Ketahui Punca Bagaimana Perut Buncit Boleh Terjadi

Perkembangan tisu lemak
Obesiti adalah pembesaran tisu lemak untuk menyimpan pengambilan tenaga yang berlebihan. Hiperplasia (peningkatan bilangan sel) dan hipertrofi (peningkatan saiz sel) adalah dua mekanisme pertumbuhan yang terjadi. Semasa penambahan berat badan, depot lemak yang berbeza membesar melalui hiperplasia, hipertrofi, atau kedua-duanya. Sel lemak baru boleh dihasilkan dengan lebih pantas di beberapa depot. Semasa bayi dan remaja, tisu lemak berkembang dengan gabungan peningkatan saiz sel lemak bilangan sel ini.
Obesiti, penuaan, dan lipodistrofi dikaitkan dengan pengaktifan tindak balas imun tisu lemak, pelepasan sitokin proinlamatori serta tindak balas insulin yang terjejas. Ia bermakna orang obes dan orang tua lebih mudah menambah sel lemak. Memburukkan keaadaan bagi mereka yang pernah obes, penurunan berat badan hanya mengubah saiz sel lemak (menjadi lebih kecil), manakala peningkatan berat badan menyebabkan peningkatan kedua-dua saiz dan bilangan sel lemak pada orang dewasa.
Metabolisme penyimpanan dan penggunaan lemak
Ketika pengambilan makanan tinggi karbohidrat dan/atau tinggi lemak, akan berlaku penyerapan di usus, kemudian berlaku kataboliosme melalui pelbagai kitar metabolik seperti kitar glikolisis, kitar kreb, pemfosforilan oksidaan, laluan pentosa fosfat atau metabolisme fruktosa/galaktosa.
Lipogenessis – proses penyimpanan lemak.
Selepas proses ini, akan melalui proses penyimpanan tenaga iaitu proses lipogenesis diransang, Karbohidrat boleh disimpan sebagai glikogen dalam hati dan otot dan juga boleh ditukar kepada trigliserida dalam hati dan dipindahkan ke tisu adipos untuk penyimpanan. TG disintesis sama ada daripada FFA yang diperoleh daripada diet, lipolisis periferal atau de novo lipogenesis. De novo lipogenesis berlaku terutamanya dalam hati dan kebanyakannya selepas hidangan berkarbohidrat tinggi apabila hanya sebahagian daripada karbohidrat disimpan sebagai glikogen hepatik manakala lebihan ditukar kepada asid lemak dan TG.
Lipolisis – pemecahan lemak
Lipolisis ialah laluan katabolik yang dari tisu lemak ke tisu periferi sebagai tindak balas kepada permintaan tenaga. Sel lemak boleh digunakan jika anda mengalami defisit (pengurangan) kalori, contoh jika anda bersenam atau diet kerana ketika ketiadaan sumber makanan/sumber tenaga, tenaga dari sel lemak akan diuraikan dalam proses gluconeogenesis dan ketogenesis yang menghasilkan bahan untuk sumber tenaga badan.
FFA yang berasal daripada pembebasan asid lemak trigliserida tisu adipos, mewakili hampir satu-satunya laluan di mana simpanan lemak ini boleh dipindahkan ke tisu bukan lemak untuk kehilangan bersih melalui pengoksidaan. Lipolisis berlaku terutamanya dalam tisu adipos. Penentu utama jumlah pelepasan FFA ialah jumlah lemak. Oleh kerana lemak terkumpul terutamanya dalam tisu adiposa subkutaneus, ini adalah penyumbang utama kepada plasma FFA . Jumlah tisu lemak visceral adalah kecil berbanding jumlah tisu lemak subkutenous.
Perkembangan sel lemak mengikut jantina
Punca taburan lemak badan adalah penting dalam merancang metabolisme untuk menyelesaikan masalah obesiti. Sel lemak dari lokasi badan berbeza di antara satu sama lain dalam pelbagai aspek tetapi ini yang utama.
1 – Lelaki – Lemak viseral
Disebabkan kecenderungan mereka mengumpul lemak visceral abdomen lelaki lebih cenderung untuk membentuk badan berbentuk epal. Pengumpulan lemak viseral perut yang berlebihan juga dikenali sebagai obesiti android. Dikaitkan dengan keabnormalan metabolik termasuk rintangan insulin dan lipotoksisiti melalui peningkatan pelepasan sitokin dan penurunan pelepasan adiponektin. Penyimpanan trigliserida pemakanan oleh lemak viseral perut iaitu trigliserida pemakanan dicerna dan diambil oleh enterosit yang melapisi lumen usus. Disebabkan saiznya yang lebih kecil, sesetengah VLDL boleh dengan mudah memasuki lumen kapilari darah. Kilomikron yang dihasilkan lebih banyak oleh lelaki lebih berkemungkinan disimpan dalam lamina propria apabila mereka cuba mendapatkan akses kepada lumen limfatik.
2- Wanita – Lemak subkutaneous
Bentuk pir sering dikaitkan dengan wanita pra-menopaus kerana kecenderungan mereka mengumpul lemak subkutaneous di kawasan paha (femoral) dan punggung (gluteal). Obesiti yang terhasil daripada pengumpulan lemak subkutaneus yang dominan juga dikenali sebagai obesiti gynoid. Ia berkaitan estrogen kerana estrogen boleh meransang penghasilan sel lemak, pengurangan lipolisis.
KESIMPULAN
Pengumpulan dalam tempat simpanan lemak bukan sahaja bergantung pada pada depot, bilangan dan saiz sel lemak tetapi juga bergantung pada diet dan pengambilan nutrien. Peningkatan bilangan sel lemak yang disebabkan oleh diet bergantung kepada hubungkait keperluan tenaga dan hormon antara lelaki dan wanita. Selain itu, penurunan lipolisis lipid disebabkan oleh kemasukkan tinggi dan pengeluaran lipid yang rendah daripada sel lemak. Oleh itu, perubahan dalam pusingan sel-sel lemak dan kandungan lipidnya adalah penting untuk perkembangan jisim tisu lemak.
Pengumpulan lemak ditentukan oleh keseimbangan antara lipogenesis dan lipolisis/pengoksidaan asid lemak.
SINGKATAN
TG : Trigliserida
FFA : Free fatty acids
LDL : Low-density lipoprotein
VLDL : Very low-density lipoprotein
HDL : High-density lipoprotein
CVD : Cardiovascular diseases
CRP : C-Reactive Protein
RUJUKAN
- Why Do Men Accumulate Abdominal Visceral Fat? PMID: 31866877
- Influence of body fat distribution on free fatty acid metabolism in obesity, PMID: 2649512
-
Hypertrophy and/or Hyperplasia: Dynamics of Adipose Tissue Growth, PMID: 19325873
-
Effects of body fat distribution on regional lipolysis in obesity. PMID: 1864970