Latihan Badminton Sep09

Kongsi

Latihan Badminton

Teringin menjadi seperti Dato Lee Chong Wei?

Saya anggarkan seorang yang dah memiliki asas bermain dan kecergasan yang baik. Jika tidak boleh rujuk di entri Orang Baru dahulu. Latihan badminton bukan tertumpu pada latihan teknikal sahaja tetapi juga latihan fizikal. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai latihan fizikal tertentu yang penting untuk badminton;Kursus Kecergasan 2017

Kelajuan (speed)

Pergerakan sekitar gelanggang badminton adalah sangat pendek, jadi latihan kelajuan harus ditumpukan pada reaksi masa, pecutan dan ketangkasan dalam perubahan arah. Latihan mudah untuk meningkatkan kelajuan kaki adalah menggunakan tangga, naik turun tangga dengan mencatatkan masa sebagai sasaran. Selain itu latihan-latihan seperti T-drill atau larian T, lompatan sisi dan pelbagai lagi latihan padang boleh dilakukan.

Kekuatan (strength)

Latihan kekuatan perlu disasarkan kepada beberapa otot yang terlibat dalam badminton seperti otot sekitar pergelangan tangan termasuk fore arm, sekitar siku termasuk bisep dan trisep, bahu, dada, perut, pinggang, quadrisep, hamstring, betis, dan sekitar buku lali.

Dalam apa-apa jenis sukan, kenali mekanisme pergerakannya. Dalam badminton, untuk melakukan smash, otot-otot terlibat seperti trisep, bahu, dada sebagai otot utama. Melakukan lompatan betis dan peha. Pergerakan badan yang tidak statik memerlukan latihan pinggang secara songsang, bila melakukan back extension, buat secara silang, angkat kaki kanan dan tangan kiri, begitu juga sebaliknya. Berbanding dengan sukan statik seperti berenang yang memerlukan pergerakan secara lurus.

Senaman kekuatan dalam ulangan 6-8 tetapi boleh dilebihkan ‘sedikit’. Sekurang-kurang 3 kali seminggu bergantung pada jadual pertandingan. Ada sesetengah masa, perlukan lebih latihan teknikal dan stamina. Sebagai seorang jurulatih, kenal pasti kelemahan anak didikan.

Kelenturan (flexibility)

Sukan badminton memerlukan kelenturan badan yang baik. Cukup sekadar regangan yang biasa. Kelenturan pada pinggang sangat penting. Pemain yang baik akan mendapat markah yang baik dalam ujian ‘sit and reach‘.

Stamina (endurance)

Stamina sangat penting dalam sukan badminton. Sukan badminton dan sukan bola sepak adalah dua jenis yang berbeza. Sukan badminton boleh dikatakan tiada masa rehat manakala sukan bola sepak masih boleh berehat bergantung pada posisi pemain. Seorang pemain badminton sepatutnya mampu bermain untuk sekurang-kurang 5 perlawanan berturut. Latihan kardio juga dilakukan mengikut jadual pertandingan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube