Kesan Estrogen pada Kesihatan Tulang Wanita

Kedua-dua estrogen dan testosteron terdapat pada lelaki dan wanita. Kedua-dua hormon menyumbang kepada kesejahteraan tulang pada lelaki dan wanita, dan terdapat bukti bahawa kehilangan hormon seks dikaitkan dengan penurunan berkaitan usia dalam tulang dan jisim otot rangka. Artikel kali ini fokus pada kesan estrogen pada tulang wanita. (1)
Pada wanita, ovari adalah organ utama yang menghasilkan estrogen dan memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual dan kesuburan. Pada lelaki, badan menukarkan sebahagian kecil hormon testosteron kepada estrogen, menyokong kesihatan tubuh dan beberapa fungsi pembiakan. Tahap estrogen berubah-ubah sepanjang hayat. Pada wanita, hormon estrogen turun secara semula jadi selepas menopaus atau bersalin.(1, 2)

Kursus Kecergasan 2025

Hormon estrogen mengawal metabolisme tulang. Hormon ini juga sangat penting untuk kesihatan tulang kerana ia menggalakkan aktiviti osteoblast. Osteoblas adalah proses dimana sel menghasilkan tulang baru. Pada wanita yang manopus dimana tahap estrogen mereka menurun, mereka mungkin kehilangan ketumpatan tulang. Ini menjadikan tulang mereka lebih rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang.(2)

Tulang terdiri daripada matriks protein dan mineral, menjadikannya kuat dan fleksibel. Tulang juga mengandungi osteosit, yang merupakan sel khas yang mengekalkan matriks ini. Tahap estrogen yang rendah juga mempengaruhi cara sel-sel osteosit berfungsi, menjadikannya menghasilkan terlalu sedikit sel tulang baru dan tidak mengekalkan struktur tulang dengan optimal. (2)
Tahukah anda yang terdapat beberapa kaedah yang osteoporosis dapat dicegah. Terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehilangan tulang, termasuk: (3)
• Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D
• Pengambilan suplemen kalsium dan vitamin D
• Mengamalkan gaya hidup yang aktif dan bersenam secara rutin
• Mengelakkan atau berhenti tabiat merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan
• Kaedah yang paling senang dan percuma adalah mendapatkan pendedahan cahaya matahari (Vitamin D)

 

1. Cauley JAJS. Estrogen and bone health in men and women. 2015;99:11-5.
2. Felson DT, Zhang Y, Hannan MT, Kiel DP, Wilson P, Anderson JJJNEJoM. The effect of postmenopausal estrogen therapy on bone density in elderly women. 1993;329(16):1141-6.
3. Turner RT, Sibonga JDJAr, health. Effects of alcohol use and estrogen on bone. 2001;25(4):276.

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: