Rahsia Membentuk Badan

Dalam membina atau membentuk badan, saya menggunakan apa yang saya panggil ‘rule of palm‘ (Undang-undang tapak tangan). Bagaimana?

Kursus Kecergasan 2021

1. Ibu Jari – Makanan
Perkara pertama yang diperlukan oleh badan tidak kira untuk membina otot atau membakar lemak adalah makanan. Selagi mana makanan anda tidak betul, tidak sesuai dengan sasaran, seolah-olah membuang masa untuk ke langkah seterusnya. Ini menunjukkan penjagaan makanan itu sangat penting. Lihat laman Pelan Pemakanan.

2. Jari Telunjuk – Senaman
Apabila diet harian telah diselaraskan dengan sasaran, baru mulakan senaman. Bagaimana bersenam? Lihat entri Sistem Latihan.

3. Jari Tengah – Rehat
Dengan senaman yang cukup untuk merangsangkan pertumbuhan otot atau pembakaran lemak, kena pastikan rehat cukup. Otot membentuk ketika rehat. Cuba lihat aturannya, apabila langkah 1 iaitu makanan cukup dengan kemasukan nutrisi-nutrisi yang betul, badan akan mula membaik pulih dan mula menunjukkan hasil. Lihat entri Tidur.

4. Jari Manis – Makanan Tambahan (Supplement)
Apabila dah melakukan ketiga-tiga langkah tersebut dan mencecah satu tahap di mana sukar untuk mendapatkan hasil lagi, baru masukkan makanan tambahan. Jika ketiga-tiga langkah diatas dilakukan dengan betul, pasti ada hasil. Makanan tambahan sebagai tambahan, bukan keperluan.

5. Jari Kelingking – Dadah Sukan (Steroid)
Jika keempat-empat langkah di atas dah dilakukan dengan betul sehingga hasil sukar didapati, baru dapatkan khidmat pakar untuk preskripsi steroid. Itu pun jika anda seorang yang bertanding. Jika setakat buat badan suka-suka, lupakanlah.

Cuba bayangkan tangan yang menadah sesuatu yang dituangkan ke atas tapak tangan, anda akan mendapat hasil. Tetapi situasi di Malaysia sekarang terbalik, banyak yang suka menadah dengan belakang tapak tangan. Dia bermula daripada langkah 5, jari kelingking ke jari manis, ke jari tengah, ke jari telunjuk dan akhir sekali ibu jari.

Baru 2 hari datang ke gym, dah bertanya, ‘bang, ada cucuk boleh kasi besar tak?‘, ‘bang, bagi bintang 5 biji‘. Bila dah mula pakai steroid tapi badan tak jadi-jadi juga, mula bertanya pada trainer, dan trainer suruh ambil makanan tambahan seperti protein, fat burner dan sebagainya. Bila dah ambil kedua-duanya iaitu steroid dan makanan tambahan, entah bila datang ke gym. Dia ambil langkah 3, rehat. Seminggu sekali sahaja datang gym. Katanya, badan perlukan rehat. Ye la, dah main sehari, sakitnya seminggu.

Selepas beberapa ketika, bila tengok badan orang lain menjadi. Baru dia sedar, dia tak cukup berlatih. Akhirnya cuba tambah kekerapan berlatih. Bila dah berlatih setiap hari, tak menjadi juga, baru nak betulkan diet. Anda tergolong dalam kumpulan yang mana? 🙂 .Jika tidak guna steroid pun, saya yakin ramai yang mula dengan langkah 4, makanan tambahan disebabkan belajar dengan peniaga makanan tambahan. Daripada awal telah dididik, tanpa supplement, badan tak boleh jadi. :).

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

52 thoughts on “Rahsia Membentuk Badan

  1. cikgu rusydi says:

    macam perli je statement ni dato..hehehehe

  2. hah.. sy ambek supplement ni just nak mempercepat kan lg je xD

    1. :D. pastikan makan natural betul. supplement sebagai tambahan sahaja

  3. Mir Amirul says:

    Salam;

    Setuju sgt2 dgn ap yg dato ckp, cuma sy amek supplment sbg tmbhn je, almaklum tnggal bujng nih, mkn x terjga, mna protein, mna carb, mna fat, x tntu arah.Supplement ni pd sy jd motivasi utk trus WO, bila rsa mls nk pg gym, tgk tong protein naik smgt balik, smgt nk abeskn isi dlm dy.

    TQ 4 info. Selamat Berpuasa

    1. salam,

      walaupun tinggal bujang. jaga makan tu gak. jgn bergantung pada supplement. tong2 mmg best simpan, buh depan katil tu. tgk brapa tong dah pakai. brapa byk dah spend. smangat skit bila fikir dah beribu belanja ni. 😀

  4. salam dato,
    suka tajuk ni, kena tepat kat batang hidung semua haha
    saya fall kat exercise tu. masa mula2 main gym, bantai main hari2 sampai berbulan. lama kelamaan sedar sendiri, rehat tu x semestinya malas. rehat juga salah satu faktor penting untuk bina badan.

    1. salam.
      haha. tu kebiasaan gak. ada yg semangat sgt training. hari2 dtg. dah setahun main, tgk x jd2. baru nak check faktor2 lain.

  5. Farid Fazlee says:

    Sya mmng suke dgn info ni.. menarik.. btul ckp bro, rmai org start dr jari kelinking ,manis dn sterusnya sbb org bername manusia ssah nk tekan kan DISIPLIN..

    1. bukan disiplin je, semua nak cepat, nak shortcut. main seminggu nak bdn cam arnold. 😀

      1. boleh je main seminggu dapat badan macam arnold…tpi arnold susahnakeja lah.

  6. salam dato

    sy ada baca entri dato pasal pelan pemakanan http://strengthsifoo.com/pelan-pemakanan/
    mmg nak amalkan diet kat Malaysia ssh skit, lbh2 lagi kalu mkn kat kedai.
    sy nak mintak pendpt dato pasal diet yg slalu sy amik.
    target sy pg gym nak leans muscle. tinggi 165cm, berat 63kg, umur 33.
    diet sy :-
    1. w/o day
    645am – protein shake 1 scoop (+ low fat milk)
    715am – oat (5sudu + low fat milk) + horlick (+susu pekat)
    10am – sandwich + tea (kalu takde sandwich, sy ganti ngan roti 2 keping)
    1tghari – nasik putih (sebesar penumbuk) + ayam + telur + 1 jenis sayur
    430pm – pre workout supplmt
    730pm – post workout supplmt (2 scoop protein + air sejuk)
    830pm – sup ayam (@ kdg2 sy mkn tosei @ roti wholemeal 2 keping)

    tq, atas reply yg akan diberikan

      1. ok, thanks dato. tgh karang esei ni…:)

  7. muscular-girl says:

    nice la bro. thumbs up

  8. Setuju dengan dato,kini supplement dah jadi keperluan bagi sesiapa sahaja yang masuk ke dalam kampung ‘GYM’ kerana mereka ini mahu membesarkan otot dengan pantas dan mendapatkan hasil dengan pantas ini juga satu kepuasan.kalau lambat hasilnya nanti mudah bosan dengan kampung ‘GYM’ tersebut.

  9. BROCK LESNER says:

    HAHAHA..SETUJU LAH DATO…STEP YANG TERBAIK!!!!!…..KALO NAK REHAT TAKKAN LA CUTI 5 HARI,,TU PEMALAS NAMANYA,,,KENE RAJIN DALAM BUAT BADAN NI…………..HARI2 BUAT,,,,1 DAY REST,,,1 DAY CHEAT FOOD,,,( BUKAN SEHARI TU XMAKAN,,DAN BEDAL BENDE TAK ELOK )…YANG PENTING MASA TIDO,,,DAN MAKAN 6 KALI DAN TRAINING SEMINGGU 6 KALI DAH MASYUKKK….NO PAIN NO GAIN,,,LESS TRAIN LESS GAIN,,,EVEN BULAN PUASA JANGAN NAK REHAT SANGAT SEBULAN,,,SEMANGAT TU PENTING,,,BIAR MAINTAIN JANGAN KECUT…..HAHAHA….YANG KELIMA,,DEN XLEH KATO PO EH…HAHAHAHAHA

  10. haha..like..like.. 😛

  11. dato,
    kalo saya wat berat tanpa kurang kan berat trsebut, itu ok ke x ok? maksud saya mantain berat yg sama tapi x byk ulangan la, mcm shouldr press, kiri 19kg, kanan 19kg..tapi dlm 4 set x 6 ulangan, berat 19kg tu d kekalkan. Jika ulangan x banyak dan saya tambah set bole ke? Saya baru je tmbah berat dumbell tu 5 kg. Terasa agak berat, 6 ke 8 ulangan je trlarat. Target utk besar kn badan. Makanan dh cantik, sntiasa jaga. rehat pn jaga. Cuma prsoalan di atas je yg saya trtanya2, adakah dapat mmbantu pmbesaran otot?

    1. 6 kali ulangan x cukup utk stimulate growth. 1-6 boleh utk power training. kalau nak sasar otot, 8-12

    2. kalo dumdell 5kg kt kedai abg berapa ringgit ea????

      1. kami di sini tidak jual utk pembelian unit. hanya belian quantity, utk gym setup.

  12. Ucu peroz says:

    Terbaik…! Memang betul ramai yg start dari blakang.. Short cut katakan, tp x menjadik pon aku tgk. Tu yg ramai jelous tgk aku tuh, x cucuk pon besar gak.. Hahahah… Jgn marah Dato!

  13. Mohd hailmay Osman says:

    salam dato,

    hahhahaa…saya suke topik nie…pedihh…;-)

  14. mkn je sy x jg..huhu..xpe..lpas da jg btul2…xjd jg…nk amek steroids la=)

    1. kalau tiga2 tu jaga, insyAllah jd. jgn pertimbangkan steroid jika x perlu

  15. morning bro, best baca blog ni & saya sangat teruja..saya baru nak b’jinak-jinak dgn gym tapi mula pun belum..sebagai beginner, apa langkah terbaik sebelum memulakan langkah ke gym..? sasaran saya adalah “membentuk badan”..

  16. salam, sy nk tanya jika whey protein diambil sebelum ke gym adakah badan kita akan menggunakan protein tersebut sebagai bahan bakar?? Adakah ok utk menganbil protein sebelum tidur?? Bolehkah sy membina otot dan membuang lemak pd waktu yg sama??

    1. salam. depend. kalau xde pemakanan natural dlm 2-3jam sbelum training, mungkin. tp jika ada sumber tenaga, protein sbelum workout akan menjaga otot. boleh amik sbelum tido. tp tambahkan oat utk delay absorbtion. boleh membantu bina otot n bakar lemak

  17. HAHAHAHA START DARI NO 5 DAN 4 TAPI TAK JAGA MAKAN DAN REHAT TAK GUNA JUGAK….

  18. kejebus!! tepat ke idung aku.. hahahamternaik la artikel nie!!!

  19. kejebus!! tepat ke idung aku.. hahaha.. terbaik la artikel nie!!!

  20. salam . mohon dato keluar kan artikel tentang forearm(lengan) secepat mungkin . hehehe . tgk xde lagi tu . nk tahu juga tips – tips yang berkesan utk membesar kan forearm . 🙂

  21. salam dato

    saya ada masalah dengan lengan saya tak lurus sangat pernah terjatuh dan bengkok masa kecil..siku kiri saya sekarang rasa sakit..ada tips ke untuk mengangkat beban untuk tangan yang tak lurus sangat..harap2 ada tips sesuai untuk tangan bengkok pula

    terima kasih dato

    1. kena ikut mcm mana bengkoknya tu. apa yg bengkok suatu ketika dulu, tak boleh betulkan kecuali melalui pembedahan. kalau besar pun mungkin sedikit berlainan drpd normal. sakit mungkin sebab ikut cara train yg normal.

  22. pandangan mata kasar tangan saya nampak lurus..makna saya kena ikut lengkok bengkok tangan saya terima kasih dato

  23. salam dato’ . lama tak lawat blog dato. ni ada soalan sikit ni, saya nak main gym balik dan dah ikut program x rep, tp saya tak byk masa lah. saya nak main 3 hari je. apa workout2 nya ? takut tersalah bantai

    1. adjust je x rep ke 3 hari. 1 hari 2 body part. contoh

      day 1: chest shoulder tricep
      day 2: back biceps
      day 3: leg

      1. Salam bos…kan 1 workout tu selalunya 3 4 set kan…..soalan saya….adakah setiap set tu menggunakan bebanan yg sama atau bebanan meningkat atau menurun ya?

        1. depend pada program apa dibuat. kalau pyramid, naik dan menurun pada set terakhir. kalau drop set menurun. ada juga set maintain weight.

  24. Zack Zero Cool says:

    saya mula dari no 2. sebab rajin baca2 pasal weight training sebelum mula dulu. lepas tu no 1, ni payah sikit sebab still student so bajet makan tu kurang je. hahaha. no 4 sekarang da takde sangat sebab takde bajet gak. no 3 tu payah sangat nak jaga sebab busy terlampau. sebab praktikal banyak kerja. no 5 tu tak payah la ambil. bahaya2. huhu.

  25. Assalamualaikum dato. Kalau saya sedang bermain gym di bulan puasa ni untuk bina badan perlu tak saya makan di waktu sahur sebab selalunya bila makan saya tidur. Risau gemok lah pulak. Boleh ka saya hanya minum air kosong ja waktu sahur?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: