Membongkar Mitos Spot Reduction

Bolehkah anda membakar lemak di perut dengan melakukan senaman khusus untuk perut seperti sit up dan leg raise? Inilah yang dinamakan sebagai spot reduction.
Menurut satu kajian, spot reduction ialah aktiviti atau senaman yang dilakukan untuk membakar lemak di bahagian badan tertentu. Pemahaman ini timbul kerana sebahagian orang memahami bahawa lemak yang berada di badan adalah berlingkar dengan otot. Maka, untuk membakar lemak di bahagian badan tertentu perlu berfokus. Maksudnya, mahu membakar lemak yang menggelebeh di lengan, perlu dilakukan senaman lengan seperti bicep curl dan lain-lain.
Kajian-kajian terkini mendapati bahawa pemahaman ini tidak sepenuhnya sekali benar. Lemak bukanlah semata-mata berlingkar dengan otot. Lemak perlu dibakar secara keseluruhan walaupun kita hendak membakar di bahagian tertentu badan sahaja.
Mari kita membongkar mitos pemahaman spot reduction ini.
Fahami Bagaimana Manusia Mengeluarkan Tenaga dari dalam Badan
Pakar kecergasan, Dr. Nick Fuller mengatakan bahawa ketika manusia melakukan latihan beban, tenaga yang dikeluarkan itu bukan semata-mata daripada otot yang bekerja, tetapi dari seluruh badan. Tenaga (atau lemak itu) mengalir dari organ lain ke otot yang bekerja supaya pergerakan latihan beban tersebut dapat dijayakan.
Terdapat satu kajian yang dibentangkan juga menguji satu saiz sampel untuk meneliti sama ada lemak mereka terbakar dengan signifikan atau tidak. Mereka dikehendaki untuk melakukan senaman perut sahaja. Selepas habis satu tempoh penyelidikan, peratusan lemak di badan mereka tidak turun seperti yang diharapkan. Kajian ini secara langsungnya membuktikan bahawa spot reduction adalah satu mitos.
Penyelesaiannya adalah sekiranya kita mahu membakar lemak di bahagian badan tertentu, kita perlu membakar lemah untuk seluruh badan. Jangan berfokus. Lakukan kardio yang mengerjakan seluruh badan. Atas badan dan bawah badan. Semua sekali. Ini tidak kira di mana-mana bahagian otot. Sekiranya anda mahu membakar lemak paha yang menggelebeh, anda perlu menguatkan otot seluruh badan. Anda perlu bersenam untuk seluruh badan.
Kajian dan Evidens Terkini tentang Penurunan Berat Badan
Terdapat beberapa kajian yang dibentangkan dalam artikel ini yang mahu membuktikan bahawa spot reduction mempunyai kebarangkalian untuk efektif. Namun, anda perlu sertakan dengan usaha-usaha lain.
Cara-cara terbaik untuk membakar lemak di bahagian badan tertentu
Tiga cara yang disebutkan anda boleh lakukan. Contohnya, anda mahu membakar lemak di bahagian perut sahaja. Perut anda buncit. Jadi, begini cara-caranya:
- Lakukan senaman khusus untuk perut seperti crunch, sit up, leg raise dan sebagainya. Lakukan senaman ini lebih daripada kebiasaannya.
- Sertakan dengan kardio untuk seluruh badan. Senaman khusus yang anda lakukan perlu disertakan dengan senaman umum untuk membakar lemak dengan berkesan.
- Pastikan pengambilan kalori anda defisit.
Dalam satu artikel yang lain mencadangkan kita membiasakan latihan beban yang kompoun untuk memudahkan pembakaran lemak seluruh badan.
Jangan Tersilap, Anda Boleh Bina Otot Tanpa Bakar Lemak
Ya, walaupun anda boleh membina otot secara khusus, tetapi itu berbeza sekali dengan membakar lemak. Sekiranya anda mahu melatih otot khusus, memang boleh dibina otot tanpa membakar lemak. Ini dijelaskan dengan terperinci dalam artikel ini.
Lemak timbul dalam bentuk yang dinamakan sebagai triglycerides. Namun, sel-sel otot tidak mampu memanfaatkan triglycerides sebagai sumber tenaga untuk melakukan latihan beban. Sebab itulah lemak kekal walaupun terbinanya otot.
Kesimpulan
Sekiranya anda mahu menurunkan peratusan lemak dengan signifikan, anda perlu melakukan senaman untuk seluruh badan dengan intensiti sederhana dan tinggi. Ini adalah kerana banyak kajian yang telah membuktikan bahawa spot reduction adalah mitos.
Cadangan untuk Bacaan Lanjut
- Zon Bakar Lemak Penentu Kehilangan Lemak
- Is It Possible to Target Fat Loss to Specific Body Parts?
- Health Debunked: Can You Target Fat Loss?
- Why You Can’t Target Fat Loss to Specific Body Parts
- New science: spot reduction is not a myth
- Fitness Myths, Busted: The Truth About Spot Training
- The Fat Loss Myth You Want to Be True: Spot Fat Reduction
- Weight loss and spot reduction: Fact or myth?
- Why Spot Reduction Is A Myth