Sejarah Dadah Sukan Apr28

Kongsi

Sejarah Dadah Sukan

Sejarah penggunaan steroid atau dadah dalam sukan bermula pada tahun 1954 pada Kejohanan Angkat Berat Dunia. John Ziegler yang merupakan doktor untuk Amerika Syarikat mempersoalkan doktor pasukan Soviet yang mudah mendominasikan sebahagian kelas berat.Terdapat beberapa rumor yang mengatakan bahawa penggunaan steroid jenis testosteron telah digunakan seawal tahun 1936 tetapi tiada bukti menunjukkannya.

Kursus Kecergasan 2017

Dr Ziegler mula meneliti testosteron dan cuba membangunkan sesuatu yang lebih baik bagi sukannya. Akhirnya dengan bantuan syarikat farmasi Ciba, methandrostenolone atau dianabol dihasilkan. Ini adalah steroid anabolik pertama yang dihasilkan bukan dengan testosteron. Pada awal 1960-an, steroid-steroid berbeza mula dihasilkan. Steroid mula dikenalkan di kebanyakan negara termasuk Jerman yang yang menghasilkan steroid secara besar-besaran untuk atlet mereka.

Pada tahun 1968, Dr Mafred Hoeppner, Ketua Medikal Jerman Timur menulis dan menyerahkan laporan kepada kerajaan dan mengesyorkan pentadbiran kolektif jumlah steroid kepada seluruh atlet Jerman Timur. Dalam beberapa dekad berikutnya, kehadiran Jerman Timur dalam setiap acara sukan dirasai semua.

Pada ketika pengeluarannya, steroid telah menjadi satu senjata yang mesti diambil oleh seseorang atlet. Sehingga pada tahun 1968 ada aduan rasmi mengenai steroid yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Steroid mula dipasarkan secara berleluasa ke dunia-dunia ketiga. Antara yang menggunakan secara meluas seperti Kenya dan Jamaica dan mencapai pencapaian sangat baik pada Sukan Olimpik tahun itu.

Larangan steroid anabolik mula dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa. Larangan dikuatkuasakan untuk masalah etika dan moral, bukan keselamatan. Pada tahun 1972, seorang perenang Amerika Rick De Mont dijumpai menggunakan benda baru yang dilarang iaitu ephederine. Pada waktu itu, ephederine merupakan ubat asma yang diluluskan. Dua tahun sebelum itu, Arnold Schwarzenegger memenangi gelaran pertama Mr Olympia dengan bantuan dianabol yang dihasilkan oleh Dr Zeigler.

Pada tahun 1990-an, steroid anabolik telah diserap masuk ke dalam masyarakat dan mula digunakan samada untuk sukan atau orang biasa. Steroid mula disalahgunakan. Pelbagai kajian dijalankan untuk melihat kesan negatif daripada penggunaan steroid. Pelbagai kes studi ditunjukkan tentang bahaya steroid tetapi masyarakat masih hendak mengambil jalan mudah untuk membina badan. Di Malaysia, suatu ketika dahulu, sangat sukar mendapatkannya, tetapi kini, umpama membeli gula-gula di kedai runcit. Keinginan untuk mencuba dan mendapatkan bentuk badan idaman dengan kadar secepat menyebabkan ramai menolak tepi risiko-risikonya.

(Akan datang topik pengenalan steroid dan kesan sampingannya)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube