Sistem Tenaga 3

(sambungan daripada Sistem Tenaga 1 dan Sistem Tenaga 2)

Kitar Kreb

Kitar krebs adalah siri kompleks reaksi kimia yang melanjutkan pengoksidaan glukosa yang bermula selama glikolisis. Asetil koenzim A memasuki kitaran Krebs dan dipecah kepada karbo dioksida dan hidrogen membolehkan lebih ATP lagi dibentuk. Namun hidrogen yang dihasilkan dalam kitaran Krebs ditambah dengan hidrogen dihasilkan dalam glikolisis, dibiarkan akan menyebabkan keadaan berasid. Jadi hidrogen itu akan bergabung dengan dua enzim yang dipanggil NAD dan FAD dan diangkut ke

Rantai Pengangkutan Elektron

Hidrogen dibawa ke rantai pengangkutan elektron, siri lain reaksi kimia, dan di sini akan digabungkan untuk membentuk air yang mana mencegah keadaan berasid tadi. Rantai ini, di mana memerlukan kehadiran oksigen juga menghasilkan 34 ATP.

Kursus Kecergasan 2024

Pengoksidaan Beta

Bukan seperti glikolisis, kitaran Krebs dan rantai pengangkutan elektron boleh memecahkan lemak serta karbohidrat untuk menghasilkan ATP. Lipolisis adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses memecahkan lemak dalam bentuk trigliserida ke gliserol dan asid lemak bebas.

Sebelum asid lemak bebas boleh masuk ke kitaran Krebs mereka harus menjalani proses pengoksidaan beta iaitu siri reaksi untuk memecahkan asid lemak bebas ke asetil koenzim A dan hidrogen. Asetil koenzim A kini boleh memasuki kitaran Krebs dan metabolisme lemak mengikut cara yang sama seperti metabolisme karbohidrat.

Metabolisme Lemak

Seperti yang diketahui, sistem oksidatif dapat menghasilkan ATP melalui pembakaran lemak dan karbohidrat. Perbezaan utama adalah bahawa pembakaran lengkap dari sebuah molekul asid lemak menghasilkan lebih Asetil koenzim A dan hidrogen dan secara tak langsung ATP berbanding molekul glukosa. Namun, asid lemak terdiri daripada atom karbon yang lebih daripada glukosa, mereka memerlukan lebih banyak oksigen untuk pembakaran.

Jadi jika badan anda hendak menggunakan lemak sebagai bahan bakar mesti mempuyai bekalan oksigen yang mencukupi. Jika latihan sangat ketat dan sistem kardiovaskular tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup dengan cepat, karbohidrat akan digunakan untuk menghasilkan ATP. Dengan kata lain, jika anda kehabisan simpanan karbohidrat, intensiti latihan harus mengurang disebabkan badan beralih kepada lemak sebagai sumber utama bahan bakar.

Metabolisme Protein

Protein hanya memberi sumbangan yang kecil (biasanya tidak lebih dari 5%) untuk pengeluaran tenaga dan sering diabaikan. Namun asid amino, blok protein, dapat ditukar menjadi glukosa atau ke bahan lain yang boleh digunakan dalam kitaran Krebs seperti Asetil koenzim A. Protein boleh memberi sumbangan yang lebih untuk kegiatan yang sangat lama, mungkin sebanyak 18% daripada keperluan tenaga. Ini yang patut dielakkan.

Sistem oksidatif secara keseluruhan digunakan terutama pada saat istirehat dan latihan berintensiti rendah. Pada peringkat awal latihan diperlukan sekitar 90 saat untuk sistem oksidatif menghasilkan kuasa maksimum dan latihan dapat membantu peralihan ini.

Kitaran Krebs membekalkan sebahagian daripada keperluan tenaga glikolisis perlahan tapi masih membuat sumbangan yang besar. Bahkan glikolisis perlahan merupakan pusat metabolisme penting untuk acara yang berlansung untuk beberapa jam atau lebih.

Sistem Tenaga dan Latihan

Ketiga-tiga sistem tenaga dapat menghasilkan kekuatan untuk kapasiti yang berbeza dan berubah-ubah dalam individu. Anggaran terbaik menunjukkan bahawa sistem ATP-PCr dapat menghasilkan tenaga pada tahap sekitar 36kkal dalam seminit. Glikolisis dapat menghasilkan tenaga sekitar 16 kkal dalam seminit dan sistem oksidatif menghasilkan tenaga sekitar 10 kkal dalam seminit.

Kemampuan untuk menghasilkan tenaga dari ketiga-tiga sistem berubah-ubah dengan latihan. ATP-PCr dan pusat glikolitik boleh berubah hanya 10-20% dengan latihan. Sistem oksidatif boleh dilatih lebih jauh walaupun genetik masih memainkan peranan. VO2max atau daya tahan aerobik boleh meningkat sebanyak 50%.

Sistem Tenaga Dalam Sukan

Ketiga-tiga sistem tenaga tidak bergantung pada satu sama lain.Dari sangat pendek, ke latihan berintensiti tinggi atau ringan, atau berpanjangan, ketiga-tiga sistem akan memberi sumbangan. Namun, satu atau dua biasanya akan mendominasi.

Model Baru Sistem Tenaga?

Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab dalam model sistem tenaga yang boleh dibincangkan. Masih banyak ruang untuk kajian.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

7 thoughts on “Sistem Tenaga 3

  1. mohd zaki says:

    VO2Max tu sy kurang paham..adakah latihan yg melibatkan hanya pernafasan atau kemampuan daya tahan badan (*rintangan badan menerima sesuatu beban)

    1. bila cerita pasal VO2, oksigen. aktiviti menggunakan oksigen. pengoksidaan. bebanan anerobik

  2. mohd zaki says:

    Atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: