat ke 3.Kursus Kecergasan 2025

SCL Asia Strongest Man 2017

Bawah 90kg
1. Bradlay Soper – Australia
2. Kreson Pillay – South Africa
3. Arif Khalil – Malaysia
4. Nugongid Buranasate – Thailand
5. Deepak Yadav – India

Bawah 105kg
1. Akbar Taleshi- Iran
2. Majid Abbasi – Iran
3. Mizuki Toyota – Japan
4. Sant Bahadur Thapa – India
5. Ahmad Zaki – Malaysia

Terbuka
1. Mohammad Manavi – Iran
2. Willam Egan – UK
3. Parvizi Ali – Iran
4. Bikram Singh -India
5. Yoni Laytayzen – Israel

Bersama juri dan Krzysztof Radzikowski
Bersama juri dan Krzysztof Radzikowski
Bersama Kreson Pillay, atlet daripada Afrika
Bersama Kreson Pillay, atlet daripada Afrika
Bersama Mizuki Toyota daripada Jepun dan Nugondid Buranasate daripada Thailand
Bersama Mizuki Toyota daripada Jepun dan Nugondid Buranasate daripada Thailand
Bersama atlet daripada Iran
Bersama atlet daripada Iran
Bersama atlet daripada Thailand
Bersama atlet daripada Thailand dan Israel

Nota: Saya cuba masukkan video ke dalam youtube secepat mungkin nanti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: