Memulakan Senaman di Gim – 10 Nasihat untuk Lelaki

Wahai Lelaki,

  1. Jika alasan anda memulakan senaman di gim untuk pikat wanita, percayalah majoriti perempuan tak minat. Lelaki yang minat. Perempuan tengok tinggi seperti gambar di atas. ?
  2. Bersenam bukan 1 perlumbaan, melainkan anda memang lumba untuk capai sesuatu seperti bertanding. Buat badan mudah, tapi nak kekal istiqamah dalam gaya hidup sihat itu mencabar.
  3. Bersenam angkat berat tak jamin boleh angkat selimut untuk solat Subuh. Tapi ia dapat jadikan diri kita berdisiplin sepatutnya.
  4. Perjalanan dalam dunia kecergasan tak mudah. Mungkin tiada yang sokong anda. Teruskan bergaul dan cari sistem sokongan yang perlu daripada bergaul dengan mereka yang perli, kutuk apabila kita cuba ubah diri untuk hidup sihat.
  5. Ada masanya kita tak bersemangat. Jangan jadikan motivasi sebagai asas kita bergerak. Akan tetapi jadikan disiplin sebagai tunggak kita.
  6. Tanam ketakutan seperti, ‘kalau aku tak buang perut ini, aku akan tua sebelum usia. Ada macam-macam penyakit berangkai’ Kita mungkin ada anak isteri dan ahli keluarga lain untuk disara. Bayangkan tetiba sakit. Kita usaha untuk jadi sihat.
  7. Dapatkan ilmu bersenam. Kalau perlu dan mampu, dapatkan khidmat jurulatih peribadi. Jangan masuk gim, ‘hentam kromo’. Mengikut Kamus Dewan, ‘hentam kromo’ dilabelkan sebagai bahasa pasar yang membawa maksud (1) memukul dengan hebatnya; (2) melakukan sesuatu dengan sesuka hati, tanpa pertimbangan lain yang wajar.
  8. Jangan bawa idea, kalau nak badan cantik kena makan rebus dan bakar sahaja. Belajar konsep diet yang tahan lama seperti diet suku-suku separuh yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  9. Jangan lepaskan tekanan pada anak isteri. Bersenam dengan cara yang betul dapat kurangkan tekanan. Kawal marah dan dapatkan masa sendiri di tempat ibadah, gimnasium dan sebagainya.
  10. Ia bukan disebabkan ada masa, tapi ada kan masa.

Nota: Artikel asal daripada Sam Abd Rahman.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: