Resdung Jul21

Kongsi

Resdung

Resdung dah jadi penyakit biasa dikalangan orang dewasa di Malaysia. Anda kerap batuk, bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan? Hidung terasa berair dan tersumbat? dalam masa sama mungkin rasa seperti demam? Jangkitan sinus atau sinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung di kalangan masyarakat tempatan boleh menyebabkan sakit kepala atau tekanan dalam mata, hidung, kawasan pipi atau pada satu bahagian kepala. Seseorang yang dijangkiti resdung juga mungkin mempunyai batuk, sakit tekak, demam, nafas berbau, dan hidung tersumbat. Sinusitis dibahagi kepada kategori akut dan kronik.

Tengkorak manusia mengandungi empat pasang rongga udara yang dipenuhi lubang yang dipanggil sinus. Sinus membantu melindungi tengkorak, mengurangkan beratnya dan membenarkan suara untuk bergema di dalamnya. Empat pasang sinus utama adalah:

• Frontal Sinuses
• Maxillary Sinuses
• Ethmoid Sinuses
• Sphenoid Sinuses

Chapter-452-Sinus-resdung-punca-rawatan

Sinus mengandungi sistem pertahanan menentang virus dan bakteria. Sinus dilindungi dengan lapisan mukus dn sel-sel bulu pada permukaannya yang dipanggil silia. Resdung kebiasaanya disebabkan jangkitan virus tapi ia juga boleh disebabkan oleh alahan.

Bakteria yang biasanya menyebabkan resdung adalah streptococcus pneumoniae, haemophilus influenzae dan moraxella catarrhalis. Mikroorganisma ini, bersama-sama dengan staphylococcus aureus dan sebahagian lagi anaerobes atau bakteria yang hodup tanpa oksigen terlibat dalam resdung yang kronik. Kulat juga merupakan punca peningkatan resdung. Mereka yang mempunyai penyakit yang melemahkan sistem imun seperti AIDS, leukemia dan kencing manis perlu berjaga-jaga.

Kursus Kecergasan 2017Apa simptomnya?

Resdung Akut

• Hidung tersumbat
• Sakit tekak
• Sakit atau tekanan di sudut dalaman mata atau ke bawah sebelah hidung
• Sakit kepala di belakang mata
• Sakit menjadi lebih teruk apabila batuk, meneran atau meniarap dan rasa lebih baik apabila kepala tegak
• Demam adalah perkara biasa
• Sakit di tulang pipi
• Gangguan penglihatan apabila tekanan meluas ke dalam otak

Resdung Kronik

• Sakit lebih teruk pada waktu pagi atau apabila memakai cermin mata
• Sakit tekak yang kronik dan nafas berbau
• Ketidakselesaan atau tekanan di bawah mata
• Sakit gigi kronik atau sensitiviti gigi meningkat
• Sakit mungkin lebih teruk lagi dengan selsema dan alahan
• Peningkatan ketidakselesaan sepanjang hari dan batuk meningkat pada waktu malam
• Sakit kepala di dahi
• Sakit kepala umum
• Hingus menitis
• Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
• Lelah menjadi semakin teruk
• Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
• Berdengkur yang kronik

Chapter-452-Masalah-resdung-ubat

Resdung tidak boleh menjadi kanser sehingg menyebabkan hidung rompong akan tetapi kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti resdung. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut disebabkan komplikasi pada otak pesakit. Serangan resdung berulan-ulang boleh berlaku. Pengidap resung biasanya diberi rawatan antibiotik dan kebiasaanya penyakit datang semula selepas sebulan atau dua bulan atau lebih.

Puncanya mungkin disebabkan penyakit yang tidak dirawat sepenuhnya. Susunan tulang dalaman sinus tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ia berbeza dengan kaedah lama pembedahan yang dilakukan disekeliling kawasan hidung.

Rawatan yang disyorkan termasuk antibiotik, ubat selsema, dekongestan. Anda juga boleh pertimbangkan jenis-jenis makanan tambahan yang ada di pasaran sekarang dalam pengawalan.

Pengurusan Resdung

• Bagi mereka yang ada alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
• Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan. Majoritinya alah pada makanan laut yang tinggi protein dan belacan
• Berehat sambil melapangkan bahagian dada untuk pernafasan yang lebih baik
• Minum air panas dengan banyak
• Lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
• Jangan guna dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan jadi lebih teruk apabila berhenti menggunakannya
• Menggunakan ubatan seperti acetaminophen dan paracetamol. Dapatkan nasihat perubahan dahulu
• Dapatkan nasihat doktor untuk mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung

Chapter-452-Sinus-resdung-makanan-elak

Rujukan

http://www.emedicinehealth.com/sinus_infection/article_em.htm

http://www.medicinenet.com/sinusitis/article.htm

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube