Berdengkur Jan07

Kongsi

Berdengkur

“crrooohhhhh~”
“bising tul laki aku ni berdengkur, nak tido pun tak boleh”

Berdengkur. Adakah berdengkur itu sihat, normal? Berdengkur adalah masalah kebanyakan orang terutama lelaki. Perempuan mungkin kurang sikit. Tahukah anda bahawa berdengkur boleh membunuh? Berdengkur boleh dikaitkan dengan sakit Sleep Apnoea yang merupakan sakit serius dan boleh membahayakan nyawa.Kursus Kecergasan 2017

Berdengkur ditakrifkan sebagai bunyi bising yang keluar melalui mulut dan hidung ketika tidur. Kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurang 34% daripada lelaki berdengkur. Berdengkur menimbulkan ketidakselasaan kepada pasangan dan penghuni rumah yang lain.

Sleep Apnoea boleh dirawat awal. Jika Sleep Apnoea tidak dirawat, boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti

– Lemah dan mengantuk di siang hari secara berlebihan
– Impotensi
– Lemah memori

Ada bukti menunjukkan bahawa orang yang berdengkur lebih cenderung mempunyai bau mulut. Bau mulut itu disebabkan oleh bakteria di dalam mulut memecah protein dan melepaskan sulfur. Setiap orang ada bakteria di dalam mulut. Masalah bau mulut muncul ketika bakteria ini memecahkan protein pada tahap yang lebih tinggi dari kebiasaannya menyebabkan penghasilan produk sampingan berbau gas yang merupakan penyebab bau mulut.

Pertumbuhan bakteria biasanya dikendalikan oleh ai liur. Air liur dilepaskan ke mulut melalui beberapa kelenjar, jumlah dan jenis dikawal oleh otak yang menerima ransangan yang berbeza. Air liur berfungsi sebagai pelincir dan memulakan pencernaan di mulut dan untuk kebersihan mulut. Ia membantu mengeluarkan sisa-sisa makanan dan mengandungi lysozyme yang menghalang pertumbuhan berlebihan mikrob.

Pengeluaran air liur boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk penyakit, ubat selsema, inhaler, diet, tekanan, pernafasan dan dehidrasi.

Makanan protein tinggi boleh mempengaruhi bau mulut. Pengambilan alkohol termasuk ubat-ubatan yang mengandungi alkohol memberi kesan negatif pada pengeluaran air liur. Air liur adalah penting dalam mengendalikan penumpukan bakteria. Apa kaitannya dengan berdengkur?

Pernafasan melalui mulut berkait rapat dengan berdengkur. Pernafasan melalui mulut menyebabkan air liur menjadi pekat dan kurang berkesan sebagai oksidan yang mampu mengendalikan pertumbuhan bakteria. Pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan pengeluaran air liur kurang.

Berat badan yang berlebihan merupakan antara faktor berdengkur. Orang yang gemuk kebiasaannya ada lemak di bahagian leher yang mana akan menambah tekanan di bahagian laluan udara. Lemak di bahagian leher menyekat kelancaran aliran udara dan menyumbang kepada dengkuran.

Merokok juga menyebabkan dengkuran. Merokok mempengaruhi pernafasan dan aliran udara. Selain rokok, alkohol juga antara faktor yang menyebabkan berdengkur. Alkohol meyebabkan otot di bahagian leher berada dalam keadaan rehat lebih daripada keadaan normal yang mana akan menyebabkan dengkuran yang serius.

Adakah anda ingin terus berdengkur?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube