Alhamdullilah, saya mendapat kemenangan pertama saya tahun ini dalam Labuan Strongest Man kategori U95. Ia pertandingan yang sukar dengan atlet laju dan ringan. Seramai 12 orang atlet mengambil bahagian daripada Malaysia dan Brunei.
6 rutin dipertandingkan iaitu Farmer Walk 110kg sebelah, Yoke Walk 230kg, Hercules Hold 2 biji 4×4, Car Deadlift 4×4, Tyre Flip 420kg, dan Bus Pull 13 tan.
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.