Selaput Dara Oct16

Kongsi

Selaput Dara

Selaput dara atau hymen merupakan lapisan (membran) yang menutupi penuh atau sebahagian permukaan vaginal. Ia membentuk sebahagian daripada vulva atau permukaan luar genitalia. Saiz pembukaan hymenal meningkat mengikut umur.

Kursus Kecergasan 2017Walaupun terdapat kaedah ‘praktikal’ untuk memeriksa hymen, tetapi agak sukar untuk memeriksa status dara seseorang. Dalam kes seperti kes rogol kanak-kanak, kajian menunjukkan hymen yang koyak boleh sembuh walaupun mungkin tidak seperti asalnya. Memasuki peringkat remaja, pembukaan hymenal mungkin berlainan berbanding zaman kanak-kanaknya. Terdapat kajian juga menunjukkan, terdapat perempuan yang lahir tanpa selaput dara.

Secara biologinya, membran ini tidak berfungsi, namun ia menjadi beban yang berat pada seorang gadis untuk dinilai. Isu dara atau tidak selalu didebatkan. Di bahagian-bahagian tertentu dunia, mungkin terbalik di mana, jika seseorang masih dara, menunjukkan dia tidak laku. Walau bagaimana pun, selaput dara bukan bukti jelas menunjukkan dara atau tidak. Ini adalah kerana selaput dara sangat elastic dan boleh pecah mungkin disebabkan faktor lain seperti kerja berat, aktif dalam bersukan, menunggang basikal dan sebagainya.

Terdapat tempat seperti di Afrika yang memperkenal kaedah memeriksa dara, yang mana disaksikan beberapa orang. Apabila disahkan, akan mendapat sijil dara. Cara yang digunakan agak tidak praktikal. Tiada sebarang cara mudah seperti ujian darah untuk menentukan seseorang itu masih dara.

Sejak zaman dulu, ada beberapa kaedah yang diguna pakai oleh orang tua-tua untuk mengenal pasti status dara seseorang. Cara begini mungkin agak kurang praktikal juga berikutan boleh melakukan penipuan. Antara kaedahnya seperti;

1. Dahi – Jika gadis masih suci, dahinya licin. Kedutan yang muncul berlainan dengan kedutan disebabkan faktor usia. Kedutan suci ini tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap. Kaedah ini mungkin tidak praktikal jika seseorang menggunakan suntikan botox, vitamin C dengan collagen dan sebagainya.

2. Buah Dada – Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Apabila sudah kena sentuhan, buah dada itu akan kurangkan tegangnya dan kelihatan jatuh sedikit. Lebih kerap disentuh, lebih kendur. Kaedah ini juga boleh ditipu oleh seseorang yang melakukan senaman untuk seratus anterior seperti cable cross yang mana mampu membantu payu dara kelihatan tegang seperti masih darah walaupun sudah beranak 5.

3. Perut – Gadis yang pernah melakukan hubungan seksual, perutnya akan mengembang dan kelihatan buncit sedikit. Buncitnya berlainan daripada buncit kegemukan. Kaedah ini juga tidak praktikal untuk mereka yang bersenam dan memiliki perut yang lawa.

4. Bibir – Kebiasaannya, bibir yang tidak pernah dicium tidak menarik. Apabila bibir bertemu bibir, ada pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bentuk yang lebih menarik. Tetapi secara genetik, mungkin terdapat gadis yang bibirnya semulajadi cantik. Jadi, tidak perlulah lakukan suntikan tebalkan bibir jika bibir tidak cantik. Jika sudah berkahwin, rajinkan diri mencium suami.

5. Punggung – Bentuk punggung gadis yang sudah kehilangan dara akan kelihatan terjatuh ke bawah kerana berlaku rangsangan nafsu ketika hubungan yang mana juga merupakan penyesuaian badan perempuan untuk mengandung. Kaedah ini boleh ditipu oleh mereka yang rajin melakukan senaman untuk punggung seperti squat. Mereka yang rajin melakukan squat akan memiliki punggung yang lentik dan pejal seperti seorang dara.

6. Tumit – Kaedah mudah yang selalu digunakan oleh orang tua-tua dahulu dengan memicitkan bahagian tumit. Sekiranya selepas picit darah kembali dengan cepat, menunjukkan masih dara. Jika kembali dengan lambat, dicurigai. Mungkin juga terdapat faktor-faktor lain yang menghalang.

7. Telinga – Telinga gadis yang masih dara akan kelihatan kemerahan dan cantik berbanding gadis yang tidak dara yang mana kelihatan leper dan tidak menawan. Cara yang tidak praktikal kerana mungkin dihalang oleh faktor keturunan.

8. Faraj – Pintu kemaluan mereka yang pernah melakukan hubungan seksual mungkin agak renggang sedikit dan lebih kembang. Tetapi terdapat pelbagai bentuk pembukaan vagina. Vagina yang terasa ketatnya, mungkin juga petanda dara, tetapi ianya boleh ditipu dengan oleh mereka yang rajin melakukan senaman kaki seperti leg extension. Mereka yang kuat bahagian kaki, mampu mengemut dengan kuat sekaligus menipu dara dan masih boleh kekal seperti dara walaupun dah berkahwin 20 tahun.

Terdapat juga beberapa kaedah lain seperti Applied Kinesiologi dan sebagainya untuk menguji.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube