Kenapa Tidak Menjadi Sep25

Kongsi

Kenapa Tidak Menjadi

Sebagai seorang terapi senaman, saya sering mengkaji, kenapa ada yang menjadi dan ada yang tidak menjadi. Ada yang kata dah seratus peratus buat yang terbaik, dari segi diet, latihan, rehat. Malah ada yang menggunakan pelbagai produk tambahan berserta steroid tetapi masih begitu, masih di takuk yang lama. Jika dahulu orang panggilnya Mamat Keding, selepas setahun main gym pun masih orang panggil Mamat Keding, kenapa tak tukar ke Mamat Taf?

Kursus Kecergasan 2017

1. Kesempurnaan

Saya perasan ada sesetengah orang menyasarkan kesempurnaan sebelum bermula. Sebagai contoh, ingin lengkapkan koleksi makanan tambahan dengan protein, fat burner, creatine dan sebagainya baru hendak mula latihan. Baginya, tanpa bahan yang cukup, dia tidak boleh bertukar menjadi ‘superman‘. Bila dah cukup, tetiba dalam masa 2 bulan kekurangan peruntukan, sanggup berhenti berlatih dulu.

2. Mengikut Pemikiran Sendiri

Kekadang mungkin boleh ikut logik sendiri tetapi dalam diet dan latihan jangan sesuka ikut logik sendiri. Sebagai contoh, ramai yang fikir, tak makan boleh kurus, makanan menggemukkan. Saya pernah jumpa perempuan yang tak makan selama 4 hari dan datang ke gym untuk berlatih dengan harapan untuk kurus. Setiap hari minum air sahaja. Atau pun dalam kes biasa, yang awal-awal dah set dalam minda, makan malam menggemukkan. Jadi setiap malam, dia hanya minum air sahaja. Atau dalam kes, seseorang dah set, nak kurus kena buat senaman perut, jadi setiap hari dia buat 1000 sit up dan joging. Adakah betul cara-cara ini? Dapatkan ilmu yang betul. Keinginan yang tinggi sahaja tidak menjamin ada mendapatkan apa yang diingini.

3. Pemakanan

Ramai yang fikir, dia telah makan dengan betul. Diet yang sangat ketat, tiada gula, tiada garam, tiada minyak. Tetapi adakah pengambilan lemak cukup? Tahukah anda lemak sangat penting untuk menjalankan beberapa fungsi badan?

4. Latihan Tidak Kena

Ramai yang tidak ikut latihan yang betul. Kata nak besarkan badan, tetapi buat latihan gila-gila, 2 hingga 3 jam sehari. Kalau latihan dada, 10 jenis dibuatnya. Kemasukan kalori pula tidak seimbang dengan sasaran. Katanya dah makan, tetapi berapa pula makannya jika dibandingkan dengan pembakaran?

5. Teknik Merapu

Jika anda perasan, di gym tempat anda berlatih, terdapat sesetengah orang, yang angkat terlalu berat dengan teknik yang serba tidak betul. Bukan sahaja bahaya tetapi tidak kena dengan otot sasaran. Bagaimana otot nak hipertrofi?

6. Tidak Konsistan

Tahukah anda berapa lama Ronnie Coleman berlatih untuk mendapatkan badan terbaiknya? Janganlah kecewa jika tidak dapat apa yang disasarkan dalam masa 3 bulan, sebaliknya mengkaji di mana salah silap dan terus konsistan dalam membentuk badan. Setiap orang mungkin tidak sama. Ada yang cepat, ada yang mungkin lambat. Manusia direka dengan pelbagai bentuk.

7. Rehat

Kita telah diajar, jika tidak menjadi, tambah lagi latihan. Buat pelbagai cara dengan super set, tripple set, giant set dan sebagainya. Tetapi tahukah anda, mungkin bukan latihan penyebabnya tetapi tidak cukup rehat yang menyebabkan anda tiada perubahan.

8. Plateau

Ada yang dah cecah tahap plateau di mana tiada perubahan. Bench press cuma boleh angkat 100 kg untuk bertahun-tahun. Pernahkan anda kaji, dimana silapnya? Mungkin kelemahan daripada dada, bahu atau trisep? Mungkin juga kelemahannya dari core? Dalam bench press, jika anda masih kuat mengangkat daripada tahap 90 darjah ke atas tetapi tidak boleh mengangkat daripada dada ke tahap 90 darjah, apa tandanya? Yang mana menggunakan otot dada, yang mana menggunakan otot trisep? Pernahkah anda latih rotator cuff untuk menguatkan lagi bench press anda? Pernahkah anda latih kaki untuk tambah kekuatan bench press anda? Mesti ramai yang pelik, apa kaitannya kaki dengan bench press.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube